“Rasa Macam Mak Ada Lagi, Bangun Pagi, Buat Air…” – Linda Rafar Rindu Arwꬰh Ibu

Please follow and like us:
1

Pelakon Linda Rafar akui sedang berusaha untuk menyesuaikan diri menjalani kehidupan tanpa ibunya, Allahyarhamah Rasimah Abdul Rahman yang meninggal dunia pada Jumaat.

Menerusi beberapa entri terbaru akaun Instagram (IG)nya jelas menunjukkan hari-hari yang berlalu tanpa kehadiran ibu tersayang ternyata amat sukar bagi Linda.

Linda yang berkongsi luahan rasa rindu terhadap ibunya itu memohon diberi kekuatan untuk menjalani kehidupan harian.

“Allahuakbar… Bila semua dah balik Linda rasa sebak, sunyi dan rindu sangat kat mak… Terasa macam mak ada je lagi dalam rumah ni…

“Bangun pagi buat air dan minum dekat depan ni… Tengok progress dia makin sihat, happy sangat dan plan nak bawa dia tengok laut…

“Mak pun happy cakap nak pergi rehat tengok laut… Tapi sekarang Allah sayang mak dan ambil mak dulu, nak bagi mak rehat tengok syurga Firdaus InshaAllah… Ya Allah kuatkan aku,” tulisnya.

Linda juga turut berkongsi video ‘boomerang’ lambaian terakhir ibunya yang membuatkan peminat sebak.

“The last good bye. Tak semua boleh melalui fasa ini… Hanya Allah mampu memberi aku satu kekuatan untuk aku menempuh segala memori indah bersama ibuku Rasimah binti Abdul Rahman.

“Mak terlalu rapat dengan Linda… Segala masalah atau apa sahaja dia la tempat untuk Linda mengadu…

“Sekarang Allah dah ambil mak kembali kepadanya, Linda kena teruskan hidup ini walaupun susah sangat rasanya.

“Mak… Linda dah buat yang terbaik untuk mak… Moga Allah tempatkan mak di syurga yang paling indah. Gonna miss u mak… Allahuakbar!” coretnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata peminatnya memberikan kata-kata semangat dan juga ucapan takziah buat Linda sekeluarga.

Terdahulu, difahamkan tangan kiri ibu Linda terpaksa dipotong akibat mengalami kuman di tangan kiri dan telah merebak ke dalam darah pada 12 Disember tahun lalu.

Foto: Instagram @lindarafar

Sumber: Gempak

Jenazah Ibu Linda Rafar Selamat Dikebumikan

Jenazah Ibu Linda Rafar Selamat Dikebumikan

Jenazah ibu kepada penyanyi Linda Rafar iatu Allahyarham Rasimah Binti Abd Rahman telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Seksyen 21, Shah Alam sekitar pagi tadi.

Jenazah terlebih dahulu telah dibawa ke Surau Al-Ikhlas, Seksyen 13, Shah Alam untuk disembahyangkan.

Linda terlebih dahulu telah memaklumkan perkara itu menerusi entri di akaun Instagramnya (IG) malam tadi.

Terbaru, Linda telah berkongsi beberapa perkembangan terkini menunjukkan ibunya telah selamat dikebumikan menerusi IG Story.

Ibu Linda telah menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital malam tadi.

Terdahulu, difahamkan ibu Linda dan Diana dimasukkan ke hospital akibat mengalami jangkitan kuman di tangan kiri dan telah merebak ke dalam darah.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!