KFC Perjelas Isu Harga Makanan Naik!

Please follow and like us:
0

KUALA LUMPUR 26 Dis. – Syarikat makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) menjelaskan bahawa bermula Disember 2018, harga makanan yang disenaraikan adalah termasuk 6 peratus cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

KFC dalam kenyataannya berkata, terdapat beberapa pelarasan kecil bagi harga produknya untuk memastikan syarikat berkenaan dapat terus menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

“Untuk tujuan ini, kami berharap para pelanggan memahami menu kami telah disediakan secara khusus untuk menawarkan nilai bagi memenuhi kehendak pelanggan yang berbeza,” kata kenyataan itu.

Mengulas berita yang tular di media sosial yang membandingkan harga Snack & Dinner Plate, katanya, pakej yang ditawarkan tersebut tidak pernah dijual pada harga RM12.50 sejak dilancarkan pada tahun 2015.

Sejak semalam, kecoh di laman-laman sosial Facebook mengenai kenaikan mendadak harga ayam KFC yang disifatkan pengguna terlalu tinggi.

Dikatakan harga set ayam Snack Plate yang sebelum ini berharga RM12.30 naik kepada RM15.30 manakala Dinner Plate dari RM15.60 kepada RM19.60.

Sumber – UTUSAN ONLINE

‘Makin mahal siaa…’ – Netizen terkejut menu KFC naik harga mendadak

Sejak beberapa hari lalu, kecoh di media sosial mengenai kenaikan harga mendadak menu Kentucky Fried Chicken (KFC) yang dianggap ‘melampau’ sehingga menimbulkan pelbagai rungutan peminat tegar ayam goreng KFC.

Individu yang memuat naik gambar papan menu KFC dengan harga baharu itu, Khalid Johar, juga terkejut dengan kenaikan harga mendadak itu.

“Wow! Melampau naw harga KFC nih. Saya terperanjat hari ini pergi KFC tengok harga set menunya dah naik tiga ringgit lebih.

“Hari tu rasanya baru saja pergi makan, memang ingat sangat harganya yang sebelum ini. Mesti ramai yang tak perasan kan? Main order saja. Tak ada pula yang nak komplen atau boikot,” selorohnya

Menurut Khalid, harga set ayam Snack Plate yang sebelum ini berharga RM12.30 naik kepada RM15.30 manakala Dinner Plate dari RM15.60 kepada RM19.60.

Netizen pula menganggap harga menu itu tidak berbaloi kerana hargainya sama seperti membeli seekor ayam mentah.

“Baru pergi last week, memang naik harga. Dinner plate RM18+. Sekarang kena berkira-kira nak makan KFC pun. Ayam pun makin kecil. Sebelum-sebelum ini beli set bucket lima ketul ayam RM21.50 saja. Sekarang dah RM33.50. Cuma tambah fries saja dalam set itu. Tak apalah, nak buat macam mana kan? Jomlah kita sama-sama kurangkan makan fast food,” kata Suhaila Azhar.

Sumber: TheReporter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!