Tepati Ramalan, Haneesya Hanee Raih Gelaran Dewi Remaja 2018/2019

Please follow and like us:
0

Selepas melepasi pelbagai halangan dan cabaran, Haneesya Hanee berjaya meraih gelaran juara Dewi Remaja 2018/2019.

Menepati ramalan, gadis manis berusia 18 tahun itu berjaya menewaskan empat finalis lain iaitu Affie Rania, Anna Jobling, Tia Sarah dan Sherin Amiri di episod akhir pencarian Dewi Remaja 2018/2019.

Tia Sarah menyandang gelaran naib juara manakala Sherin Amiri berada di tempat ketiga.

Tempat keempat disandang oleh Anna Jobling manakala Affie Rania berpuas hati di tempat kelima.

Selain itu, gelaran Dewi Favorite dan Dewi Inspirasi turut diberikan di episod akhir ini.

Gelaran Dewi Favorite yang dipilih peminat menerusi laman web majalah Remaja disandang oleh Arena Iman.

Peserta dari Kelantan, Aween Ismail yang terpaksa menarik diri kerana masalah kesihatan berjaya menyandang gelaran Dewi Inspirasi.

Hadiah disampaikan oleh pemenang Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose, Datuk Hans Isaac dan Editor Remaja, Faiz Aiman.

Di episod akhir ini, pelakon dan penerbit Datuk Hans Isaac bertindak selaku ketua juri manakala pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi dan alumni Dewi Remaja 2009/2010, Neelofa bertindak selaku juri jemputan.

Diacarakan oleh Scha Alyahya, pencarian Dewi Remaja 2018/2019 ditayangkan setiap Ahad, jam 10.30 malam bermula 25 November.

Sumber: Gempak

“Stop Making My Mother Cry” – Warna Kulit & Keturunan Diperlekeh, Haneesya Hanee Terus Menerus Jadi Mangsa Buli Siber

Peserta Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee meluahkan rasa kesal apabila asal-usul keluarganya pula diejek netizen.

Menerusi entri di Instagramnya semalam, pelakon dan model tinggi lampai itu turut menyatakan pendiriannya sebagai peserta yang layak bertanding dalam Dewi Remaja kali ini.

“Stop making my mother cry, stop being racist, stop judging.

“I am Haneesya Hanee Malaysian Malay girl! I am dark and I layak masuk Dewi Remaja,” tulisnya berserta tanda pagar #DarkIsSexy, #ItsTimeForDarkToShine dan #ILookLikeMixAndItsABlessing.

Hanee turut memuat naik paparan skrin komen netizen daripada sebuah portal tempatan yang mengutuk warna kulit dan keluarganya.

“Kira okaylah daripada dia berkenan dengan lelaki pendatang haram Nigeri. Dapat anak hitam legam macam Nigeria pasti masuk Dewi Remaja, lepas tu caption merata #hitamitumenawan,” tulis pengguna terbabit.

Hanee atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan antara peserta Dewi Remaja 2018/2019 yang paling menonjol.

Berdarah kacukan Melayu-Arab, Haneesya yang mempunyai masalah disleksia sejak kecil sering diejek kerana warna kulitnya.

Jangan lepaskan peluang menonton Dewi Remaja 2018/2019 setiap hari Ahad pukul 10.30 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!