“Hey You, Hijabista You, Biadap You, No Manners You!” – Watak Kak Su Menjadi, Popularkan Nama Reen Rꬰhim

Nama pelakon cantik, Reen Rahim kian menjadi sebutan kerana wataknya dalam drama bersiri Pujaan Hati Kanda.

Memegang watak sebagai Kak Su, lakonan yang dipaparkan oleh Reen sangat menjadi.

Malah, beberapa dialog yang dituturkan oleh Reen dalam drama bersiri itu turut tular di media sosial.

Menerusi laman Twitter, sedutan babak karakter Kak Su yang memarahi watak Nadine lakonan aktres Sarah Hildebrand menjadi sebutan netizen.

Rata-rata netizen memuji watak terbabit dan menggemari cara lakonan Reen yang meninggalkan kesan di hati penonton.

https://twitter.com/nrdll_ndh/status/1083112119518687232

Selain Reen dan Sarah, Pujaan Hati Kanda dibintangi oleh Remy Ishak, Mira Filzah, Syazwan Zulkifly dan ramai lagi.

Sumber: Gempak

Nafi Lesbian, Reen Rahim Sedang Jalin Hubungan Cinta Dengan Mr AR

Nafi Lesbian, Reen Rahim Sedang Jalin Hubungan Cinta Dengan Mr AR

Pelakon Reen Rahim mengakui sedang menjalinkan hubungan bersama seorang individu yang hanya mahu dikenali sebagai Mr AR.

Menurut Reen, dia sudah mengenali jejaka itu sejak setahun yang lalu dan sudah bertemu dengan kedua-dua belah keluarga.

“Sebelum ini ramai yang mengatakan saya ‘lesbian’ kerana mempunyai ramai kawan wanita ataupun bercinta dengan sesama jenis.

“Disini saya mahu jelaskan bahawa dakwaan itu tidak betul dan saya sekarang sedang menjalinkan hubungan cinta bersama seorang individu bernama Mr AR.

“Kami masih dalam proses mengenali satu sama lain dan telah berjumpa dengan keluarga masing-masing.

“Buat masa sekarang kami masih belum mempunyai perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat memandangkan usia pengenalan kami baru setahun,” katanya kepada Gempak.

Reen berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka syarikat pengurusan Mind Order di Kache’s, Seksyen 26, baru-baru ini.

Teks: Rozaimi Zubaidi
Foto: Instagram Reen

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*