“Is That Baby Bump …” – Betul Ke Fazura Mengandung?

Please follow and like us:
1

Sepotong video yang dikongsi pelakon popular Fattah Amin ketika bercuti bersama isterinya, aktres jelita Fazura mendapat perhatian ramai.

Perkongsian itu dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

Menerusi video itu, Fattah merakam keletah Fazura yang sedang bersantai di tepi laut sambil diiringi lagu ‘Can’t Take My Eyes Off You’.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Fattah cuba meneka yang Fazura telah hamil apabila kelihatan ‘baby bump’ di dalam video tersebut.




Di samping itu, segelintir netizen turut mendoakan semoga pasangan tersebut dikurniakan cahaya mata serta rumah tangga mereka kekal bahagia.

Walau bagaimanapun sehingga kini Fattah dan Fazura belum memberi sebarang kenyataan mengenai isu tersebut.

Difahamkan Fattah dan Fazura kini sedang bercuti bersama di Maldives.

Sumber: Gempak

“Mungkin Dia Mengandung!” – Reaksi Peminat Apabila Fattah Amin Kata Fazura Tak Sihat!

Pelakon popular, Fattah Amin berkongsi sekeping gambar bersama isterinya, aktres jelita Fazura.

Foto itu dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

Di ruangan kapsyen, Fattah memberitahu isterinya itu tidak sihat dan kenyataan itu telah mengundang perhatian netizen.

“She’s not feeling well, kesian my sayang,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Fattah mengusik mengatakan Fazura mungkin telah hamil.

“Mungkin dia mengandung.

“Mungkin Fazura akan jadi ibu kepada seorang anak yang comel.

“Mengandung kot,” tulis netizen.

Pasangan popular ini mula mendirikan rumah tangga pada 27 November tahun lalu dan sering menjadi perhatian ketika sama-sama membuat kemunculan di acara-acara besar tempatan.

Drama lakonan Fattah iatu Isteri Bukan Untuk Disewa  sedang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104)  dan Ria HD (saluran 123).

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!