Siapa Mandikan Jenazah Nabi SAW ? Ini Jawapan Mufti KL Yang Ramai Tak Tahu

Please follow and like us:
1

Siapa Mandikan Jenazah Nabi SAW ? Ini Jawapan Mufti KL Yang Ramai Tak Tahu | Pernah tertanya siapakah sahabat bertuah yang dapat mandikan jenazah manusia mulia kekasih kita semua Nabi Muhammad SAW. Ini jawapan dari Mufti KL yang ramai tak tahu. Tolong jangan abaikan artikel ni.

SOALAN SIAPAKAH MANDIKAN JENAZAH NABI SAW?

Assalamualaikum WBT. Semoga ustaz sihat-sihat belaka. Saya dah lama ingin bertanya.Siapakah di antara para sahabat yang memandikan jenazah Nabi SAW. Saya ingin tahu sangat ustaz. Mohon pencerahan dari ustaz.

Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Antara kewajipan seorang muslim adalah mengetahui hal perihal berkaitan Nabi SAW. Daripada setiap pergerakan, percakapan, akhlak ketika Baginda hidup sehinggalah kewafatan Baginda SAW.

Sebelum membincangkan dan menjawab persoalan yang dikemukakan, suka kami bentangkan berkenaan kisah akhir detik kehidupan Nabi SAW seperti yang diceritakan oleh Anas Bin Malik. Kata beliau :

أَنَّ أَبَا بَكْرٍ كَانَ يُصَلِّي لَهُمْ فِي وَجَعِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، الَّذِي تُوُفِّيَ فِيهِ حَتَّى إِذَا كَانَ يَوْمُ الاِثْنَيْنِ وَهُمْ صُفُوفٌ فِي الصَّلاَةِ كَشَفَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، سِتْرَ الْحُجْرَةِ ، فَنَظَرَ إِلَيْنَا ، وَهُوَ قَائِمٌ كَأَنَّ وَجْهَهُ وَرَقَةُ مُصْحَفٍ ، ثُمَّ تَبَسَّمَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ضَاحِكًا قَالَ : فَبُهِتْنَا وَنَحْنُ فِي الصَّلاَةِ مِنْ فَرَحٍ بِخُرُوجِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَنَكَصَ أَبُو بَكْرٍ عَلَى عَقِبَيْهِ لِيَصِلَ الصَّفَّ ، وَظَنَّ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَارِجٌ لِلصَّلاَةِ ، فَأَشَارَ إِلَيْهِمْ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِيَدِهِ أَنْ أَتِمُّوا صَلاَتَكُمْ ، قَالَ : ثُمَّ دَخَلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَرْخَى السِّتْرَ قَالَ : فَتُوُفِّيَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ يَوْمِهِ ذَلِكَ

Maksudnya :” Sesungguhnya Abu Bakar mengetuai solat orang ramai ketika Nabi SAW sakit yang mana ia adalah kesakitan yang menyebabkan Rasulullah SAW wafat. Sehingga tiba hari isnin, orang ramai pada ketika itu berada di dalam saf. Kemudian Rasulullah SAW menyingkap tirai biliknya dan melihat kepada kami. Ketika itu, Baginda SAW sedang berdiri dan wajah Baginda seakan-akan seperti kertas mushaf

Iaitu ibarat yang menggambarkan bahawa wajah Rasulullah SAW yang lawa, suci putih dan bercahaya.

Kemudian Baginda tersenyum. Anas berkata : Maka kami pun terkejut dan berasa gembira apabila Rasulullah SAW keluar. Pada ketika itu kami sedang dalam solat. Lalu Abu Bakar pun ke belakang sedikit untuk menyambungkan saf yang ada. Abu Bakar berbuat demikian kerana beliau menyangka Rasulullah SAW keluar untuk solat bersama.

