“Kenapa Cucuk Bibir Jadi Tebal Pula” – Peminat Musykil Perubahan Wajah Selepas Kemalangan, Ini Jawapan Nina Iskandar

Please follow and like us:
1

Selepas terbabit dengan kemalangan jalan raya beberapa bulan lalu, Nina Iskandar sudah kembali semula ke set lakonan dan kini sedang meluangkan masa bercuti di Turki.

Bagaimanapun, entri terbaharu di Instagram pelakon itu mencetuskan tanda tanya peminat apabila saiz bibirnya berbeza daripada sebelum ini.

“Dari dulu lagi dah lawa Nina ni, tapi kenapa cucuk bibir jadi tebal pula?” soal salah seorang pengguna.

Enggan membiarkan tanda tanya itu menjadi spekulasi tidak sihat, Nina terus menjawab pertanyaan tersebut.

“Tak pernah cucuk. Tapi saya accident hari tu, so ada jahitan kat luar dan dalam.

“So, jahitan dalam ambil masa untuk sembuh.

“Insya-Allah nanti akan jadi seperti sediakala. Doakan ya,” jawabnya jujur.

Mengimbas semula detik tragis pelakon itu, Nina terbabit dalam kemalangan jalan raya apabila kenderaannya dilanggar dua kereta serentak pada hujung November lalu.

Akibat kemalangan itu, bibirnya koyak dan tulang belakangnya retak.

Sumber: Gempak

“Besarnya Dugaan Saya Kali Ini” – Jadi Mangsa Langgar Lari 2 Kereta, Bibir Nina Iskandar Koyak, Tulang Belakang Retak!

Pelakon Nina Iskandar terlibat dengan kemalangan apabila kenderaannya dilanggar dua kereta serentak pada awal pagi semalam.

Menerusi kemas kini ruangan Instagram Stories milik aktres itu, dia berkongsi beberapa foto keadaan keretanya selepas dilanggar.

Selain itu, Nina berkongsi foto selfie dengan bibir bengkak serta dia juga sempat meluahkan perasaannya di ruangan terbabit.

“Besarnya dugaan saya kali ini. For the past few months memang banyak betul dugaan. Insya-Allah, ada hikmah dan ganjarannya,” tulis Nina.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Isteri Dalam Sangkar itu juga turut berkongsi entri Instagram yang dimuat naik oleh rakan pelakon, Amyza Aznan di ruangan Instagram Stories miliknya.

Sementara itu, pembantu peribadi Nina, Arys Khalid memaklumkan pelakon kelahiran Brunei itu sedang berada dalam keadaan selamat.

Usaha Gempak untuk menghubungi Nina sendiri bagi mendapatkan penjelasan lanjut gagal kerana pelakon itu sedang berehat dan menjalani rawatan.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!