Betul Ke Arang Boleh Putihkan Gigi? Ini Penjelasan Dr Amalina Bakri & Wanista!

Please follow and like us:
0

Doktor selebriti, Dr Amalina Che Bakri menjelaskan tentang isu pemutihan gigi dengan menggunakan produk berasaskan arang.

Kenyataan itu dibuat Amalina menerusi status di akaun Twitter miliknya.

Menurut Amalina, secara saintifiknya, arang hanya membersihkan gigi dan tidak berfungsi untuk memutihkan gigi seperti yang disangka ramai.

“Arang tidak memutihkan gigi, based on published studies, there is no evidence that charcoal can whiten your teeth.

“It cleans your teeth but it does not whiten your teeth.

“Penggunaan dalam jangka masa panjang juga akan membuatkan lapisan gigi anda nipis, it can weaken your enamel,” tulisnya

Dalam pada itu, Amalina turut menyarankan orang ramai untuk mendapatkan rawatan dari doktor gigi yang sahih jika mahu melakukan pemutihan gigi.

Terdahulu, Amalina telah dinobatkan sebagai pelajar cemerlang dengan meraih 17A1 dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2004.

Sumber: Gempak

Putihkan Gigi Guna Arang, Ini Cara Yang Betul Menurut Pakar…

Putihkan Gigi Guna Arang, Ini Cara Yang Betul Menurut Pakar…

Penulis cukup tertawan melihat individu miliki senyuman manis dibarisi gigi putih bersih, baik lelaki mahupun perempuan. Korang macam ini tak?

Walaupun pakar kata gigi kuning itu kuat dan sihat tapi lumrah manusia inginkan sesuatu yang cantik, dan contohnya gigi putih. Kalau tak nak, sudah…

Kita biasa dengar tentang pemutihan gigi menggunakan arang. Tetapi, sebelum anda mula memberus gigi dengan serbuk arang, anda harus tahu tentang kesan sampingan yang tidak menyenangkan dari trend DIY ini dan penggunaannya bahkan bahana jika dilakukan setiap hari.

Foto – Pinterest

Bruce L. Cassis, DDS, doktor gigi dari Fayetteville menjelaskan, “Arang telah digunakan sejak beribu tahun yang lala. Malah terdapat pesakit yang mendapat menfaat daripada penggunaan arang sebagai ubat gigi.

“Arang bersifat kasar, jadi ia boleh mengikis permukaan gigi. Oleh itu ia bekerja sebagai pemutih gigi. Walaubagaimanapun, perlu juga berhati-hati kerana jika terlalu kerap menggunakan arang, ia akan menghancurkan enamel gigi yang menyebabkan gigi sensitif, ” jelasnya.

Jika anda memutuskan untuk menggunakan ubat gigi arang yang diaktifkan, berus sekali setiap minggu sahaja, dan bukan untuk jangka masa yang panjang. Dr Cassis mengesyorkan mencuba ubat gigi arang dari jenama yang berdaftar dan diiktiraf. Jika anda mengalami sebarang gejala ini, hentikan penggunaan ubat gigi arang segera dan buat temujanji dengan doktor gigi anda.

Foto – Amazon.com
Cara terbaik untuk pemutihan gigi…

Trey Wilson, DDS, dari New York berkata untuk pendekatan yang lebih semulajadi, dia menyarankan untuk mengusap kulit oren ke atas gigi dan dalam, “Ia mungkin berfungsi secara perlahan tetapi selamat.”

Foto – Bukanaku

Yang pasti sebelum mencuba sesuatu, dapatkan nasihat pakar dan jangat main guna sesuka hati.

Selamat Beramal!

Sumber: Wanista

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!