“Ada Yang Suruh Cari Hati Unta Kering” – Anak Disahkan Hidap Asma Kronik, Isteri Lan Solo Mohon Petua

Please follow and like us:
1

Isteri penyanyi Lan Solo, Nur Sheila Hassim, meluahkan rasa bimbang selepas anak ketiganya, Muhammad Akid Qassyaff, 3, disahkan menghidap penyakit Asma Kronik.

Sheila memberitahu berita itu menerusi entri terbaru di akaun Instagram (IG) miliknya hari ini.

Kata Sheila, dia mahu mencari solusi berhubung penyakit anaknya supaya tidak bergantung dengan ubat-ubatan untuk tempoh yang berpanjangan.

“Doktor sahkan Akid ada cronic asthma. So sehari kena neb dua kali minimum. Mommy-mommy kat luar sana ada tak petua-petua lain?

“Ada yang DM saya suruh cari hati unta kering. Tumbuk dan campurkan dekat setiap makanan Akid.

“Ada juga yang suruh mandikan dengan lemon. Kalau boleh saya nak cari solution supaya Akid kurang bergantung dengan neb dan ubat-ubatan yang berpanjangan. Any ideas mommy?” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mula membantu dengan memberikan tips berguna selain berkongsi pengalaman yang sama dengan Sheila.

“Cubalah guna hati unta, sebab anak kakak saya pun dah cuba. Alhamdulillah, anak dah tak bergantung pada neb,” komen @nurul_koji

“Betul tu hati unta paling mujarab, sebab anak saya juga Asma Kronik. Saya buat salai bagi anak saya makan hati saja campur nasi putih. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT anak saya pulih,” tulis @eishanie79

Selain Akid, pasangan ini mempunyai tiga lagi cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4, dan Nur Amna Quxandra yang dilahirkan pada 24 Februari lalu.

Foto: Instagram @sheilarazlan

Sumber: Gempak

“Alhamdulilah Tiada Yang Serius, Tapi…”- Anak Lan Solo Jatuh, Dahi Koyak

“Alhamdulilah Tiada Yang Serius, Tapi…”- Anak Lan Solo Jatuh, Dahi Koyak

Penyanyi Lan Solo lega apabila anak ketiganya, Muhammad Akid Qassyaff, 3, berada di dalam keadaan baik selepas jatuh dan cedera di dahi.

Lan memberitahu ketika kejadian dia dan isteri, Nur Sheila Hassim panik dan segera membawa anaknya yang jatuh itu ke hospital kecemasan.

Walau bagaimanapun, anaknya disahkan tidak mengalami kecederaan serius.

“Alhamdulilah tiada yang terlalu serius, tetapi sebagai ibu bapa kerisau tahap gaban itu adalah lumrah,” tulisnya di akan Instagram (IG) miliknya.

Menurut Lan bertambah risau adalah ia kejadian kali kedua anaknya jatuh dan cedera di kepala.

“Tambahan pula, ni koyak kali kedua. Risau tempat yang sama dan sebelum ini sudah koyak dengan tujuh jahitan,” luahnya lagi.

Selain Akid, Lan dikurniakan tiga cahaya mata lain, Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4 dan Nur Aman Quxandra berusia 6 bulan.

Foto: IG Lan Solo
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!