Lantas Rasulullah SAW memberi isyarat kepada orang ramai untuk menyempurnakan solat. Anas berkata lagi : Kemudian Rasulullah SAW masuk semula ke rumahnya dan menurunkan tirainya. Rasulullah SAW wafat pada hari tersebut.”

Riwayat Muslim (874)

Menurut riwayat ini, Rasulullah SAW wafat pada hari isnin. Kemudian berlakulah satu perbincangan di kalangan para sahabat berkenaan siapa yang bakal menggantikan Rasulullah SAW sebagai ketua yang akan menguruskan urusan umat islam. Akhir perbincangan itu membawa satu resolusi iaitu memilih Abu Bakar sebagai khalifah bagi umat islam.

Jenazah Rasulullah mula untuk diuruskan pada hari selasa. Ada beberapa orang para sahabat yang bertanggungjawab untuk memandikan jenazah Rasulullah SAW. Ini berdasarkan riwayat sirah yang dinyatakan oleh Ibnu Hisyam di dalam kitab sirahnya :

قَالَ ابْنُ إسْحَاقَ : فَلَمّا بُويِعَ أَبُو بَكْر ٍ رَضِيَ اللّهُ عَنْهُ أَقْبَلَ النّاسُ عَلَى جَهَازِ رَسُولِ اللّهِ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ يَوْمَ الثّلَاثَاءِ فَحَدّثَنِي عَبْدُ اللّهِ بْنُ أَبِي بَكْرٍ وَحُسَيْنُ بْنُ عَبْدِ اللّهِ وَغَيْرُهُمَا مِنْ أَصْحَابِنَا : أَنّ عَلِيّ بْنَ أَبِي طَالِبٍ ، وَالْعَبّاسَ بْنَ عَبْدِ الْمُطّلِبِ ، وَالْفَضْلَ بْنَ الْعَبّاسِ وَقُثَمَ بْنَ الْعَبّاسِ ، وَأُسَامَةَ بْنَ زَيْدٍ وَشُقْرَانَ مَوْلَى رَسُولِ اللّهِ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ هُمْ الّذِينَ وُلُوا غَسْلَهُ وَأَنّ أَوْسَ بْنَ خَوْلِيّ . أَحَدَ بَنِي عَوْفِ بْنِ الْخَزْرَجِ ، قَالَ لِعَلِيّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ أَنْشُدُك اللّهَ يَا عَلِيّ وَحَظّنَا مِنْ رَسُولِ اللّهِ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ وَكَانَ أَوْسُ مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللّهِ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ وَأَهْلِ بَدْرٍ قَالَ اُدْخُلْ فَدَخَلَ فَجَلَسَ وَحَضَرَ غَسْلَ رَسُولِ اللّهِ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ فَأَسْنَدَهُ عَلِيّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ إلَى صَدْرِهِ وَكَانَ الْعَبّاسُ وَالْفَضْلُ وَقُثَمُ يُقَلّبُونَهُ مَعَهُ وَكَانَ أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ وَشُقْرَانُ مَوْلَاهُ هُمَا اللّذَانِ يَصُبّانِ الْمَاءَ عَلَيْهِ وَعَلِيّ يُغَسّلُهُ قَدْ أَسْنَدَهُ إلَى صَدْرِهِ وَعَلَيْهِ قَمِيصُهُ يُدَلّكُهُ بِهِ مِنْ وَرَائِهِ لَا يُفْضَى بِيَدِهِ إلَى رَسُولِ اللّهِ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ وَعَلِيّ يَقُولُ بِأَبِي أَنْتَ وَأُمّي ، مَا أَطْيَبَك حَيّا وَمَيّتًا وَلَمْ يُرَ مِنْ رَسُولِ اللّهِ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ شَيْءٌ مِمّا يُرَى مِنْ الْمَيّتِ

Maksudnya :” Kata Ibnu Ishak : ketika mana Abu Bakar R.anhu telah dibaiah, orang ramai mula untuk menguruskan jenazah Rasulullah SAW pada hari selasa. Abdullah bin Abu Bakar,Husain bin Abdullah dan selain dari keduanya menceritakan kepada aku Ali bin Abi Talib, Abbas Bin Abdul Muttalib, Al-Fadhl Bin Abbas, Qutham Bin Abbas, Usamah Bin Zaid dan Syuqran Maula Rasulullaj adalah orang yang bertanggungjawab memandikan jenazah Nabi.

