Bapa Aizat Amdan Me∩i∩gga| Du∩ia..

Please follow and like us:
0

Penyanyi Aizat Amdan memaklumkan bapa kesayangannya, Datuk Amdan Hj Mat Din telah meninggal dunia awal pagi tadi.

Berita duka itu disampaikan oleh Aizat menerusi entri terbaru di Instagram Stories.

“Assalamualaikum, dukacitanya, ayah saya Amdan bin Hj Mat Din telah meninggal dunia jam 1:10 am tadi. Rabu 9hb 2019. Al-fatihah,” tulisnya.

Menurut Aizat, jenazah sekarang ini berada di rumah keluarganya di Taman Ampang Utama sehingga jam 11 pagi ini.

Kemudian, jenazah akan diuruskan di Kampung Melayu Ampang serta dijadual akan dikebumikan selepas solat Zohor.

Mengikut laporan media sebelum ini, Allahyarham telah terlantar sakit akibat angin ahmar serta tidak boleh bercakap sejak penghujung tahun 2017.

Sumber: Gempak & IG

“Ayah Sudah Tak Boleh Bercakap” – Aizat Amdan Kongsi Rasa Sedih

Penyanyi Aizat Amdan berkongsi rasa pilu melihat keadaan bapanya, Datuk Amdan Mat Din, 61, yang sudah setahun terlantar sakit akibat angin ahmar.

Kata Aizat, bapanya kini sudah tidak boleh bercakap dan hanya mampu menggunakan isyarat badan untuk berkomunikasi.

“Mula-mula dahulu saya memang sedih dan tak boleh terima kenyataan apabila melihat keadaan ayah yang terlantar sakit.

“Tetapi lama-kelamaan saya terima ketentuan Allah dan sentiasa tak putus doa agar ayah kembali sihat seperti biasa.

“Malah, kami adik-beradik akan bergilir-gilir menjaga ayah di rumah selain dibantu oleh jururawat.

“Seperkara yang pasti, ayah pernah berada dalam keadaan kritikal dan semangatnya sangat kuat untuk melawan penyakitnya itu,” kata Aizat.

Penyanyi itu ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya Harapan Jadi Nyata yang turut mendapat sentuhan daripada bapanya.

Lagu Harapan Jadi Nyata didedikasikan Aizat buat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi meraikan dan menghargai sumbangan beliau kepada negara.

Sumber: Kosmo & Gempak

Aizat gundah bapa diserang angin ahmar

PETALING JAYA: Penyanyi, Aizat Amdan, bimbang dengan keadaan bapanya yang terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak Jumaat lalu.

Aizat, 28, berkata bapanya, Datuk Amdan Mat Din, dimasukkan ke HKL akibat strok pada bahagian otak kiri, menyebabkan sebelah kanan badannya lumpuh.

“Ayah sekarang sedang tenat di ICU dan sebelah kanan badannya lumpuh.

“Kini, dia hendak bercakap pun susah. Sudah tentu saya sedih melihat keadaannya ketika ini, justeru saya sanggup lakukan apa saja demi insan yang amat saya sayangi.

“Insya-Allah, dalam minggu ini ayah akan keluar wad, melihatkan tindak balasnya yang semakin baik. Mungkin dia akan dipindahkan ke hospital lain, berdekatan dengan rumah keluarga,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran World Mental Health Day 2017, di sini.

Aizat yang juga seorang komposer berkata, sejak bapanya sakit, semua jadual kerjanya diubah bagi membolehkan beliau berada di sisi ayahnya itu.

Bintang kelahiran program Akademi Fantasia ini turut membatalkan penerbangannya ke Turki, minggu ini, bagi menjalani penggambaran sebuah program.

Penyanyi lagu Hanya Kau Yang Mampu ini berkata, beliau seboleh-bolehnya ingin sentiasa berada di samping bapanya dalam keadaan yang sukar itu.

“Saya bukannya pakar mengenai penyakit strok. Saya hanya mampu berdoa dan cuba memberikan semangat serta menceriakan dirinya.

“Alhamdulillah, kami sekeluarga saling membantu antara satu sama lain,” katanya.

Menurut Aizat, dalam kesibukan menyiapkan album baharu yang dijangka menemui peminat pada tahun depan, beliau turut mencipta beberapa lagu, khas buat bapanya

Sumber: BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!