Cuma Tunjuk Gambar Kaki, Black Hanifah Boleh Dapat Lebih 44,000 ‘Likes’

Please follow and like us:
1

Apa saja yang dimuat naik artis popular di media sosial sering menjadi tumpuan ramai peminat.

Bukan saja cerita pasal karier seni mahupun kisah peribadi, tapi jangan hairan apabila status mengenai gambar kaki artis popular juga boleh membuatkan peminat suka tengok.

Perkara ini memang berlaku apabila penyanyi popular, Black Hanifah memuat naik gambar kakinya dengan anaknya menerusi Instagramnya, @black.hanifah.

“Harap tiada siapa perasan kaki saya yang mana,” katanya dalam status di media sosial itu.

Meskipun netizen sudah tentu tahu jawapannya berdasarkan warna kulit antara dua kaki itu, netizen tetap ‘like’ status tersebut.

Bayangkan hanya gambar kaki itu saja boleh mendapat lebih 44,000 ‘like’ daripada netizen. Namun, ia mungkin hanya boleh terjadi pada artis popular seperti Black dan tidak pada artis lain.

Gambar itu juga mengundang jenaka dalam kalangan netizen yang mengusik Black.

“hahaha pakai stokin sek itam ke tu?,” kata netizen @putrinormazaira.

Ada komen lebih ‘kejam’ daripada netizen @nurulfarehah_salleh pula berkata: “Kenapa kaki katil atas tilam bang, katil patah ker?.”

Biarpun macam-macam komen yang dilontarkan netizen, Black memang seorang artis yang ‘sporting’ dan tidak berkecil hati dengan komen tersebut yang dianggap sebagai gurauan.

Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @black.hanifah

Sumber: Gempak

“Ni Bukan Comel Tau, Ni Cantik” Komen Netizen Selepas Black Dedah Wajah Anak Kedua

“Ni Bukan Comel Tau, Ni Cantik” Komen Netizen Selepas Black Dedah Wajah Anak Kedua

Buat pertama kalinya penyanyi, Black Hanifah mendedahkan wajah anak perempuannya, Rindu Dayyana yang dilahirkan pada 25 Oktober lalu.

Black menerusi akaun Instagramnya memuat naik foto yang merakamkan bayi comel itu sedang tidur.

“Namanya – Rindu Dayyana Binti Hanifah,” tulisnya ringkas.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata netizen memuji kecomelan anak keduanya itu.

“Cantik macam mak dia aih,”- tulis @ezaharip

“Cantiknya baby, dagu lanjut. Cantik,” komen @cikanisdebab

“Ni bukan comel tau, ni cantik. Ya Allah,” coret @zaty_faziraelly

Terdahulu, Black dan Cira telah mendirikan rumah tangga pada 13 September 2013 dan dikurniakan cahaya maya lelaki, Khaleef Dayyan yang kini berusia tiga tahun.

Foto: Instagram @black.hanifah

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!