‘Mohon Deletelah Gambar Ini, Tak Sen0noh’

Please follow and like us:
0

Instagram merupakan sebuah sosial media yang terkenal dengan ciri-cirinya yang membenarkan si pengguna memuat naik gambar dan video. Disebabkan itu, ramai artis dan selebriti menggunakan platform tersebut untuk berhubung dengan peminat-peminat mereka.

Baru-baru ini, seroang pelakon Raysha Rizrose yang terkenal menerusi drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin itu dihujani dengan komen-komen yang berbaur lucah menerusi gambar yang dimuat naik beliau di Instagram.

Menampakkan bentuk buah dada

Menerusi Instagram miliknya, beliau memuat naik sebuah gambar di dalam kereta dengan kapsyen yang ringkas. Namun ianya menarik perhatian netizen apabila baju yang dipakai beliau ketat sekaligus memperlihatkan bentuk buah dada.

Dihujani komen lelaki gatal

Posting tersebut turut dihujani dengan komen-komen berbaur lucah oleh lelaki gatal.

Netizen yang prihatin

Namun, ada netizen yang prihatin turut menggesa Raysha untuk memadam post tersebut.

Sumber: Raysha Rizrose

 

Kredit: OhBulan

Peminat Bergaduh, Dakwa Raysha Rizrose Tak Pakai Baju Dalam Ke Majlis Anugerah

Peminat pelakon Raysha Rizrose dilihat berbalah akibat daripada pakaian yang di pakai oleh pelakon itu ketika melalui karpet merah di Anugerah Skrin 2016 baru-baru ini.

Menerusi sebuah gambar yang dimuatnaik oleh kakaknya pelakon Nelydia Senrose, dia didakwa tidak memakai pakaian dalam ketika melalui karpet merah dalam acara gilang gemilang tersebut.

Gara-gara penampilan Nelydia bersama adiknya Raysha Rizrose, gambar itu menjadi perbualan hangat netizen yang mendakwa ternampak sesuatu yang tidak sepatutnya.

Ada di antara mereka mengatakan bahawa pelakon itu tidak sensitif mengenai pemilihan pakaian yang hendak dipakai sehingga menampakkan puting buah dadanya.

Mereka juga ada menasihatinya supaya lebih berhati-hati dalam mengenakan pakaian ketika menghadiri majlis yang besar.

Bagaimanapun Raysha telah memberi kenyataan tentang isu tersebut kepada Harian Metro.

Katanya, isu tersebut sangat lucu kerana kebanyakan mereka (keyboard warrior) hanya tahu memberikan komen sesuka hati.

“Terus-terang, geli hati pula membaca komen mengenai gambar saya yang dimuat naik kakak saya, Nelydia di Instagram. Terutama komen yang cuba menasihati saya dan sebagainya.

“Ramai juga yang mengatakan saya tidak memakai coli padahal saya pakai. Cuma baju itu memang begitu potongannya kerana kainnya tebal dan kalau saya pakai coli atau tak, ia tetap akan kelihatan begitu.

“Baju itu pun pilihan kedua kerana gaun yang patut saya gayakan rupanya agak sempit. Maka, saya terpaksa pilih gaun terbabit di saat akhir,” katanya kepada Harian Metro.

Teks Oleh : Rozaimi Zubaidi

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!