EKSKLUSIF: “Saya & Tauke Jambu Dah Berpisah” – Muat Naik Foto Anak, Netizen Mahu Nadia Kuatkan Semangat

Please follow and like us:
1

EKSKLUSIF:

Isteri kepada pelawak Tauke Jambu, Nadia Mohd Affandi mengesahkan mereka sudah berpisah baru-baru ini.

Menurut Nadia, Tauke menceraikan dirinya  menerusi kiriman rakaman suara di aplikasi WhatsApp dan ketika itu dia berada di kampung.

“Apa yang saya boleh cakap sekarang ini, kami sudah berpisah sejak masuknya tahun baru.

“Keretakan rumah tangga kami adalah berpunca daripada orang ketiga,” kata Nadia ketika dihubungi Gempak.

Tambah Nadia, ini bukan kali pertama dia bergaduh bersama Tauke membabitkan soal orang ketiga.

Selama ini, dia banyak bersabar kerana memikirkan soal rumahtangganya.

Tetapi, untuk kali ini, sabarnya diibaratkan sebagai sudah habis walaupun Tauke ada mencuba untuk berbaik.

“Tauke mempunyai ramai kawan perempuan, jadi agak susah untuk saya menghidu kegiatan Tauke pada awalnya.

“Sejak akhir-akhir ini, Tauke mempunyai hubungan dengan seorang wanita dari seberang.

“Sebenarnya, sudah banyak kali saya dimaklumkan oleh rakan yang mereka ada bertemu dengan Tauke bersama wanita tersebut.

“Kami juga pernah berbincang mengenai permasalahan ini tetapi Tauke tidak mengaku dia mempunyai hubungan dengan wanita terbabit.

“Akhirnya, ada seorang hamba Allah yang mengambil gambar pasangan itu ketika mereka makan di sebuah kedai, bertempat di Port Dickson lalu di-‘mention’-kan di Instagram milik Tauke.

“Saya melihat gambar mereka berdua memandangkan saya mempunyai akses untuk memasuki Instagram Tauke.

“Kami bergaduh dan akhirnya, perpisahan yang dipilih,” katanya kepada Gempak.

Tambah Nadia, dia juga akan membawa kes ini ke mahkamah dalam masa yang terdekat.

Tauke dan Nadia berkahwin pada 9 Disember 2017 dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Zamatul Khayla Aydina pada 26 Oktober tahun lalu.

Sumber: Gempak

Muat Naik Foto Anak, Netizen Mahu Nadia Kuatkan Semangat

Tidak terhenti isu penceraian antara pelawak Tauke Jambu dan isterinya, Nadia Mohd Affandi hangat diperkatakan, foto anak mereka, Zamatul Khayla Aydina menjadi tumpuan pengikut.

Menerusi akaun Instagram (IG) Nadia, foto anak perempuannya menjadi perhatian walaupun sudah tiga hari dimuat naik.

Rata-rata netizen meninggalkan komen memberi kata-kata semangat kepada Nadia serta melahirkan rasa kasihan dengan apa yang telah berlaku.


Semalam, Nadia mengesahkan telah berpisah dengan Tauke sejak masuk tahun baru menerusi kiriman suara yang dihantar di aplikasi Whatsapp.

Sumber: Gempak

Tak Pernah Lafazkan Cerai, Tauke Jambu Mahu Selesai Di Mahkamah

Tak Pernah Lafazkan Cerai, Tauke Jambu Mahu Selesai Di Mahkamah

Pelawak Tauke Jambu menjelaskan dia tidak pernah melafazkan cerai kepada isterinya, Nadia Mohd Affandi seperti yang didakwa.

Menurut Tauke, apa yang berlaku adalah perselisihan faham antaranya dirinya dan isteri.

“Saya tidak pernah melafazkan cerai terhadap isteri. Macam mana saya ingin berlaku curang sedangkan Nadia mempunyai akses akaun Instagram saya.

“Perselisihan faham ini berlalu apabila ada seorang peminat melihat saya sedang makan beramai-ramai. Kebetulan, duduk di sebelah saya adalah seorang wanita.

“Nadia beranggapan wanita di sebelah saya itu adalah teman wanita saya. Agak-agak logik tak tuduhan itu?

“Ini semua adalah salah faham sahaja, tidak wujud orang ketiga seperti yang dikatakan. Apabila sedang marah, macam-macam tuduhan dilemparkan, tetapi sebagai suami, saya kena sabar.

“Saya sudah menegur Nadia supaya tidak kecoh mengenai hal ini namun perkara belum lagi diselesaikan tetapi kenyataan telah dikeluarkan.

“Kalau boleh, saya ingin menyelamatkan rumah tangga kami,” ketika dihubungi Gempak.

Tambah Tauke, Nadia adalah seorang isteri yang kuat cemburu.

“Sebelum ini, sudah beberapa kali Nadia menuduh saya berlaku curang.

“Nadia seorang yang kuat cemburu. Dia tahu tak, sekarang ini dia berkahwin dengan seorang selebriti yang akan bersosial dengan orang ramai.

“Saya anggap isteri saya belum cukup matang. Dia tidak boleh berfikir baik buruk tindakannya,” katanya lagi.

Menjawab soal dakwaan Nadia ingin membawa kes ini ke mahkamah, Tauke berkata tidak perlu dihebohkan memandangkan ini adalah hal rumah tangga.

“Tidak perlu ‘dijaja’ masalah ini kerana telah mengaibkan suami sendiri.

“Kita selesaikan masalah ini dengan cara baik di mahkamah nanti,” katanya kepada Gempak.

Tauke dan Nadia berkahwin pada 9 Disember 2017 dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Zamatul Kayla Aydina pada 26 Oktober tahun lalu.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!