Muat Naik Video Adik Peluk & Cium Ariel Noah, Azad & Eira Syazira Terima Kecaman!

Please follow and like us:
0

Selebriti popular, Azad Jasmin dan Eira Syazira mencuri tumpuan netizen apabila memuat naik rakaman video adik mereka, Syainie Shuhaimi semalam.

Menerusi video tersebut, Syanie merupakan salah seorang penonton yang bertuah apabila berpeluang berada bersama penyanyi Ariel Noah di atas pentas ketika sambutan tahun baru di Jakarta, Indonesia.

Bagaimanapun, aksi yang dirakamkan dan dikongsi di Instagram Azad dan Eira itu mendapat kecaman apabila Syanie bertindak memeluk serta mencium pipi Ariel.

Ada juga segelintir netizen bertindak menegur suami Eira, pelakon Azad agar membimbing dan menjadi contoh terbaik kepada isteri dan adik iparnya.


Malah, terdapat pengikut yang memberi peringatan kepada keluarga Azad memandangkan bencana tsunami baru melanda.

“@_cikpuanaida: Tak cukup ke apa yang baru jadi kat Indonesia. Bersyukur la duk terkinja tu pentas tak roboh dek musibah dari Allah..Bila nak sedar.”

“@alang_syah: Nasib baik tak roboh je stage tu..Ishh kalau tetibe la kan..”

Bagaimanapun, rakaman video di IG Eira dan Azad sudah dipadam pagi ini.

Ini lebih clear..

Sumber: Gempak & MakcikPuaka

Petah Bertutur Dalam English, Anak Azad & Eira Syazira Curi Perhatian Netizen

Rakaman vidoe anak kepada selebriti popular, Azad Jasmin dan Eira Syazira iaitu Ammara Sofea Rose mendapat perhatian netizen.

Video yang dimuat naik ke akaun Instagram (IG) milik Eira itu menunjukkan cara-cara membuat slime.

Menerusi video tersebut, Ammara kelihatan petah bercakap serta selesa berinteraksi dengan kamera.

Part 1

Part 2

Part 3

Sementara di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kepetahan Ammara bertutur dalam bahasa Inggeris.

Azad dan Eira berkahwin pada tahun 2012 serta dikurniakan tiga cahaya mata, Amarra Sofea Rose, Ameisya Leanne Rose dan Areisya Suri Rose.

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!