[VIDEO] Sami Mengajuk Surah Al-Kafirun Timbulkan Kemarahan, Semoga Diberi Hidayah!

Please follow and like us:
0

Dalam rakaman video berkenaan, seorang sami dilihat mengikut alunan bacaan surah Al-Ikhlas dengan menggerak-gerakan bibirnya (miming) serentak dengan alunan bacaan surah tersebut yang boleh didengari menerusi video berdurasi 15 saat itu.

Identiti sami berkenaan, dan lokasi tempat kejadian bagaimanapun tidak dinyatakan.

Tindakan itu turut menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai. Ada yang menganggap perbuatan itu sebagai menganjing dan mempermain-mainkan agama Islam.

Menganjing

Sebilangan lagi menganggap pihak tertentu mengeluarkan video berkenaan untuk melaga-lagakan penganut Hindu dan Muslim.

Komen Sami

Komen Sami

Tidak kurang mereka yang lebih positif, mendoakan agar sami itu diberi hidayah untuk memeluk agama Islam.

Di bawah ini rakaman video berkenaan, sila klik untuk menonton (tunggu 10 saat video lambat sikit muncul).

Sumber — Milosuam

6 berita penting mengenai rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman

DALAM tempoh lebih 24 jam lalu, isu rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya mencetuskan pelbagai komen, pandangan dan kenyataan daripada pelbagai pihak.

Persoalan yang berlegar dalam pemikiran umum berkisar tentang ketenteraman awam, kestabilan masyarakat dan hubungan antara kaum.

Keadaan adalah terkawal dan pihak berkuasa memberi jaminan ketenteraman awam menjadi keutamaan bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini.

Berikut 6 berita penting yang perlu anda tahu berkait isu ini sejak enam jam yang lalu:

1. Kira-kira 1,400 anggota FRU dan polis trafik Kuil Sri Maha Mariamman malam ini (Selasa, 27 November 2018)

Polis akan menggunakan pendekatan lebih tegas bagi memastikan insiden rusuhan di tapak kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Seafield, Subang Jaya tidak berulang termasuk menambah bilangan anggotanya di lapangan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata pihaknya akan mengambil tindakan yang sewajarnya berlandaskan undang-undang yang diperuntukkan untuk mengawal situasi di lokasi terbabit.

PDRM akan menempatkan kira-kira 1,400 anggotanya di lokasi panas itu pada Selasa malam.

LIHAT: Kronologi insiden Kuil Sri Maha Mariamman

2. Adakah ini isu perkauman? PM Tun Dr Mahathir bersuara…

“Rusuhan yang berlaku di kuil Sri Maha Mariamman, di USJ25, Subang Jaya Isnin lalu, merupakan satu insiden jenayah dan tiada kaitan dengan unsur-unsur lain.”

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia tidak timbul sama sekali isu perkauman mahu pun isu berkaitan agama, walaupun ianya berkaitan perpindahan kuil.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri hari ini, beliau berkata beliau telah dimaklumkan oleh pihak polis tentang perkembangan terkini siasatan ke atas kejadian tersebut.

Ini ketegasan PM terhadap dalang di sebalik keganasan ini.

3. Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor bincang langkah seterusnya

Satu Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor diadakan petang Selasa bagi membincangkan langkah seterusnya berhubung insiden yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, awal pagi semalam.

Menteri Besar, Amirudin Shari yang memaklumkan perkara itu menerusi akaun Twitternya hari ini berkata, keutamaan beliau kini ialah untuk mengembalikan ketenteraman awam.

BACA: Insiden kuil: Selangor adakan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara

Tetapi, pihak media tidak diberitahu mengenai lokasi mesyuarat itu diadakan.

Kuil Sri Maha Mariamman

4. Anggota JBPM cedera dalam rusuhan, bukan maut

Seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya cedera manakala jentera dinaiki turut dirosakkan kumpulan perusuh yang berhimpun di sekitar Kuil Maha Mariamman, dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi tadi.

Anggota berkenaan diserang selepas pasukan bomba dari balai terbabit tiba di lokasi sebaik mendapat maklumat sebuah kereta terletak di luar kuil terbakar.

Ia sekali gus menamatkan berita palsu yang tular di media sosial mengenai kononnya anggota bomba tersebut maut dalam rusuhan.

5. Dua menteri jumpa PM selepas jumpa pihak kuil

Dua orang menteri, Menteri di JPM P. Waytha Moorthy dan Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyelesaikan isu tersebut.

Pertemuan itu dibuat selepas Moorthy mengadakan perjumpaan bersama beberapa pihak di kuil berkenaan.

Sebelum itu, P Waytha Moorthy mengumumkan Kuil Sri Maha Mariamman tidak akan dirobohkan sehingga mendapat penyelesaian penuh.

Keinginan pihak tidak mahu kuil itu berpindah akan dibawa ke perhatian dan pertimbangan PM dan MB Selangor.

6. Pihak pemaju, kuil perlu cari jalan menang-menang

Kerajaan Selangor diminta mencari jalan penyelesaian ‘menang-menang’ antara pemaju swasta dan pengurusan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, di sini, membabitkan kes pemilikan tanah.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata ia juga perlu dirangka secara menyeluruh bagi memastikan insiden rusuhan di sekitar kuil itu tidak berulang.

Sumber: AstroAwani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!