Aus Bin Khauli salah seorang daripada Bani Auf Bin Khazraj berkata kepada Ali : Demi Allah wahai Ali, kami juga ada bahagian untuk menguruskan Rasulullah SAW. Aus merupakan sahabat Rasulullah dan juga di antara ahli Badar. Kata Ali : masuklah.

Maka Aus pun masuk, duduk dan turut memandikan Rasulullah SAW. Kemudian Ali menyandarkan jenazah Baginda ke dada beliau. Abbas, al-Fadhl dan Qutham memusingkan tubuh Baginda manakala Usamah Bin Zaid dan Syuqran kedua-duanya mencurahkan air. Pada masa yang sama Ali memandikan jenazah Rasulullah SAW.

Beliau menyandarkan tubuh Baginda ke dadanya dan pada tubuh Baginda ada qamis yang beliau gunakan untuk menggosok bahagian belakang Baginda. Tangan beliau langsung tidak menyentuh tubuh Baginda. Lalu Ali berkata : Demi ayah dan ibuku, engkau ketika hidup mulia dan ketika wafat pun mulia. Dan tidak dilihat pada jenazah Rasulullah sesuatu (yang buruk) yang ada pada jenazah orang lain.”

Rujuk Sirah Ibnu Hisyam (4/451)

Kesimpulannya ,berdasarkan riwayat ini, ada 7 orang yang terlibat dalam memandikan jenazah Nabi SAW. Mereka itu ialah :

Ali Bin Abi Talib

Abbas Bin Abdul Muttalib

Al-Fadhl Bin Abbas

Qutham Bin Abbas

Usamah Bin Zaid

Syuqran Maula kepada Rasulullah

Aus Bin Khauli

Semoga pencerahan yang diberikan menjawab persoalan yang dikemukakan. Semoga kita lebih mencintai Nabi SAW dengan membaca sirahnya dan sentiasa berdoa agar diberikan kekuatan untuk mengikut sunnahnya. Wallahu’alam. JANGAN LUPA UNTUK SHARE ARTIKEL NI.

Sumber: Mufti KL

Kredit: KhalifahMediaNetworks

Betul Ke Air Mandian Jenazah Nabi SAW Naik Ke Langit ? Ini Jawapan Mufti KL Yang Ramai Tak Tahu

Related image

Betul Ke Air Mandian Jenazah Nabi SAW Naik Ke Langit ? Ini Jawapan Mufti KL Yang Ramai Tak Tahu | Tersebar di media sosial kisah air mandian jenazah Nabi SAW naik ke langit dan jadi hujan. Adakah benar kisah ni? Ini jawapan Mufti KL yang ramai tak tahu. Tolong jangan abaikan artikel ni.

BETUL KE AIR MANDIAN JENAZAH NABI SAW NAIK KE LANGIT?

Assalamualaikum ustaz. Saya nak tanya. Saya ada dengar yang air daripada mandian jenazah Nabi SAW itu naik ke langit kemudian jadi air hujan dan apabila ia turun ke satu kawasan akan jadi rahmat kawasan itu. Apakah benar kisah tersebut. Adakah terdapat riwayat-riwayat yang sahih berkenaan air mandian jenazah Nabi SAW?.

Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Sebagai seorang muslim,kita digalakkan dan diperintahkan untuk memastikan keabsahan dan kesahihan setiap maklumat yang didengari. Ini berdasarkan firman Allah SWT :

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِن جَآءَكُمْ فَاسِقٌۢ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوٓا۟ أَن تُصِيبُوا۟ قَوْمًۢا بِجَهَـٰلَةٍ فَتُصْبِحُوا۟ عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَـٰدِمِينَ

Maksudnya :” Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

(Surah al-Hujurat : 6)

Sheikh Al-Maraghi ketika menafsirkan ayat ini beliau mengatakan :

“Ayat ini bermaksud wahai orang-orang yang beriman jika datang kepada kamu orang yang fasiq sifatnya (yang diragui) dengan apa-apa berita, maka berhentilah dan minta penjelasan tentang perkara yang sebenar. Jangan berpegang dengan kata-katanya (berita yang dibawanya).”

Rujuk Tafsir Al-Maraghi (26/127)

Apatah lagi jika ianya melibatkan perihal Nabi SAW. Nabi SAW telah memberikan amaran kepada sesiapa yang cuba-cuba untuk menipu atas nama Baginda SAW. Baginda bersabda :

مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ

Maksudnya :” Sesiapa yang menipu ke atasku secara sengaja, maka tersedialah tempat dia di neraka,maka tersedialah tempatnya di neraka.”

Riwayat al-Bukhari (1291) , Muslim (4)

Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan, kami tidak dapati sebarang athar atau riwayat yang menyatakan tentang keadaan air mandian jenazah Nabi SAW tersejat naik ke langit kemudian menjadi hujan.

Tiada seorang sahabat pun yang mengesahkan atau menceritakan tentang apa yang berlaku kepada air mandian jenazah Nabi selepas mereka memandikan Baginda SAW.

Kisah berkenaan air mandian jenazah Nabi SAW yang tersejat naik ke langit kemudian menjadi hujan dinisbahkan kepada persoalan Sheikh Mutawalli Sya’rawi di dalam satu muktamar. Namun tiada siapa yang dapat mengesahkan perkara berkenaan.

Terdapat satu riwayat yang menceritakan tentang air mandian jenazah Nabi yang dinukilkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya. Kata beliau :

Yahya Bin Yaman menceritakan kepada kami daripada Hasan Bin Soleh daripada Jaafar Bin Muhammad. Beliau berkata :

كَانَ الْمَاءُ مَاءُ غُسْلِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ غَسَّلُوهُ بَعْدَ وَفَاتِهِ يَسْتَنْقِعُ فِي جُفُونِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكَانَ عَلِيٌّ يَحْسُوهُ

Maksudnya :” Air mandian yang digunakan ketika mana para sahabat Nabi memandikan jenazah Baginda berkumpul di alis mata Nabi SAW. Lalu Ali pun meminumnya.”

Riwayat Imam Ahmad (2403) di dalam Musnadnya.

Namun riwayat ini dipertikaikan dan dihukum lemah kerana terputus sanadnya dan ada keguguran perawi di dalamnya. Jaafar Bin Muhammad tidak pernah menyaksikan peristiwa yang dikisahkan di dalam riwayat ini. Di antara beliau dan kisah ini ada perawi yang digugurkan. 

Oleh itu, sanad kisah ini adalah dhaif. Inilah pandangan yang dikemukakan oleh Sheikh Syu’aib al-Arnaut.[1]

Kesimpulannya, tiada satu pun pengesahan, penyaksian atau penceritaan dari sahabat Nabi SAW berkenaan air mandian jenazah Nabi SAW. Berhati-hatilah dalam menerima apa-apa maklumat dan pastikan dahulu kesahihannya sebelum disebarkan.

Suka untuk kami nukilkan kata-kata Ibnu Hajar al-Asqalani. Kata beliau :

من تكلم في غير فنه أتى بالعجائب

Maksudnya :” Barangsiapa yang bercakap (sesuatu perkara) yang bukan bidangnya, dia akan datangkan perkara-perkara yang pelik.”

Semoga Allah sentiasa memandu kita untuk mengikuti sunnah Nabi SAW. Wallahu’alam. JANGAN LUPA UNTUK KONGSIKAN.

Sumber: Mufti KL

Kredit: KhalifahMediaNetworks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!