Ifan Telah Mengesahkan Isterinya Telah Ditemui, Namun Keadaannya Amat Menyedihkan. Semoga Ifan Sekeluarga Tabah Menghadapi Dugaan Ini.

Please follow and like us:
1

Sebelum ini tular di media sosial tentang berita palsu isteri Ifan dijumpai dan berada di hospital, namun setelah Ifan sendiri mengesahkan berita ter ssebut adalah palsu.

Vokalis kumpulan Seventeen, Ifan iaitu Dylan Sahara masih belum diketahui walaupun ada sumber mendakwa pelakon sinetron itu terselamat dan berada dalam keadaan baik selepas menjadi mangsa Tsuunami yang melanda Selat Sunda pada Sabtu lalu.

Rakan baik kepada Ifan iaitu Ifan Govinda mengesahkan berita penemuan Dylan yang tersebar sejak semalam adalah tidak benar.

“Ada info mengatakan Dylan berada dalam keadaan selamat dan dibawa ke sebuah klinik di SMP A. Saya telefon sendiri Ifan dan dia mengesahkan ia berita plsu selepas dia sendiri ke sana untuk mencari isterinya,” kata Ifan Govinda.

Kecoh di media sosial isteri Ifan vokalis dijumpai, ini komen Ifan.

Luahan Ifan di Instastory menyentuh hati.

Ketika kejadian Dylan menemani suaminya mengadakan persembahan bersama Seventeen bersempena hari keluarga sebuah syarikat korporat di Tanjung Lesung Resort, Banten sebelum Tsunami melanda.

Akibat kejadian tersebut, dua anggota kumpulan itu, Bani (bes), Herman (gitar), berserta seorang kru, Ujang dan pengurus mereka, Oki Wijaya terkorban.

Ifan menerusi Instagram peribadinya turut memaklumkan kesemua mereka akan dikebumikan di kampung halaman masing-masing pada Isnin.

Kecoh di media sosial isteri Ifan vokalis dijumpai, ini komen Ifan.

Ifan (dua dari kiri) bersama Bani (paling kiri, terkorban), Andi (masih hilang) dan Herman (paling kanan, terkorban).

Selain isterinya, seorang lagi anggota Seventeen, Andi (drum) masih belum ditemui.

Sementara itu, Ifan Govinda memberitahu, Ifan enggan pulang ke Jakarta dan akan terus berada di Banten selagi tidak bertemu dengan isterinya.

Katanya, Ifan yakin Dylan berada dalam keadaan selamat dan akan terus berusaha mencari isteri kesayangannya itu.

Kecoh di media sosial isteri Ifan vokalis dijumpai, ini komen Ifan.

Kru Seventeen, Ujang (kiri) dan pengurus mereka, Oki Wijaya turut terkorban.

Ifan dalam hantaran lain di Instastory mengundang kesedihan peminat apabila memberitahu dia tidak akan berganjak dan meminta isterinya menunggunya dan pulang bersama-sama.

“Pulanglah sayang, aku kangen banget (Pulanglah sayang, aku rindu sangat).

“Aku masih di sini, tak ke mana-mana, aku jemput kamu, kita pulang sama-sama sayang ya. Tunggu ya,” tulisnya.

Alhamdulillah kita udah semobil lagi… Yuk pulang” – Ifan (Seventeen) sahkan isteri meninggl dunia

NASIB isteri kepada vokalis kumpulan Seventeen, Ifan iaitu Dylan Sahara akhirnya terjawab apabila dia disahkan meninggl dunia selepas menjadi mngsa kejadian tsuunami yang melanda Selat Sunda pada Sabtu lalu.

Ifan atau Riefian Fajarsyah, 35, mengesahkan perkara itu menerusi Instagram miliknya kira-kira pukul 9 malam (waktu Malaysia).

“Alhamdulillah udah ketemu istriku @dylan_sahara. Makasih ya temen-temen doanya, cuma Allah yang bisa bales kebaikan temen-temen.

“Minta tolong kirimin al-fatihah ya buat istriku @dylan_sahara InsyaAllah husnul khotimah. Allahumma amin,” tulisnya.

Sementara itu, Ifan menerusi posting di Instagram pula memuat naik video yang memperlihatkan dia bersama jenazah isterinya berada dalam kenderaan dipercayai dalam perjalanan ke Jakarta.

“Alhamdulillah kita udah semobil lagi. Yuk pulang @dylan_sahara,” tulisnya pada kapsyen video tersebut.

Dalam perkembangan sama, Ifan turut mengesahkan pemain drum Seventeen iaitu Andi turut terkrban menjadikan kesemua anggota kumpulan itu meninggl dunia.

Mereka termasuk Bani (pemain bass), Herman (gitaris) termasuk krew, Ujang dan pengurus kumpulan itu, Oki Wijaya.

Ketika kejadian, Seventeen sedang mengadakan persembahan bersempena hari keluarga sebuah syarikat korporat di Tanjung Lesung Resort, Banten.

SUMBER : Mstar via detikberita

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!