“Saya dalam proses untuk mengambil alih negara ini.” – Individu dakwa pemilik sebenar Kerajaan Malaysia

Please follow and like us:
0

MELAKA – Seorang lelaki di sini mengaku dirinya mempunyai kaitan dengan kerabat diraja serta pemilik sebenar Kerajaan Malaysia.

Individu bernama Ahmad Abdul Kadir Ismail, 46 tetapi mengelarkan dirinya sebagai Sultan Sheikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D’zulkarnain mendakwa memiliki seluruh kekayaan di negara ini.

Malah Ahmad Abdul Kadir berkata, dia turut mempunyai harta kekayaan dan wang tunai berjumlah bertrilion dolar di beberapa negara termasuk di Hong Kong, China, Kemboja, Bangladesh dan Thailand.

“Saya dalam proses untuk mengambil alih negara ini. Biarpun hakikatnya sudah diambil alih namun kini baharu saya menguar-uarkannya. Cuma masalahnya ia dinafikan oleh politik di negara ini sejak dahulu.

“Saya sudah bergerak menuntut hak saya sejak lima tahun lalu iaitu semenjak Oktober 2013 malah pernah menyatakan hasrat untuk menemui kesemua raja-raja di negara ini serta Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad namun tidak dilayan,” katanya dalam sidang media itu yang turut diiringi beberapa pengikut di sebuah inap desa di Sungai Rambai, hari ini.

Beliau turut mengadakan majlis suai kenal bersama puluhan mengikut termasuk dihadiri kerabat diraja.

Ahmad bersama salah satu dokumen mengenai pemilikan asetnya di luar negara.

Ahmad Abdul Kadir yang menetap di rumah keluarga mertua di Sungai Rambai sejak lima tahun lalu berkata, beliau ada menyimpan banyak alat kebesaran terutama keris kebesaran di raja termasuk Keris Sempena Riau, Keris dari Bukit Siguntang, Pedang Hang Li Poh, Jade Tujuh Naga, Pedang Cheng Ho dan pinggan di zaman Dinasti Ming.

Dakwanya lagi, kesemua sultan dan ahli politik di negara ini sudah hilang status kerakyatan dan mendakwa pernah mengambil tindakan saman terhadap Kerajaan Malaysia berikutan kuasa yang ada kini sebagai tidak sah.

“Saya tidak perlu ditabalkan sebagai sultan sebab saya sudah tersedia menjadi sultan. Saya berasal dari Kuala Kangsar, Perak namun mempunyai lebih ramai pengikut di sebelah selatan negara ini.

“Saya juga adalah simbol semua bangsa meliputi Melayu, Cina, India, Arab serta Yahudi. Saya adalah tuan punya negara Malaysia atau Tanah Melayu,” katanya.

Tambahnya lagi, kewujudannya adalah bertujuan untuk seluruh rakyat Malaysia dan dunia bagi mengembalikan kegemilangan negara, bangsa dan agama.

“Apa yang saya perjuangkan adalah bukan untuk diri saya sendiri tetapi adalah untuk semua rakyat di negara ini.

“Saya hanya menuntut hak saya dan bukannya hak orang lain,” katanya.

Antara komen netizen :

Hasbuljalil Raja Langkasuka –Harta sampai trillion zillion….tapi tumpang rumah mertua…..ni kalau tak ganja mesti syabu….

Eddie Halim –Kau nak claim malaysia ni lantak kau la. Aku cuma nak tahu apa yang kau telan sampai begini power pergi nya.

Nur Anizam –kahakahakahahak malaysia dah merdeka 62tahun ko baru 46tahun tang mana nya ko claim kerajaan malaysia ko punya..makan ketum ke

Abdullah Ali –Yang ini kalau kau orang nak maki, boleh maki. Tak kena tangkap pun.

Abdul Rasyid Mohamed –Saya ada menyimpan sekotak kretek surya 16 seludup yg dipercayai kepunyaan parameswara…oleh itu, saya adalah Raja sebenar bagi seluruh republik indonesia termasuk Timor Leste.

Fadhil Zangetsu –Aq harap beliau mampu membuka page sendiri.. jadikan page sultan Melaka sebagai contoh. semoga berjaya

Sumber : SinarHarian via EdisiMedia

Dallah Dean Kecewa Hasil Kerjanya Didakwa ‘Tiru’ Foto Jurugambar Indonesia

Minggu ini, nama jurugambar dari Malaysia Abdullah Dean atau Dallah Dean dan Nazri Sulaiman menjadi bualan warganet apabila gambar ‘Mowgli Malaysia’ yang dirakam menang di pertandingan Image of Asia 2018 bagi kategori Street/People Photographer of The Year Asian Geographic.

Namun begitu, di sebalik kejayaan yang dicapai pasti ada suara yang ibarat menyangkal kemenangan mereka. Menerusi posting yang dibuat di laman Facebook Dallah Dean semalam, beliau dilihat kecewa apabila karyanya disamakan dengan hasil kerja jurugambar dari negara seberang, Herman Damar.

Terima Kasih kepada En Uthman Daud atas posting tuan berkaitan saya….cuma secara jujur saya tk kenal individu bernama Herman Damar yg dimaksudkan…apatah lagi saya nk jadikan karyanya sebagai inspirasi saya…Saiful Nang saya tahu namanya namun tk pernah juga berkenalan atau mengikuti kelas anjuran beliau….setakat hari ni saya tiada seorang guru pun dari Indonesia…apapun terima kasih buat En Uthman Daud atas posting ini, cuma di masa hadapan pastikan maklumat tuan tepat atau sipi2 sebelum dimuatnaik….maafkan saya jika karya saya mengganggu emosi sesiapa…saya adalah saya….

#photographerkampung

Dallah Dean menegaskan yang beliau langsung tidak mengenali jurugambar Herman Damar secara personal malahan tidak pernah melihat hasil kerja Herman Damar sebelum ini. Mungkin karya Herman Damar mirip dengan gambar yang dirakam Dallah Dean, tetapi Dallah tidak menjadikan hasil kerja Herman Damar sebagai inspirasi atau rujukan.

Ramai rakan jurugambar dari Malaysia yang memberi sokongan pada Dallah Dean dan individu yang membuat dakwaan berkenaan sudah memadam kenyataan beliau berkenaan isu ini.

Namun ,posting terbaru Uthman Daud memberi penjelasan di atas posting awalnya yang mendatangkan tanda tanya.

Perkataan yang saya maksudkan ialah “inspirasi dari”. Bukan “tiru dari”. Fotografer Herman Darma memang tak terkenal nama beliau tapi artwork beliau dah tersebar luas sebelum ni dalam medsoc. Bukan merendahkan fotografer yang menang tu, tapi nak bagitau artwork tu power. Ramai yang salah faham sebab terlalu sensitif dengan nama negara jiran.

Try taip Herman Darma Photography di google. Saya follow beliau 10 tahun lepas..

Apa yang kita boleh belajar di sini adalah jangan membuat andaian sekiranya kita tidak tahu perkara sebenar. Mungkin individu berkenaan boleh tanya Dallah Dean secara terus sama ada gambar berkenaan mengambil inspirasi dari mana-mana sumber atau pun tidak.

Sumber : Movie Islami via EdisiMedia

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!