Anak Demam Lepas Mandi Kolam, Doktor Ini Dedahkan Sebabnya Yg Ramai Tidak Tahu!

Please follow and like us:
1

Anak Demam Lepas Mandi Kolam ? Doktor Dedah Puncanya Yang Ramai TAK TAHU | Musim cuti sekolah ni memang ramai anak-anak berpeluang mandi kolam renang hotel kan. Pernah terfikir tak kenapa kadang-kadang anak boleh tiba-tiba demam lepas mandi kolam? Ini jawapan doktor yang ramai tak tahu. Tolong jangan abaikan artikel ini.Mari Kita Baca pesanan Dari Doktor Taufiq Razif

Doktor Taufiq Razif HATI-HATI DENGAN KOLAM MANDI Saya paling risau kalau anak anak jadi sakit bila balik dari mandi kolam! Tak kisah la jadi demam biasa ke, batuk batuk ke ataupun cirit birit ke sebab jatuh sakit lepas balik daripada mandi kolam ni adalah sejenis Recreational Water Illness ( RWI ) Kuman dalam air kolam tu ada bermacam jenis..

Ada E. C0li, ada juga parasit contohnya Cryptosporidium yang memang susah nak mti walaupun air kolam tu dah diletakkan klorin. Sekali kuman kuman ni semua masuk ke dalam saluran penghadaman, boleh kena cirit birit anak kita tu. Kalau masuk ke telinga dan mata boleh jadi jangkitan. Mata pun mula la jadi pedih dan merah menyala.

Kalau anak kita ada luka kat badan mereka lagi la bahaya. Terus kuman kuman tu boleh masuk ke pembuluh drah anak kita. Tu la kenapa kalau anak jatuh sakit bila balik daripada mandi kolam, cepat cepat bawa anak jumpa doktor ye!

Bukan Tak Boleh Mandi Kolam, Tapi Janganlah Selalu, Doktor Ni Kongsikan 5 Sebabnya!

Tentu kita selalu membawa anak-anak kita ke tempat seperti pantai, kolam renang, taman tema air dan sebagainya.

Tahukah anda beberapa risiko yang perlu diketahui. Mari kita lihat 5 bahaya ini kepada anak-anak kecil.

1. Mudah berlaku jangkitan melalui air tercemar. Apabila anak kita tanpa disedari tertelan air di kawasan tersebut, jangkitan yang berlaku akan menyebabkan berlaku masalah seperti cirit-birit.

2. Apabila ada pesakit mengalami masalah flu dengan gejala seperti bersin dan batuk ketika di dalam air, jangkitan boleh juga berlaku kepada anak kita yang kemudiannya akan mengalami masalah sama. Biasa kan alami situasi seperti ini sebaik sahaja anak kita pulang daripada mandi di laut atau kolam?

3. Mudah alami masalah sinus. Terutama jika anak kita memang ada masalah kerap selsema dan tersumbat hidung. Air yang tersedut ke dalam hidung dalam kuantiti banyak akan menyebabkan kotoran juga masuk ke rongga hidung dan sinus. Jangkitan boleh berlaku.

4. Jangkitan pada telinga mudah berlaku. Jangkitan boleh berlaku akibat masalah daripada hidung dan tekak. Ini disebabkan kawasan telinga tengah yang bersambung dengan belakang hidung. Jangkitan pada salur telinga luar juga boleh berlaku. Otitis externa dan media berisiko untuk berlaku.

5. Kurang pendengaran. Air yang terkumpul di dalam salur telinga boleh mengakibatkan anak mengadu kurang dengar. Ini kebiasaannya hanya sementara, akan bertambah baik selepas beberapa hari. Namun, jika tidak bertambah baik, perlu dibawa untuk pemeriksaan doktor.

p/s : Pssst.. Kalau air kolam tu bau klorinnya kuat sangat pun hati hati ye. Tu biasanya bau klorin yang dah banyak bercampur dengan njis dan kencing

p/s : Tolong bagitahu mak ayah yang belum tahu ye sebab rasanya ramai lagi yang belum tahu tu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Share Dan Like Ya. Terima Kasih.

