Empat Rakyat Malaysia Ini Adalah Inspirasi Terhebat Untuk Kita Berjaya Di Dalam Perniagaan

Please follow and like us:
1

Perniagaan atau bisnes bukanlah satu perkara yang mudah. Ramai menceburkan diri di dalam bidang ini tetapi kecundang di tengah jalan. Namun ada jua yang benar-benar berjaya hingga bergelar jutawan, gah berdiri di dalam empayar perniagaan mereka dan dikenali di pelusuk dunia. Sebenarnya kita tidak perlu melihat jauh ke luar negara untuk mencari usahawan sebegini. Di Malaysia juga cukup ramai individu yang mampu memberikan kita inspirasi, semangat dan contoh untuk berjaya seperti mereka di dalam bidang perniagaan. Antaranya ialah:-

1. Vivy Yusof – pengasas FashionValet

1

Sekiranya anda seorang fashionista, pastinya anda pernah melawat laman web FashionValet yang diasaskan oleh Vivy Yusof ini. Bermula sebagai seorang blogger, kini Vivy Yusof mempunyai lebih daripada 400 jenama yang menjual produk mereka di laman webnya. Malah tudung dUCk ciptaannya juga menjadi fenomena dan seringkali ‘sold out’ setiap kali koleksi baru dilancarkan. Kini Vivy turut sama membuka kedai fizikal FashionValet di kompleks membeli-belah seperti Publika, Pavillion dan Bangsar Shopping Centre untuk memudahkan produknya dibeli oleh orang ramai.

2. Siti Sarah Binti Shah Nor & Ashrul Rizal bin Sulaiman– pengasas Modvier

2

Pasangan suami isteri dengan 2 orang cahaya mata ini adalah pengasas kepada Modvier, butik yang menawarkan fesyen Muslimah untuk wanita beragama Islam. Butik ini memang popular serata Malaysia, lebih-lebih ketika musim perayaan. Visi pengasas Modvier ini tidak lain tidak bukan adalah untuk menjadi pusat fesyen pelbagai jenama terkemuka di Malaysia. Mereka berdua adalah gabungan mantap yang kini semakin meningkat naik di kalangan peminat busana sopan Muslimah. Terbaik!!!

3. Nadhir Ashafiq – pengasas servis The Lorry

3

Bermula dengan satu idea yang simple untuk menyelesaikan masalah mencari servis lori yang boleh dipercayai ketika berpindah rumah, kini TheLorry yang diasaskan oleh Nadhir Ashafiq telah bernilai puluhan juta ringgit. Kehebatan Nadhir Ashafiq terbukti apabila dirinya disenaraikan di dalam Malaysia Under 30 Forbes List pada tahun 2017. Kini TheLorry turut beroperasi di Singapura, Indonesia, Thailand dan di dalam perancangan untuk mengembangkan sayap mereka ke Vietnam serta Filipina.

4. Christy Ng– pengasas jenama kasut Christy Ng

4

Dilabel sebagai “the next Jimmy Choo”, Christy Ng telah mula menjual kasut secara ‘online’ menerusi laman web sejak tahun 2010. Kasut-kasut yang dijual adalah hasil rekaannya sendiri termasuk kasut perkahwinan, kasut tumit tinggi, wedges dan banyak lagi. Kini kasut ciptaan Christy Ng telah dipakai oleh wanita seluruh dunia termasuklah di Amerika Syarikat dan juga United Kingdom.

Adakah anda terinspirasi untuk terjun ke bidang perniagaan selepas membaca kisah-kisah kejayaan empat rakyat Malaysia ini? Namun adalah lebih baik untuk kita melengkapkan diri dengan selok-belok perniagaan sebelum menceburi ke dunia yang penuh ranjau, dugaan dan cabaran ini.

Sumber: Beautifulnara

Bagaimana 5 Selebriti Wanita Malaysia Ini Boleh Berjaya Dalam Perniagaan?

Bagaimana 5 Selebriti Wanita Malaysia Ini Boleh Berjaya Dalam Perniagaan?

Bukan senang untuk menjadi senang, kesemuanya perlukan usaha, keberanian menghadapi risiko dan kebijaksanaan merancang strategi.

Lima selebriti wanita ini membuktikan usia bukan kayu pengukur kejayaan mereka menguasai bidang perniagaan.

Ada di antara mereka dilahirkan dalam keluarga yang ‘biasa-biasa’, tetapi berkat usaha dan doa, mereka berjaya meletakkan nama dalam barisan ahli perniagaan yang wajar dicontohi.

Vivy Yusof dan Neelofa misalnya, usia mereka belum memasuki angka 30 tetapi cukup hebat dalam perniagaan sehingga berada dalam senarai ’30 Under 30’ yang dikeluarkan Forbes baru-baru ini.
Lebih membanggakan, hanya dua usahawan terkenal tempatan yang berjaya memasuki senarai itu.

