“Tidak Semua 300 000 Gay Yang Direkodkan (JAKIM) Terlibat Dengan Hubungan Songsang” – Dato Seri Mujahid

Please follow and like us:
0

Jumlah 310,000 gay yang dikenal pasti perlu diperhalusi lagi kerana tidak semua daripada mereka terus terlibat dengan “kegiatan songsang”, kata menteri agama.

Datuk Seri Mujahid Yusof berkata terdapat golongan itu yang hanya mempunyai kecenderungan dan ada juga yang telah meninggalkan gaya hidup sedemikian.

“Kita tidak boleh kata lebih 300,000 itu semua terlonggok dalam perkara yang mereka telah lakukan. Yang disebut bilangan itu kita kena pecahkan lagi.

“Isunya ada mereka ada keinginan (gay) tetapi tidak semestinya mereka buat. Kita jangan ambil secara umum dengan mengatakan (jumlah) itu buat salah.

“Daripada jumlah itu ada yang mempunyai keinginan sahaja jadi kita tangani dari awal.

“Ada yang terlibat perbuatan songsang itu dan dia sedar ia tidak betul dan mereka balik semula,” katanya semasa sidang media di lobi parlimen hari ini.

Pakar isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini berkata jumlah gay di Malaysia dianggarkan berjumlah 310,000.

Katanya, berdasarkan Statistik Kementerian Kesihatan, hanya terdapat sebanyak 173,000 orang pada lima tahun lalu.

Sumber: BawalMedia

Rakyat perlu positif 300,000 Gay bukan semua amal seks songsang- Menteri Agama

Menteri Agama Dr Mujahid Yusof Rawa mengatakan daripada 300,000 golongan Gay berdaftar di negara ini tidak semua terlibat melakukan aktiviti songsang atau homoseksual.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata peningkatan mendadak yang direkodkan itu terdiri daripada pelbagai kategori termasuklah mereka yang hanya mempunyai perasaan keinginan melakukan perbuatan songsang itu.

“Kita tidak boleh kata lebih 300,000 itu semua terlonggok dalam perkara yang mereka telah lakukan

“Yang disebut  bilangan itu kita kena perincikan lagi, isu dia (jumlah itu) adakah mereka ada keinginan tetapi tidak semestinya mereka buat (hubungan sejenis), kita jangan ambil secara general dengan mengatakan (jumlah) itu buat salah.

“Daripada jumlah itu ada yang mempunyai keinginan  sahaja jadi kita tangani dari awal. Ada yang terlibat perbuatan songsang itu dan dia sedar ia tidak betul dan mereka balik semula,”katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan bagaimana Jakim merekodkan perasaan ‘keinginan’ gay itu sebagai kategori gay kerana ia hanya berdasarkan rujukan Jakim kepada Kementerian Kesihatan iaitu 310,000 orang.

Media sebelum ini melaporkan homoseksual di negara ini kini dianggarkan sebanyak 310,000 berbanding 173,000 pada lima tahun lalu, kata seorang pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Statistik Kementerian Kesihatan pada 2013 menunjukkan terdapat kira-kira 173,000 individu homoseksual di negara ini, kata Dr Mohd Izwan Mohd Yusof, timbalan pengarah pembangunan sosial dan masyarakat Jakim.

Mereka termasuk 2% daripada jumlah keseluruhan penduduk dan 70% hingga 80% daripada mereka adalah Melayu.

Mujahid mahu rakyat di negara ini memandang positif terhadap gay.

“Secara positif kita terangkan kepada awam, beri nasihat, kita suruh golongan Gay kawal nafsu keinginan  dan baiki diri. KIta lihat secara positif bukan negatif seperti setengah pihak,” katanya.

Mujahid sebelum ini kontroversi dengan isu serbuan kes khalwat sebagai kes peribadi jika dilakukan di tempat tertutup.

Sumber: SabahKini

Kenyataan Mujahid Mengundang Kekeliruan

KUALA TERENGGANU  – Kenyataan Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa yang seolah-olah menyokong golongan gay boleh mengundang kekeliruan di kalangan anak muda dan kanak-kanak bahawa amalan songsang mereka bukanlah satu kesalahan.

Ketua Muslimat PAS Dungun, Hajah Khairiah Mokti berkata, sebagai seorang menteri adalah tidak sewajarnya beliau mengeluarkan kenyataan seolah-olah mengiktiraf mereka.

“Sepatutnya kita(dia) tak patut bagi kenyataan macam tu sebab kita(dia) macam bagi ‘support’ atau ‘signal’ kepada gay ni sebagai tak salah”,
ujar beliau.

Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Terengganu itu berkata demikian ketika dihubungi di pejabatnya di sini pada 30 Oktober.

Khairiah diminta mengulas kenyataan Menteri  di Jabatan Perdana Menteri(Agama) itu, yang menyebut  “Tidak semua 300 000 gay yang direkodkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) terlibat dengan  hubungan songsang”.

“Maknanya ‘support’ , nyatakan apa yang kerajaan akan buat untuk menolong mereka kembali semula kepada fitrah kehidupan kita kepada lelaki yang normal (sepatutnya) dia buat kenyataan macam tu”, jelas beliau.

Beliau turut menyarankan supaya kerajaan  berusaha menyediakan satu modul atau satu program yang berterusan untuk mengembalikan mereka kepada kehidupan normal.

“Sekarang ni peranan ibu bapa mesti kuat lagi, macam mana ibu bapa kita buat dulu-dulu”,

“Dari kecik lagi kita asingkan, kerja-kerja lelaki dan kerja – kerja perempuan, supaya dia(anak – anak) tak confuse, aku ni lelaki ke perempuan”, sambung beliau.

Malah tambahnya , dalam Islam dari sudut feqah jelas, pengasingan antara anak lelaki dan anak perempuan.

“Tapi masalahnya,(kita) tidak mengambil pelajaran daripada Al-Qur’an, kita tidak mengamalkan apa yang Nabi arahkan kepada kita, menyebabkan kita, anak – anak kita sekarang ni, boleh jadi keliru LGBT siapa”, terangnya mengakhiri perbualan.

Sumber: BuletinOnline

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!