Sweetnya Ucapan Hari Jadi Saharul Ridzwan Dekat Isteri…Siap Bagi Hint Nak Baby Girl Pula Tu!

Please follow and like us:
1

Isteri kepada pelakon Saharul Ridzwan iatu Deena Emir menyambut hari jadinya pada hari ini.

Saharul terlebih dahulu telah berkongsi perkara itu menerusi entri di akaun Instagramnya malam tadi.

“Saya doakan syurga untuk awak, semoga awak panjang umur, diberikan kesihatan yang baik, dan dimurahkan rezeki, Amin.

“Cukuplah ucapan setakat ini, Ali (anak mereka) pun dah tidur, gambar sebelah lebih penting, selamat malam,” tulisnya sebagai kapsyen.

Gambar sebelah yang dimaksudkan Saharul adalah sekeping gambar kanak-kanak perempuan dan ia seolah-olah memberi ‘hint’ yang dia mahukan seorang cahaya mata perempuan.

Saharul mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2012 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi lakonan dalam drama dan telefilem tempatan.

Sumber: Gempak

“Comelnya, Kecil-Kecil Dah Dapat Pergi Sana” – Netizen Puji Kecomelan Anak Saharul Ridzwan Pakai Ihram

Anak kepada pelakon Saharul Ridzwan, Muhammad Luth Ali menarik perhatian ramai apabila gelagat comelnya memakai kain Ihram ketika berada di Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah.

Menerusi entri di Instagram (IG), Saharul berkongsi gambar anaknya itu ketika mereka selesai menunaikan ibadah Umrah buat kali pertama.

“Alhamdulillah, dah selesai umrah,” tulisnya ringkas.

Menerusi ruangan komen rata-rata memuji kecomelan Ali dan menganggap dia merupakan seorang kanak-kanak yang beruntung kerana dapat menunaikan Umrah ketika usia masih muda.



Saharul dan isterinya, Qaabila Deena Emir berkahwin pada 16 September 2016.

Pasangan tersebut menimang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Luth Ali pada 6 Jun tahun lalu.

Dalam perkembangan terkini, Saharul muncul dalam drama bersiri Selafaz Cinta mulai 27 November lalu.

Selain Saharul, drama Selafaz Cinta ini turut menampilkan pelakon Syatilla Melvin, Puteri Aishah, Sharifah Sakinah, Sura Sojangi, Luqman Hafidz, Riz Amin, Cha Cha Maembong, PU Rizz dan ramai lagi.

Selafaz Cinta bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang menerusi slot Tiara di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!