“Allahu….Murahnya Rezekimu Adib.”-Terkini, Peguam Bantu Selesai Biaya Kereta

Please follow and like us:
0

Nama Muhammad Adib Mohd Kassim kini mendapat tempat istimewa dalam hati rakyat Malaysia. Semenjak koma dalam kes rusuhan yang lalu, ramai pihak yang datang menghulurkan bantuan. Terkini, sekumpulan peguam secara sukarela ingin membantu keluarga arwah Adib bagi melunaskan pembiayaan kereta miliknya.

Peguam, Adzly Ab Manas berkata, arwah menyimpan kereta berkenaan  untuk kegunaan selepas berkahwin di kampung halamannya, Kampung Tebengau Tepi Laut, Kuala Kedah, Alor Setar. Kereta berkenaan asalnya dibeli arwah bagi kegunaan beliau selepas berkahwin.

Harap Pihak Bank Dapat Melupuskan Pembiayaan

Menurut Adzly, kereta Perodua Myvi milik Adib itu masih mempunyai pembiayaan dengan bank berkenaan. Justeru itu beliau dan pasukannya akan berusaha bagi melupuskan pembiayaan terbabit.

Allahu….Murahnya Rezekimu Adib.

Sila La Tolong

Pelik Kan ..Sy Xkenal Arwah . Tp Sy Suka Ikut Cerita Arwah 

Tidak Mahu Keluarga Adib Terpaksa Menanggung Hutang Kenderaan Arw4h. Ini Yang Dilakukan Oleh sukarelawan Peguam.

SEPASUKAN peguam sukarela kini dalam proses membantu keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim melunaskan pembiayaan kereta miliknya.

Peguam, Adzly Ab Manas berkata, arwah menyimpan kereta berkenaan di kampungnya di Kampung Tebengau Tepi Laut, Kuala Kedah, Alor Setar untuk kegunaan selepas berkahwin.

“Bagaimanapun, buat ketika ini pihak keluarga terpaksa menanggung pembiayaan kenderaan itu.

“Semalam, wakil peguam kami sudah berjumpa dengan pihak keluarga arwah bagi membantu menyelesaikan pembiayaan kenderaan berkenaan.

“Saya dan pasukan peguam sukarelawan akan berusaha melihat dari sudut undang-undang untuk membantu keluarga arw4h bagi menyelesaikan pembiayaan sewa beli berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di Kuala Lumpur, hari ini.

Adzly berkata, kereta Perodua Myvi itu setakat ini masih lagi mempunyai pembiayaan dengan bank berkenaan.

“Kita juga berharap pihak bank dapat melupuskan pembiayaan berkenaan. Saya juga mohon doa supaya urusan perundangan untuk melunaskan pembiayaan berjalan lancar,” katanya.

Pemergian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim pada 9.41 malam pada 17 Disember lalu mencatatkan satu lagi peristiwa duka buat seluruh rakyat Malaysia.

Allahyarham yang parah akibat dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, sebelum itu hampir tiga minggu bertarung nyawa di Institut Jantung Negara (IJN).

Kematian anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, itu juga menarik perhatian seluruh rakyat yang turut bersedih dengan pemergian hero berkenaan. Sumber harian Metro.

Sumber – hmetro / kisahdunia via hangatberita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!