“Dah Kurus Dah, Hari-Hari Tengok Boleh Jatuh Cinta Ni” – Selepas Setahun, Akhirnya Zul Ariffin Aktif Turunkan Berat Badan!

Please follow and like us:
1

Aktor popular, Zul Ariffin telah kembali aktif melakukan aktiviti kecergasan sejak tiga hari lalu setelah setahun tidak menjaga berat badannya.

Perkara itu dikongsi Zul menerusi entri di akaun Intagram miliknya buat tatapan umum.

“After a year of working, not eating right, junk food and bad food, lot of it obviously, not sleeping right, skipping the gym, wasting time and all of that.

“There is no one to blame but myself, but all of that stops today, I have my training 2-3 times a day, everyday, over the next couple of months,” tulis Zul sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, Zul turut menyatakan dia mahu menurunkan berat badannya kerana mahukan kesihatan yang lebih baik dan mempunyai beberapa projek dan filem yang memerlukan dia untuk mendapatkan semula bentuk badan seperti dahulu.

Menjegah di ruangan komen, rata-rata pengikut Zul memberi sokongan dan memuji usahanya itu.

“Dah kurus dah, hari-hari tengok boleh jatuh cinta ni.

“Saya dah nampak jodoh saya.

“Don’t give up Zul,” tulis netizen.

Sumber: Gempak

“Muka Ada Bulat, Hati Ada Senang” – Berat Cecah Tiga Angka, Peminat Risau Perubahan Zul Ariffin

Peminat pelakon Zul Ariffin melahirkan rasa bimbang dengan perubahan bentuk badannya yang kini sudah mencecah kepada tiga angka.

Menerusi entri di Instagram (IG), Zul menjelaskan berat badannya kini semakin bertambah dan dia harus berkerja keras untuk menurunkan beratnya.

“Tersenyum memikirkan berat badan yang dah 102kg, kan best kalau boleh stay macam ini selalu.

“Muka ada bulat, hati ada senang. Tapi, kerja punya pasal, kene la turun balik,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen rata-rata mengakui terkejut dengan perubahan yang terjadi pada Zul Ariffin dan mereka juga tidak menjangkakan beratnya kini sudah mencecah sehingga tiga angka.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!