“Berharap saya tidak pernah dilahirkan” – Nota Akhir Anak 10 Tahun Ga∩tῡ∩g Dﭐrﭐ Sebagai ‘Hadiah Gembira’ Buat Ibunya!

Please follow and like us:
1

Biarpun umurnya yang dikatakan masih ‘mentah’, kanak-kanak juga ada hati dan perasaan. Rasanya umur 10 tahun dah cukup untuk membuat diri mereka boleh berfikir dengan waras.

Bagaimanapun, di tahap umur sebegini, ada segelintir aspek yang mereka masih tak faham tentang sebarang kemungkinan atas perlakuan mereka.

Amat menyayat hati apabila kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun ini ditemui mati bersama  sekeping nota  untuk membuatkan ibunya sebagai ‘wanita paling gembira di dunia’.

Gantung diri sebagai hadiah ‘kegembiraan’ buat ibunya

Pasukan kecemasan menerima panggilan mendakwa seorang budak perempuan menggantung dirinya pada pukul 10.18 malam 6 Januari lalu.

Lapor Mirror Online, kejadian itu berlaku ketika berlangsungnya ‘el Dia de Reyes,’atau Three Kings Day satu festival dimana semua orang harus berikan hadiah antara satu sama lain.

Menerusi nota ringkas tersebut, budak perempuan ini bunuh dirinya sebagai hadiah untuk berikan kegembiraan pada ibunya.

Punca gantung diri

Pihak berkuasa di Aguascalientes, Mexico telah mengesahkan bahawa kematiannya disebabkan menggantung diri.

Difahamkan punca akibat dia menyalahkan dirinya sendiri kerana bapanya meninggalkan dua beranak itu, bahkan dia juga merasakan dirinya itu hanya menyakitkan dan memusnahkan kehidupan ibunya.

Ini berikutan kata-kata ibunya yang selalu mengharapkan dia tidak pernah dilahirkan di dunia ini.

Nota menyayat hati ketika ditemui gantung diri

“Dear Three Kings, saya hanya ingin mohon kepada anda untuk buatkan ibu saya menjadi wanita paling gembira di dunia selepas saya tidak akan berada di sini lagi kerana saya ini menyakitkan dan hanya membawa kehancuran dalam hidupnya sejak saya dilahirkan, kerana saya ayah meninggalkan rumah kami. ”

“Saya mahu meminta ibu saya menjadi tenang, tidak banyak bekerja, hadiah terbaik yang boleh saya mahukan adalah kebahagiaannya.

“Saya harap suatu hari ibu mengingati saya dan di langit dan akhirnya peluk saya”

“Saya rasa hadiah terbaik untuk Three Kings adalah jika saya membunuh diri saya.”

“Seperti yang selalu ibu katakan kepada saya, ibu harap saya tidak pernah dilahirkan.”

“Saya sangat sayangkan anda, ibu, saya tahu Three Kings tidak wujud tetapi saya nak berikan ibu hadiah hebat ini.”

Di Spain dan Mexico, festival Three Kings ini diraikan pada setiap 6 Januari untuk menghormati 3 orang pemuda bijak.

Ia juga sempena penutup hari natal dan pada  hari tersebut orang-orang Mexico akan bertukar-tukar hadiah
Pihak berkuasa kini sedang melakukan penyiasatan ke atas kematian anaknya dan sumber menyatakan bahawa pihak polis sedang mencari ibunya yang kini menghilangkan diri.

Sumber: LobakMerah

Paranoid Takut ‘Breast Cancer’ Serang Balik, Ibu Mꬰti Ga∩tung Diri Dalam Bilik Anak Padahal….

Disebabkan paranoid kanser datang serang balik, ibu ni bertindak melulu gantung diri dalam wardrobe anak dia.

Wanita tersebut Dawn Cheethan, 43 sebelum ini pernah menghidap barah payudara tahap 3 pada tahun 2015 tapi kini dah pulih. Difahamkan dia melakukan perkara sedemikian disebabkan petanda-petanda kanser tu datang balik.

Lepas pos mortem, tak ada sebarang pentunjuk kanser

Sumber : Mirror.co.uk

Dia ditemui mati oleh pasangannya Jonathan Mellor di rumahnya di Manchster pada Julai lalu.  Mereka berdua ada bertelagah malam sebelum tu dia mana Jonathan keluar lepak dengan kawan-kawannya, sepatutnya malam tu mereka berdua ada date.

Tapi, sumber menjelaskan bahawa lepas pemeriksaan pos mortem dibuat, tak ada sebarang petanda sel kanser pun dalam tubuh badan si mangsa ni.

Pasangan ini mula menjalinkan hubungan sejak tahun 2010, tinggal bersama selama 17 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan yang kini dah berumur 8 tahun.

Kronologi cerita 

Sumber : Mirror.co.uk

“Kami tidak pernah bergaduh tetapi pada malam itu saya ingin keluar dengan kawan kerana saya kerana malam itu saya agak tertekan”

“Saya pergi minum  dan dia menelefon orang tua saya dan ayah saya datang cari saya , saya pulang ke rumah dan kami bertengkar. Saya hanya nak menenangkan diri saya.”

“Saya pulang ke rumah selepas pesanan terakhir sekitar 12 pagi. Saya cuba masuk ke dalam rumah tetapi tak boleh kerana dia telah meninggalkan kunci di pintu depan.”

“Saya fikirkan ianya sebagai denda, jadi saya baru tidur sebentar di dalam kereta – bila bangun kira-kira pukul 5 pagi, saya kembali ke rumah dan mengetuk pintu, tak ada orang jawab.”

“Saya cuba menelefonnya, tidak ada jawapan. Jadi, saya pergi rumah ibu bapa saya – saya tak fikir apa-apa pada masa tu – saya anggap dia degil.”

“Tetapi ibu saya dapat rasakan ada yang tak kena. Bila kami ke rumah, kami mengetuk pintu lagi tetap tak ada orang jawab.”

“Jadi saya tendang pintu dan naik ke atas dan saya masuk ke bilik gadis kecil saya dan saya jumpa dia. Apabila mereka melakukan bedah siasat, dia tidak mempunyai kanser dalam tubuhnya. “

Pada malam mereka bergaduh tu  Dawn ada hubungi kakaknya dan bercerita mengenai masalah pada petanda kanser dan pergaduhan mereka.

Kakanya Amanda ingin melawatnya tapi tak dibenarkan. Menurut firasat kakaknya, pergaduhan itu adalah penyebab utama Dawn ni nak bunuh diri.

Tambahnya lagi, mungkin semua masalah dalam otaknya bercampur aduk. Hmm mungkin juga lah sebab dia ni jenis kurang tidur kerja kuat, emosi pun tak stabil.

Sumber: LobakMerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!