“Time ni lah aku rindu ke TGNA” – Netizen Imbau Kembali Sikap Nik Aziz Jadi ‘Pendamai’ Lawati Gereja Ketika Berlaku Ketegangan Kaum

Please follow and like us:
1

Kejadian rusuhan berlaku di tapak Kuil Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights baru-baru ini telah menimbulkan sedikit ketegangan antara kaum yang tidak ingini oleh semua pihak.

Di saat ramai yang bersedih dan kecewa dengan apa yang berlaku sekarang, seorang netizen di Facebook meluahkan rasa rindunya kepada arwah Tuan Guru Nik Aziz yang dahulunya dikatakan ‘pendamai’ bagi isu ketegangan kaum. 

“Time-time isu kaum dan agama tegang ni aku rindu ke TGNA. Al fatihah” 

Menerusi tweet yang berkongsi sebuah posting di Facebook, individu ini telah meluahkan rasa rindunya pada arwah Nik Aziz yang pernah melawat 3 buah gereja yang dibaling bom pada 8 tahun lepas dan menyatakan simpati atas kejadian itu. Hal ini membuat TGNA dilihat sebagai pendamai dalam situasi ini. 

Sumber: Facebook

“Itulah yang Almarhum Tok Guru cuba paparkan kepada kita semua tentang Islam…” 

Menerusi posting itu juga, mesej simple tapi menusuk ke hati disampaikan buat netizen semua.

“Itulah yang Almarhum Tok Guru cuba paparkan kepada kita semua tentang Islam… Tapi kini ada pihak yang tak sudah-sudah timbulkan ketegangan.

“Al Fatihah buat Almarhum TGNA,” kata individu tersebut.

Sumber: Facebook

Sumber: Facebook

Sumber: Facebook

Marilah kita ambil iktibar daripada kisah ini dan janganlah perbesarkan lagi isu rusuhan di kuil tersebut. Sebagai rakyat Malaysia, rasanya tak ada sesiapa pun mahu benda buruk seperti ini berlaku kan? 

Sumber: LobakMerah

Jangan guna kedudukan untuk cetus provokasi – Ahmad Zahid

xMGF19072018_PARLIMEN-MALAYSIA10-681x453

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Menteri-menteri Kabinet Pakatan Harapan (PH) agar tidak menggunakan kedudukan mereka untuk mencetuskan provokasi berkaitan agama.

Katanya, ada menteri yang bertindak menjadi wira dalam isu berkenaan dan bertindak segera dalam menyelesaikan permasalahan ini daripada terus memburuk.

“Jika portfolio yang di pegang adalah untuk tujuan menunjukkan perpaduan tetapi jangan kedudukan ini dijadikan suatu tempat untuk menunjukkan provokasi kepada penganut agama lain.

“Saya harap keharmonian agama perlu kekal, ikut peraturan dan penguatkuasaan hendaklah dijalankan secara berhemah supaya tidak timbul masalah keharmonian yang wujud sejak merdeka,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Kenyataan itu merujuk kepada Menteri Perpaduan, P. Waytha Moorthy yang bertindak mengalahkan pihak berkuasa berhubung insiden berkenaan.

“Sensitiviti keagamaan jangan letak kepada sesuatu penganut dan kaum sahaja, apatah lagi letakkan tanggungjawab kesalahan penguatkuasaan itu kepada PRDM.

“Semua pihak perlu mematuhi perundangan dan peraturan sedia ada.

“Dalam waktu yang sama, semua agama harus menghormati satu sama lain. Jangan ada mana-mana pihak yang rasa seolah-olah menjadi wira kepada sesuatu agama,” kata Ketua Pembangkang itu.

Waytha pada Isnin mengeluarkan kenyataan menyalahkan polis daerah Subang Jaya dengan kenyataan yang salah apabila mendakwa rusuhan berpunca daripada perselisihan faham antara dua kumpulan India mengenai perpindahan kuil.

Katanya, kenyataan salah dan tidak bertanggungjawab itu menimbulkan ketegangan dalam kalangan masyarakat India kerana kelewatan serta tindakan polis yang tidak berkesan untuk mengawal insiden berkenaan.

Waytha Moorthy berkata, pihaknya mahu polis Bukit Aman melaksanakan siasatan penuh dan bebas bagi mengenal pasti dalang di sebalik rusuhan dan serangan terhadap kuil itu.

“Ketua Polis Negara wajar mengeluarkan kenyataan yang betul berhubung insiden ini. Kami mengutuk serangan ini dan pihak bertanggungjawab dalam insiden ganas ini perlu ditangkap serta dihukum,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, Isnin lalu.

Sumber – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!