“Kepada Kerajaan, Berhati-hati” Ini Mesej Mustapha Kamal Kepada Kerajaan

Please follow and like us:
1

Apa motif perhimpunan bantah ICERD?

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menyifatkan tujuan Himpunan Bantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tidak relevan memandangkan kerajaan tidak akan meratifikasikan perjanjian tersebut.

Menurutnya, kerajaan tidak meratifikasi ICERD, maka semua kebimbangan tidak terpakai lagi seperti kedudukan Melayu-Islam dan Raja-raja Melayu.

“Jadi apa tujuannya? Demo kalau skala kecil pun perlu ada sebab, supaya masa tenaga dan wang ringgit tidak dibazirkan.

“Sebab berdemo jika hendak buktikan kekuatan Melayu-Islam perlulah ada alasan dan apakah Melayu-Islam lemah?,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, dakwaan ‘lemah’ hanyalah satu persepsi yang cuba memerangkap minda orang Melayu agar sentiasa rasa tidak selamat dan tidak percaya pada diri sendiri dengan menuduh kaum lain berkonspirasi.

“Dendangan Melayu terancam ini bukan baharu malah berkarat dalam minda sesetengah Melayu dan setiap kali Melayu memilih jalan ke hadapan, mereka akan diheret ke teori ‘ancaman’ ini.

“Kalau inilah sebab perhimpunan maka ia umpama radio lama yang cuba dimainkan semula buat sekian kali. Berbaloikah?,” soalnya.

Beliau turut mendakwa, perhimpunan ini mengirimkan mesej yang silap kepada rakyat Malaysia khususnya orang Melayu.

“ICERD adalah komitmen kepada memerangi perkauman yang mewajarkan penindasan kepada kaum lain. Dalam nada yang sama kelompok anti ICERD mengulangi pendirian bahawa orang Melayu tidak menindas kaum lain di negara ini.

“Orang Melayu seharusnya mengirim mesej bahawa mereka bukan pengamal perkauman justeru tidak perlulah menentang ICERD sebab ICERD adalah anti perkauman walaupun kita tidak meratifikasinya.

Sepatutnya yang berhimpun anti ICERD ialah penindas kaum dan pentaksub kaum yang tidak mahu amalan mereka disekat dengan perjanjian ini,” jelasnya.

Tambah beliau, sekiranya perhimpunan tersebut penuh dengan kekeliruan maka potensi ia diisi dengan motif lain yang membahayakan masyarakat berbilang kaum tidak boleh dipandang remeh.

“Kalau begitulah realitinya, maka anti ICERD hanyalah alasan untuk mencapai tujuan sempit lain yang mereka sahaja mengetahuinya.

“Malangnya ramai yang akan diheret dalam kekeliruan ini dan untuk itu sekali lagi saya bertanya, himpunan anti ICERD untuk apa sebenarnya?,” ujarnya.

Sumber : Sinar Harian

“Kerajaan berhati-hati, rakyat sentiasa memerhati”

Pelakon Mustapha Kamal menasihatkan kerajaan hari ini supaya berhati-hati dalam mengambil tindakan ke atas sesuatu keputusan yang melibatkan rakyat.

Beliau yang di temui di perhimpunan kesyukuran dan bantahan terhadap Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) berkata rakyat memerhati setiap tindak tanduk kerajaaan dalam melaksanakan sesuatu keputusan.

sumber : KiniTV

55,000 peserta hadir Himpunan ICERD, kata Polis [METROTV]

POLIS Kuala Lumpur menganggarkan 55,000 peserta hadir ke perhimpunan membantah ratifikasi ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), di sekitar ibu negara, hari ini.

Namun berdasarkan pengamatan yang dilakukan oleh wartawan NSTP jumlahnya mungkin mencecah ratusan ribu orang berdasarkan kepadatan peserta dalam satu masa serentak, 2 petang tadi di sekitar Jalan Raja sehingga ke Bangunan Dayabumi; Jalan Tun Perak sehingga ke Jalan Lebuh Ampang; Jalan Raja Laut sehingga ke Sogo; kawasan sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman.

Bagaimanapun penganjur Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) dan Sekretariat Kedaulatan Rakyat (RAKYAT) menganggarkan jumlah peserta adalah mencecah 300,000 orang.

 

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, meskipun perhimpunan berjalan dengan aman terdapat beberapa kesalahan yang dilakukan oleh peserta gagal dikawal oleh pihak penganjur terutama membawa kanak-kanak.

“Himpunan ini berjalan dengan lancar dan selamat tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Bagaimanapun polis mengesan ada ibu bapa dan penjaga yang juga peserta perhimpunan membawa kanak-kanak ke perhimpunan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sejak pagi hingga perhimpunan berakhir kira-kira 5 petang tadi, sebahagian besar peserta dikesan masih membawa kanak-kanak ke perhimpunan berkenaan sekaligus melanggar syarat-syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA 2012).

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!