“Ye Abang Kenapa? Minta Maaf Yang Muntah Tu Isteri Saya Dia Mengandung”- Hanis Zalikha Imbas Saat Hampir Dimalukan

Please follow and like us:
0

Pelakon Hanis Zalikha terkenang saat hampir dimalukan oleh seorang individu di sebuah kedai makan ketika hamil anak pertama suatu ketika dahulu.

Hanis berkongsi kisahnya menerusi akaun Instagramnya hari ini.

Kata Hanis, kejadian loya dan muntah pada pagi tadi membuatkan dia mengimbas kembali kisah tersebut.

“I am in my second trimester. Perut dah besar. Tapi masih loya teruk. Tadi baru lepas muntah pagi dan tiba-tiba teringat satu kejadian waktu mengandungkan Yusuf dulu.

“Ada satu pagi tu, kitorang on the way pergi office, dan setiap kali pergi office kami akan singgah satu cafe ni untuk sarapan sebelum masuk kerja.

“Jadi kami pun order makanan yang biasa kami makan dan mula bersarapan. Dah nak selesai macam tu Hanis mula loya balik.

“Ya Allah cuba tahan tak nak muntah (sebab sayang makanan dan tak nak lemah satu badan lepas muntah), tahan punya tahan tapi lari jugak ke tandas cafe tu.

“Dan buwek keluar segala isi perut. Sambil air mata mengalir. Dalam 5 minit berbuwek buwek, selesai episod duka lara dalam tandas, terus cuci mulut, betulkan tudung dan keluar buat macam biasa.

“Selepas duduk dan tunggu suami habis makan. Waktu ni dah tak larat nak makan apa-apa dah. Tertoleh ke kiri nampak staff situ (warga asing) macam pandang tapi bukan macam pandangan biasa.

“Tanyalah suami ayang kenapa staff tu pandang I macam lain. Tak tahu nak cakap lain macam mana tapi memang lain.

“Lepas itu suami cakap takde apa-apa. Tapi tak puas hati, tanya dia banyak-banyak lagi. Akhirnya dia cerita time Hanis muntah, kedengaran juga dari luar sebab tandas dalam cafe kan. (Omg malunya).

“Lepas itu ada pakcik tua ni buat muka annoyed sangat-sangat selama kedengaran Hanis muntah tu. Pastu time dia bayar kat cashier dia bising-bising sampai satu cafe dengar, dia cakap “apeni saya makan kat sini bayar, bukan nak dengar orang muntah-muntah!” (Something along the line tapi memang unpleasant to hear).

“So my husband walked up to him and said “ye abang, kenapa? Minta maaf ya yang muntah tu isteri saya dan dia mengandung”. Terus pakcik tuh macam “takdelah *mumble2*” dan berlalu pergi,” tulisnya.

Menerusi coretan itu, Hanis juga memberitahu bahawa suami merupakan seorang pelindung buat para isteri yang berada dalam kesusahan.

“Bila-bila terkenang balik kejadian tu, baru faham sendiri maksud: Suami adalah pelindung. Walau dalam ketiadaan kita dia melindungi kita,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan agar Hanis kuat menempuhi dugaan mabuk hamil untuk anak keduanya itu.

Selain itu, mereka juga meluahkan pendapat dan berharap agar rakyat Malaysia lebih peka dan bersifat tolenrasi terhadap ibu-ibu hamil.

Foto: Instagram @haniszalikha

Sumber: Gempak

“Style Gila Ihram Kau” – Netizen Usik Foto Sꬴksi Hairul Azreen!

Pelakon Hairul Azreen telah mengundang perhatian ramai orang apabila berkongsi sekeping foto di laman Instagram (IG) miliknya.

Menarik perhatian netizen, Hairul mengenakan pakaian namun menampakkan sebahagian dada dan tangannya yang berotot ketika menjalani penggambaran majalah Glam Lelaki edisi bulan Januari.

“Thank you saya di pilih menjadi cover @glamlelaki January 2019.

“Permulaan yang baik untuk saya & harap yang sama utk penyokong saya #TheBestNeverRest,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengusik mengatakan penampilan Hairul seakan dirinya memakai ihram.

“@alifhadi: Style gila ihram kau!”

“@mus_cmr: Bila nampak hairul pakai mcm ni, teringat airil zafril tanya dato alif pakai ihram ke tu?”

“@_eysh_: Dari depan nampak mcm kain ihram, dari tepi nmpk pelik.”

“@zahid_hymni: Pakai ihram ke?”

“@faiz_jep: X balik umrah lg ke? Lamanya pi umrah.”

“@miszsyierra: Ambil konsep pakai ihram ke?”

Sehingga kini, foto tersebut menerima lebih 60000 ‘like’ dan lebih 200 komen daripada pengikut Hairul.

Sumber: Gempak

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!