Jangan Pandang Rendah! Walaupun OKU, ‘Wak’ Miliki 5 Food Truck & Pendapatan RM8,000 Sehari

Please follow and like us:
1

Bergelar OKU dengan keadaan fizikal tidak seperti orang lain bukanlah penghalang buat lelaki ini untuk berjaya, malah dia mungkin membuatkan semua orang terinspirasi dengan kisahnya.

Ikhsan Sirat, 57, OKU kerdil memiliki sekurang-kurangnya 5 trak makanan dengan pendapatan melebihi RM20,000 sebulan!

Sumber: Utusan

Menurut NST dan Harian Metro, perjalanan Ikhsan sebagai peniaga kecil-kecilan bermula 30 tahun lalu di pasar malam. Pada ketika itu, dia menjual burger dengan harga yang sangat murah iaitu RM1.

Selepas 10 tahun, Ikhsan kemudian bertukar kepada menjual kebab memandangkan makanan itu lebih mudah dikendalikan dan memberinya lebih banyak keuntungan.

“Dari segi fizikal, saya tidak ada masalah untuk bergerak cuma jual burger perlu lebih ramai pekerja dan saiz kuali yang besar buat saya susah sikit nak masak.”

“Mula-mula saya berniaga dulu, saya perlu bersaing dengan lima lagi gerai yang jual burger dan ia diusahakan oleh orang normal.

“Tapi saya tak jadikan ia sebab untuk rasa rendah diri. Saya percaya kalau makanan yang dijual sedap dan ‘servis’ bagus mesti pelanggan akan beli.”

Sumber: Utusan

Menurut Ikhsan atau lebih mesra dipanggil ‘Wak’, dia percaya yang saiz badannya yang kecil itu adalah satu kelebihan kerana pelanggan akan lebih senang untuk mengingatinya.

“Pelanggan yang datang balik selalunya akan dapat cari gerai saya semula sebab ingat akan fizikal saya yang berbeza dari orang lain.”

Bermula dengan satu dan kini dah miliki 5 trak, Ikhsan yang dibantu oleh dua isteri dan lima anaknya itu memperoleh pendapatan sebanyak RM8,000 sehari! Lagi banyak daripada gaji admin sebulan…huhu….

Sumber: Harian Metro
Sumber: NST

“Kami menggunakan daging yang segar setiap hari dengan 25 rempah untuk menghasilkan  ‘Kebab Wak Ikhsan’. Saya tiada tempat asas untuk operasi, dah trak makanan akan selalu berada di kawasan universiti serta acara lain.

“Pada saya, kekurangan bukanlah satu penghalang. Apa yang penting adalah minat dalam bisnes itu sendiri serta keberanian untuk mengejar kejayaan. Para OKU perlu jadi berani dan ambil peluang yang ada depan mata.”

Kipidap, Wak! Jom lah kita jadikan kisah Wak ni satu inspirasi untuk kita berjaya dalam bidang masing-masing…

Sumber: LobakMerah

Buta Kedua Belah Mata dan Hidap Mild Autisme Namun Anak Kecil Ini Berjaya Hafal Surah Yasin Seawal 3 Tahun

Tidak dapat melihat sejak dilahirkan namun telatah dan senyuman anak kecil ini mampu memberi kebahagiaan kepada ibu bapa serta seluruh keluarganya.

Menurut Mingguan Wanita, Ahmad Aqeel bin Faiz Mohammad Noor, 5, disahkan mempunyai penyakit yang berkaitan dengan saraf sejak dilahirkan. Disebabkan itu, Aqeel tidak mempunyai bebola mata di mata kanannya dan mata kiri hanya berwarna putih. 

Sumber: Facebook

Ketika usianya menginjak 6 bulan, bapanya, Faiz Mohammad Noor bin Kamaruzaman, 34, menyedari bahawa anaknya semakin aktif. Bukan itu sahaja, emosi Aqeel dikatakan berlebihan selain suka mengamuk dan menghantukkan kepalanya.

Keadaan itu menyebabkan Faiz dan isteri, Nur Izzah binti Mohamad Kamil, 34, segera merujuk kepada pakar psikologi di Kajang. Pada ketika itulah, mereka diberitahu bahawa Aqeel mempunyai satu penyakit yang lain pula.

Keputusan ujian…Aqeel disahkan autisme (mild). Kami redha dan positif.”

Sumber: Facebook

Namun, istimewanya anak kecil tanpa penglihatan ini, ibu bapanya mula menyedari kelebihannya dalam menghafal surah. Malah, Aqeel dikatakan berjaya menghafal surah Yasin seawal usianya 3 tahun!

Sampailah satu hari ketika membaca surah Yasin, tiba-tiba Aqeel yang berumur 3 tahun itu sambung bacaan saya sampai habis surah itu.”

SubhanAllah!

Sumber: Youtube

Meskipun belum dapat bertutur sepenuhnya, Aqeel sering membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

“Orang akan ingat dia bercakap bahasa Arab, padahal dia melafazkan ayat-ayat Al-Quran.”

Faiz dan isteri turut berkongsi cara yang mereka guna dan amalkan untuk anak istimewa itu menghafal Al Quran. Semua ibu bapa boleh lah jadikan rujukan…

 

Sumber: Mingguan Wanita

Menurut pasangan itu, mereka mula bangkit dari kesedihan yang pernah dialami suatu ketika dahulu selepas berjumpa dengan seorang kaunselor, Encik Mohd Hafiz Halim (kini bertugas sebagai pegawai khas Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).

Dia (Hafiz) jemput saya dan isteri ke rumahnya dan melihat sendiri kehidupannya yang juga cacat penglihatan.”

Sumber: Facebook

Faiz turut akui bahawa jemputan Hafiz itu berjaya membuka mata dan mindanya sekaligus menjadi turning point untuknya dan isteri.

Saya yakin Aqeel mampu hidup normal seperti orang lain. Isteri Encik Hafiz sendiri pun cacat penglihatan tetapi kehidupan mereka sempurna. Dapat pula membesarkan 4 orang anak normal dengan baik sekali.”

Sumber: Mingguan Wanita

Semoga adik Aqeel membesar dengan sihat dan ceria. Mungkin ibu bapa boleh contohi cara pasangan ini didik anak menghafal Al Quran

Sumber: LobakMerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!