“Kalau Orang Nak Benci Tu, Senang Je…” – Siti Nurhaliza

Please follow and like us:
1

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersyukur hari ulang tahun kelahirannya diingati ramai.

Semalam, menerusi laman sosial Twitter, kata kunci ‘Tok Ti’, ‘Siti Nurhaliza’ dan ‘#SitiGolden40th’ menjadi trending serentak sempena meraikan hari jadinya yang jatuh pada 11 Januari.

“Saya rasa segan dan sangat rendah diri. Apa yang paling penting, saya rasa sangat bersyukur.

“Ini semua adalah anugerah Allah. Bukan satu perkara yang mudah apabila Allah membuatkan kita rasa disayangi.

“Kalau orang nak benci tu, senang je. Tinggal orang nak sayang kita ni, memang memilih untuk kita menyayangi,” kata Siti.

Pelantun lagu Anta Permana ini ditemui di majlis sambutan ulang tahun #SitiGolden40th yang disambut di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur malam tadi.

Tambah Siti, dia berharap setiap karya seninya dapat terus menghiburkan peminat.

“Alhamdulillah, dengan kurniaan bakat yang ada, saya diberikan kesempatan untuk menghiburkan masyarakat dan peminat.

“Saya sangat menghargai dan berterima kasih. Saya harap bakat yang saya kongsikan dapat menggembirakan peminat dan pendengar.

“Bila mereka gembira dan terhibur, itu adalah hadiah yang sangat besar bagi saya,” katanya lagi.

Majlis ulang tahun Siti yang dirancang oleh suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu dihadiri oleh keluarga, teman rapat, rakan-rakan selebriti serta pihak media.

Sumber: Gempak

Oh! Ini Syarat Siti Kalau Keluar Rumah Lebih Daripada 5 Jam

Oh! Ini Syarat Siti Kalau Keluar Rumah Lebih Daripada 5 Jam

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meletakkan syarat kepada pengurusannya untuk keluar bekerja tidak lebih daripada lima jam.

Jelas Siti, 39, syarat itu sering ditekankan kepada pengurusannya dek kerana tidak sanggup berpisah terlalu lama dengan anaknya, Siti Aafiyah yang masih menyusu badan.

“Dalam hati itu sentiasa ada perasaan tak sanggup nak tinggalkan anak, tetapi kerana tugas dan kerja perlulah diturutkan.

“Dia (Aafiyah) pun semakin dewasa dan semakin faham.

“Paling tidak sanggup tengok apabila saya nak keluar dia pun nak ikut sama.

“Sebab itu seringkali saya tekankan kepada pengurusan kalau keluar bekerja pun tidak akan lebih daripada lima jam.

“Lebih daripada tempoh itu saya perlu bawa Aafiyah sekali, biasalah mak-mak. Kalau tak terpaksa pula bawa alat-alat lain untuk ‘berperang’,” katanya kepada hLive.

Siti juga mendedahkan dia bersyukur urusannya untuk menjaga Aafiyah dipermudahkan dengan adanya jururawat.

“Alhamdulillah, saya ada nurse yang membantu menjaga Aafiyah dengan baik. Jadi hati pun tak risau,” tambahnya.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!