“Tipulah Kalau Tak Ada Rasa Apa…”- Luah Noryn Aziz Mengenai Krisis Rumah Tangganya

Please follow and like us:
0

Penyanyi Noryn Aziz tidak menafikan emosinya terganggu akibat krisis rumah tangga yang dihadapinya kini.

Namun, Noryn berkata demi masa depannya, dia kini lebih memfokuskan diri dengan karier seninya.

“Bila tanya saya mengenai ini (kiris rumah tangga), tipulah kalau kata tak rasa apa…Cuma saya dah pesan pada diri untuk fokus dalam karier seni saya kerana itu adalah masa depan saya.

“Saya bersyukur kerana kini saya pun sedang sibuk dengan Gegar Vaganza musim kelia (GV5).

“Saya tak mahu buang masa memikirkan masalah ini dengan bebanan itu dan perlu selalu berfikiran positif.

“Alhamdulilah saya dikeliligi oleh orang yang sentiasa memberi kata-kata semangat seperti ibu saya serta pengurus saya sendiri,” katanya kepada Gempak.

Julai lalu, suaminya Raja Kamarul Bahrin Shah yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Noryn di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu, Terengganu.

Bagaimanapun pada 10 Oktober lalu, Raja Kamarul Bahrin sebagai plaintif dan Noryn selaku defendan tidak hadir pada prosiding sebutan kali ketiga di hadapan Penolong Pendaftar Syarie Norhakimah Awang

Pun begitu, Noryn enggan mengulas lanjut mengenai kes rumah tangganya kerana ia masih dalam proses mahkamah.

“Buat masa sekarang ia masih dalan proses mahkamah dan saya dinasihatkan oleh peguam untuk tidak bercakap mengenai hal ini kerana bimbang saya tersilap kata.

“Lagipun, sebelumi ni pun saya jarang untuk kongsi kisah peribadi dan saya harap semua boleh tunggu sahaja sehingga ia selesai,” katanya lagi.

Noryn atau Norazmahwati Abd Aziz dan Raja Kamarul Bahrin diijabkabul pada 22 Januari 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Raja Bariq Umar Shah yang kini berusia empat tahun.

Sumber: Gempak

(Sebelumnya)

Noryn Aziz Namakan Anaknya Raja Bariq Umar Shah

Comelnya!!! 25 Ogos lalu, Noryn Aziz telah pun selamat melahirkan anak sulungnya hasil perkongsian hidup dengan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad. Baru-baru ini, Noryn telah pun berkongsi sekeping gambar wajah anak lelakinya yang bernama Raja Bariq Umar Shah itu. Jelas terserlah kebahagiaan keluarga ini dengan kehadiran si comel ini.

raja bariq

Semoga Raja Bariq Umaar Shah membesar menjadi anak yang soleh di samping ayah dan ibu yang tercinta. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Noryn dan suami atas kehadiran si comel ini. Selamat menempuh alam ibu bapa

Sumber: Beautifulnara

Noryn Aziz Kini Selesa Dengan Status Isteri Kepada Raja Bahrin

Selepas hampir 3 tahun berdiam diri tentang statusnya, baru-baru ini Noryn Aziz telah membuat pengakuan yang dia sudah pun berkahwin dengan Raja Bahrin. Menurut Noryn, majlis perkahwinan telah pun diadakan di satu majlis tertutup di Kuala Terengganu pada 22 Januari 2010.

noryn aziz

Selama ini Noryn merahsiakan perkara ini kerana menghormati keluarga suaminya. Kata Noryn kepada wartawan Utusan:-

Untuk dua tahun pertama, banyak perkara yang harus diambil kira dan banyak hati yang perlu dijaga. Saya tidak mahu lagi cerita peribadi diperbesar-besarkan dan dihebohkan. Lagipun perkahwinan kami bukan satu rahsia malah ramai juga yang sudah tahu. Cuma, saya sahaja yang tidak mahu menghebohkan walaupun ia wajar dikongsi bersama. Hanya tahun ini, kami mula terbuka untuk berbicara tentang perihal ini dan ada beberapa majlis yang saya hadir bersama-sama suami. Saya kini lebih selesa dengan kehidupan baru ini. Malah, kami juga terus berusaha untuk memiliki cahaya mata sendiri tetapi belum ada rezeki

noryn aziz

Abang Nara ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Noryn Aziz atas perkahwinannya. Semoga bahtera rumah tangganya dapat dilayari dengan sempurna. Dan moga dimurahkan rezeki untuk dikurniakan cahaya mata secepat mungkin. Amin ~~

Sumber: Beautifulnara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!