Sumber: FB Dr Taufiq Razif , Dr. Ezairy M.Sallih via EdisiSemasa

Awas Bila Nak Bawa Bayi Mandi Di Kolam Awam. Kalau Tak Bersih Boleh Gugat Paru-Parunya

Awas bila nak bawa bayi mandi di kolam awam pada musim raya ini. Tempat tertutup yang sibuk juga tingkatkan risiko jangkitan paru-pau bayi. Hati-hati mama papa!

Bayi mempunyai antibodi yang masih lemah. Mereka sangat mudah mendapat jangkitan. Jangkitan paru-paru selalunya terjadi melalui pemindahan cecair ataurembesan pernafasan daripada pesakit yang mengalami simptom seperti batuk, selesema dan demam.

Oleh itu, elakkan bayi daripada berada di dalam tempat yang tertutup dimana terdapat ramai orang yang mungkin tidak begitu sihat. Ini adalah antara faktor risiko yang kerap dikaitkan dengan jangkitan paru-paru.

HATI-HATI KE KOLAM RENANG AWAM

Walaupun jarang berlaku, terdapat juga sebahagian kuman yang boleh merebak melalui air sekiranya air tercemar oleh sisa kumuh manusia atau haiwan seperti tikus. Jangkitan boleh berlaku sekiranya bayi tertelan atau tersedut air ke dalam sistem pernafasan.

Oleh itu, langkah-langkah harus diambil untuk memastikan kebersihan air kolam terjamin dari pencemaran dan memantau bayi semasa aktiviti berenang agar tidak tertelan atau tersedut air kolam.

MANDI MALAM DAN ASMA

Penyebab jangkitan ialah kuman sama ada virus atau bakteria yang berjaya masuk ke dalam sistem pernafasan manusia dan menyebabkan radang pada paru-paru. Ramai yang mengatakan mandi malam bukanlah penyebab langsung penyakit asma dalam kanak-kanak.

‘Bronchial asthma’ atau asma merupakan penyakit yang boleh terjadi disebabkan pelbagai faktor (multifactorial). Sebahagian faktor risiko asma termasuk faktor keturunan atau genetik, gaya hidup seperti aktiviti fizikal, tabiat pemakanan, tabiat merokok, faktor persekitaran seperti habuk atau debu, dan juga faktor alergi seperti alahan kepada makanan atau bahan tertentu. Sekiranya anak puan menghidap asma, suhu persekitaran yang sejuk atau penggunaan air sejuk mungkin boleh merangsang serangan asma. Jadi, anda bolehlah menggunakan air suam untuk mandi pada waktu malam.

Malahan semasa menghidap jangkitan sistem pernafasan seperti ‘rhinitis’ (jangkitan selsema) , ‘pharyngitis’ (jangkitan tekak), anak yang tiada penyakit asma juga boleh mengalami kesukaran pernafasan disebabkan hidung tersumbat dan kahak yang lebih banyak dan pekat sekiranya dalam kesejukan.

TERAPI NEBULIZER, FAHAMI FUNGSINYA

Terapi nebulizer (nebulized medication) merupakan salah satu rawatan yang diberikan untuk pelbagai jenis penyakit/jangkitan sistem pernafasan seperti bronchiolitis, bronchitis, pneumonia, asma dan lain-lain. Pelbagai jenis ubat-ubatan boleh digunakan menerusi terapi nebulizer mengikut preskripsi doktor bergantung kepada jenis penyakit yang dirawat.

Antara kesan yang paling ketara ialah ianya boleh membantu mengurangkan pengeluaran kahak, mencairkan kahak, dan juga membantu mengurangkan radang pada rongga pernafasan. Selain penyakit asma, kebanyakan masalah dan jangkitan paru-paru dikalangan kanak-kanak merupakan penyakit yang tidak kronik. Oleh itu penggunaan terapi nebulizer untuk penyakit-penyakit berkenaan tidak akan menyebabkan kebergantungan pesakit kepada nebulizer.

Walaubagaimanapun, sekiranya pesakit yang menghidap asma tidak menerima rawatan asma yang bersesuaian dan asma tidak dikawal dengan baik, pesakit tersebut boleh sering mendapat serangan asma yang teruk dan akhirnya kerap memerlukan terapi nebulizer.

Secara ringkasnya, penyakit asma yang tidak dikawal dengan baik lah yang menyebabkan pesakit terpaksa seringkali mendapatkan rawatan nebulizer.

Sumber: Majalah PA&MA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!