Najwa Latif Jawab Isu Sudah Berkahwin, Kongsi Tips Nak ‘Move On’

Please follow and like us:
0

Penyanyi popular, Najwa Latif antara selebriti yang bukan saja mempunyai vokal yang sedap tapi aksinya di media sosial membuatkan ramai peminatnya terhibur.

Dalam satu video yang dikongsi netizen di media sosial menunjukkan Najwa menjawab beberapa soalan yang dilontarkan peminatnya secara spontan dalam kereta.

Menariknya, ada jawapan yang diberikan lebih kepada bentuk jenaka buat peminatnya.

“Kalau tak pakai ‘make up’ terkejut sikit tengok cermin tapi kalau pakai ‘make up’ terkejut banyak beb,” katanya dalam video tersebut.

Dalam beberapa soalan peminat itu, ada juga peminat bertanya status penyanyi itu sama ada sudah berkahwin atau belum.

“Nampak macam dah tapi hakikatnya belum. Siapa kata sedih, tak sedih,” katanya.

Najwa juga berkongsi tips untuk ‘move on’ atau teruskan kehidupan dengan cara makan sampai penat.

“Kalau kawan tikam belakang, nak tikam balik ke macamana? jangan main tikam-tikam. Simpan saja pisau tu, ‘move on’ okey,” katanya.

Menerusi status di Instagramnya, @njwalatif, dia sebelum ini banyak berkongsi video yang dirakam dari dalam keretanya.

“Kehidupan selalu nampak dalam kereta sebab kalau pegang telefon kat luar macam ni rasa macam pelik,” katanya.

Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Astro Gempak
Sumber: Gempak

“Memang Best Gila Jadi Pensyarah” – Najwa Latif

Penyanyi berbakat, Najwa Latif mengakui respon peminat terhadap single terbarunya, Jauh, lebih baik menerusi komen positif yang diterimanya.

Meskipun sambutannya lagu itu agak kurang kerana tidak banyak publisiti, dia tetap gembira dengan pandangan peminat kali ini.

“Mungkin peminat nampak kematangan saya dari segi lagu dan lirik. Dulu lagu saya lebih pada kisah cinta tapi kini saya sangat selesa dengan lirik yang lebih pada kehidupan untuk single baru ini,” katanya kepada Astro Gempak.

Ujarnya, dia masih menerima tawaran mengadakan persembahan untuk pelbagai majlis meskipun kini semakin sibuk dengan kerjaya sebagai pensyarah.

Dia mengakui sangat seronok mengajar subjek bahasa Inggeris untuk pelajar peringkat asasi dan ijazah sarjana muda di UNITAR International University di Kelana Jaya, Selangor.

“Memang best gila bila jadi pensyarah. Walaupun saya nampak pemalu tapi depan pelajar saya jadi garang,” katanya.

Najwa juga memberitahu dia akan muncul dengan lagu terbaru pada penghujung tahun ini.

Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Astro Gempak

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!