Tahniah, Dah 4 Bulan! Anzalna Nasir Hamil Anak Sulung

Please follow and like us:
1

Pelakon cantik, Anzalna Nasir, 31, mengesahkan dia sedang hamil anak sulung hasil perkahwinannya dengan ahli perniagaan, Hanif Zaki.

Anzalna mengumumkan berita gembira ini menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya.

Anzalna memuat naik video kejutan pengumuman kehamilan yang diberikan kepada ahli keluarganya serta majlis doa selamat sekitar sambutan hari lahir Anzalna yang disambut hari ini, 9 Januari.

“The moment I’ve been waiting for.. Allah knows what is the best for you and when its best for you to have it.

“On this special day, on my birthday, I would like to share with all of you that @hanif_zaki and I are expecting our first baby.

“Syukur Alhamdulillah.. Terima kasih kepada semua yang selama ni mendoakan Anzalna dan suami untuk menerima zuriat.

“Benar! Jodoh, rezeki, rezeki zuriat atau ajal maut menjadi rahsia-Nya tak perlu kita mempersoalkannya. Yang penting kita berusaha, berdoa dan tawakal,” tulis Anzalna.

Pelakon drama bersiri Dendam Aurora itu turut meletakkan hashtag #AnugerahTerindahDalamHidup #4MonthsPregnant di entri terbabit.

Di ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Anzalna dan suami serta tidak sabar mahu menantikan kelahiran cahaya mata pertama mereka.

Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menyulam cinta.

Sumber: Gempak

Berat Badan Naik, Anzalna Nasir Nafi Hamil

Berat Badan Naik, Anzalna Nasir Nafi Hamil

Aktres cantik Anzalna Nasir menganggap spekulasi yang mengatakan dirinya hamil sebagai satu doa.

Menafikan khabar tersebut, pelakon drama bersiri Arluna ini merancang untuk menimang cahaya mata pada tahun ini.

“Spekulasi timbul apabila saya memuat naik foto yang menunjukkan berat badan saya naik di laman Instagram.

“Ramai pihak yang anggap saya kini sedang berbadan dua. Tetapi sebenarnya berat badan saya naik kerana saya sedang gembira dengan kehidupan sekarang.

“Saya menganggap kata-kata peminat sebagai doa. Saya bersyukur kerana ramai yang mahu menantikan cahaya mata saya dan suami,” kata Anzalna.

Lebih dua tahun mendirikan rumah tangga bersama Hanif Zaki, aktres drama bersiri Memori Cinta Suraya ini banyak menghabiskan masa di rumah dan memperlahankan rentaknya dalam bidang lakonan.

“Tahun lalu, saya telah terlibat dengan drama bersiri 100 episod, Dendam Aurora yang bersiaran di Astro Prima. Jadi pada tahun ini, saya lebih fokus untuk mengambil tawaran telefilem kerana masa yang diperlukan tidak begitu panjang.

“Buat masa ini, saya banyak berehat dan menghabiskan masa di rumah serta tidak terlalu sibuk dengan kerjaya lakonan. Doakan yang baik-baik untuk saya dan suami diberikan rezeki menimang anak tahun ini,” kata Anzalna yang ditemui di majlis pelancaran butik barangan kemas Tous di IOI City Mall, Putrajaya pada Jumaat.

Jenama barang kemas yang berasal dari Sepanyol ini membuka cawangan ketiga di IOI City Mall Putrajaya selepas mempunyai dua cawangan di Pavilion KL dan Sogo.

Selain Anzalna, selebriti lain yang menghadirkan diri di majlis pelancaran butik Tous adalah Zahirah Macwilson dan Ruhainies.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Sumber: Gempak

“Beauty With Brain” – Peroleh 4 Flat, Netizen Puji Adik Anzalna Nasir

Pelakon Anzalna Nasir telah berkongsi sekeping foto keputusan peperiksaan adiknya, Nazirah Nasir yang telah memperoleh kecemerlangan dalam program Sarjana Sains Bioperubatan.

Menerusi kapsyen di laman Instagram (IG) miliknya, Anzalna menekankan walaupun mempunyai kecantikkan rupa dan kekayaan, pelajaran tetap penting.

“Regardless of how pretty or rich you are, education is very important.

“My parents tak pernah paksa us sisters to study hard, it all comes from within and alhamdulillah you nailed it again @nazirahnasir97 kalau boleh nak upload selalu results dia tapi riak la pulak!

“Hahaha bukan apa, at least korang boleh dm @nazirahnasir97 minta share tips belajar walaupun dia tak sehebat I! Nak juga,” tulis Anzalna.

Rata-rata pengikut Anzalna kagum dengan kejayaan yang diperoleh serta memberikan ucapan tahniah kepada Nazirah.

Selain ucapan tahniah, netizen juga memuji kejelitaan Nazirah serta menggelarkannya ‘beauty with brain’.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!