Neelofa

Beauty with brain… Gambaran paling sesuai untuk Neelofa. Selain bidang pengacaraan dan jurucakap produk, hos MeleTOP yang pernah terlibat dalam filem Azura 2016 dan Pilot Cafe serta drama Suri Hati Mr Pilot ini kini lebih memberi fokus kepada bidang perniagaan di bawah label Naelofar Hijab.

Neelofa menggunakan populariti  serta 4.6 juta followers di Instagram untuk membantunya memasarkan produk seperti hijab, kanta lekap, minyak wangi, pakaian muslimah dan aksesori di media sosial. Pada tahun 2015, BBC News mendedahkan jualan Naelofar Hijab sebanyak RM50 juta dan jenama ini terjual di 38 negara dan berjaya memasuki pasaran Singapura, Brunei, London, Australia, Belanda dan Amerika Syarikat.

Vivy Yusof

Ikon fesyen dan perniagaan yang mampu membuat setiap mata yang memandang terpukau dengan gayanya.  Vivy, graduan undang-undang yang bermula sebagai blogger, nekad membuka Fashion Valet bersama suaminya, Fadzarudin Anuar, pada tahun 2010 dengan modal RM100 ribu. Kini setelah hampir 7 tahun, Fashion Valet telah berkembang ke Singapura dan Indonesia dengan lebih 400 jenama berpayung di bawahnya.

Selain Fashion Valet, Vivy cukup terkenal dengan tudung premium dUCk dan aksesori. Strategi pemasaran dan kelainan yang ditampilkannya cukup bijak sehingga koleksi terbaru  dUCk dinanti dan koleksi lama dicari.

Siti Nurhaliza

Beberapa tahun kebelakangan ini Dato’ Siti Nurhaliza mengurangkan aktiviti seni bagi memberi tumpuan kepada bidang perniagaan yang diceburi. SimplySiti, bermula daripada set kelengkapan solekan kini telah diperluaskan dengan haruman dan set penjagaan kulit. Penyanyi nombor satu negara ini juga memberanikan diri menceburi bidang fesyen sehinggalah terhasilnya Creacion by Siti Nurhaliza.

Rozita Che Wan

Che Ta pernah melalui episod mendung dalam membesarkan dua anak lelakinya Aniq dan Ammar setelah bergelar ibu tunggal. Pelakon yang cukup terkenal dengan drama Kiah Pekasam, dan hos rancangan Primadona antara yang teruk dikecam netizen di laman sosial terutama Instagramnya yang mempunyai lebih 3 juta followers.

Setiap gerak laku Che Ta dikutuk termasuk percutian mewah ke luar negara dan hadiah kereta mewah yang diberikan kepada anaknya.

Namun, Che Ta bijak menggunakan platform yang sama dengan cara lebih positif sebagai medium memasarkan produknya.

Bermula dengan Padusi Couture yang menjual pelbagai jenis hijab dan jubah, Che Ta melangkah garang mengeluarkan set haruman dan penjagaan wanita di bawah nama ByRCW, Padusi Productions yang menerbitkan beberapa rancangan termasuk Resipi Memikat Suami dan Aku Yang Masak Kau Yang Panas dan kini Zeta Cosmetics, mengambil tempat untuk memasarkan produk solekan.

Mila Jirin

Juara Akademi Fantasia 5 ini baru berusia 30 tahun tetapi telah berjaya menaikkan empayar perniagaannya termasuklah Bizmilla Catering yang menawarkan pakej lengkap perkahwinan dan katering, Bizmilla Wedding Hall, Bizmilla Trading yang memasarkan Baju Kurung Milla, dan Restoran Embun Urai, menyajikan makanan ala Thai yang beroperasi di Tasik Prima Puchong.

Sebelum merasai manisnya kejayaan, Mila pernah merasai kegagalan apabila perniagaannya di bawah Luvmilla Corporation yang mengeluarkan produk kecantikan LUVMILA gulung tikar akibat kekurangan dana operasi dan kelemahan dari sudut pengiklanan dan pemasaran.

Lihat sahaja lima selebriti wanita ini, mereka telah berjaya bergelar usahawan dikenali pada usia yang cukup muda. Strateginya? Menggunakan platform media sosial untuk promosi dan jualan produk.

Anda yang baru berjinak-jinak untuk menceburi bidang perniagaan sebagai mata pencarian tambahan, bolehlah menyertai kempen #YouCanDuit.

Sebuah kempen untuk meningkatkan pendapatan tambahan dari kalangan rakyat Malaysia melalui inisiatif digital eRezeki dan eUsahawan. Lihat sahaja kemeriahan kempen pertama mereka tahun 2017 di Kedah pada 1 dan 2 April lalu.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!