“Muka Macho, Badan Besar, Gagah Perkasa Tapi …” – Raja Azura Menyakat Azhan Rani Kuat Melatah

Please follow and like us:
0

Sepotong video yang dimuat naik oleh pelakon dan pengacara popular Raja Azura membuatkan ramai terhibur.

Bukan kerana keletahnya, sebaliknya aksi pelakon drama bersiri Nur, Azhan Rani yang dirakamkan ketika melatah mengundang rasa geli hati netizen.

Azhan ketika itu sedang memandu sebuah kenderaan bersama Raja Azura sebagai penumpang di sebelahnya.

Sambil memandu, Azhan berkali-kali menahan diri daripada terus melatah dek usikan bintang Gegar Vaganza 4 itu.

“#ceritadalamkain nah ini pelakon macho Malaysia hebat lakonan mantap. Kena berlakon dengan siri seram tersingkap sudah.

“Azhan Rani melatah adik akak ni ohhh meninggalkan kemachoannya di belakang.

“Tadi kau kata kau okey, badan besar gagah perkasa tapi latah.

“Akak pun tak faham kau ni dik, muka macho, lawan bukan main lagi berdentum-dentum tapi latah,” katanya.

Netizen yang terhibur dengan aksi melatah Azhan turut tidak menyangka pelakon itu rupa-rupanya mempunyai sisi lain yang melucukan.

Sumber: Gempak

Azhan Rani perlu berhenti bawa watak ustaz

PELAKON Azhan Rani berkata dia perlu berhenti mengambil tawaran berlakon watak sebagai ustaz buat sementara waktu.

Menurut Azhan, 42, dia bimbang sekiranya ada peminat mula menyampah melihat watak yang sama dalam setiap lakonannya.

“Mungkin selepas ini saya kena berhenti buat sementara waktu untuk membawa watak sebagai ustaz.

“Biarpun selepas ni ada lagi lakonan saya sebagai ustaz tapi saya kena kurangkan watak-watak sebegitu.

Watak Ustaz Hamadi lakonan Azhan mendapat perhatian penonton.

“Takut nanti orang menyampah tengok saya bawa watak yang sama dan nanti ada pula yang kata saya tak boleh bawa watak lain,” katanya kepada mStar Online.

Azhan ditemui ketika malam tayangan filem Kalla: Hidup Atau Mati di GCS Signature The Garden Mall, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Sebelum ini, lakonan Azhan sebagai Ustaz Hamadi dalam drama Nur mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengecam watak tersebut yang dianggap seperti penunggang agama.

Dia yang masih mengekalkan watak yang sama menerusi drama Nur 2 akan mula menjalani penggambaran pada Disember depan.

Azhan bersyukur Allah permudahkan perjalanan kariernya.

Malah, dia juga akan melakonkan watak sebagai ustaz menerusi drama bersiri 13 Khurafat yang masih dalam penggambaran.

Dalam pada itu, pelakon drama KL Gangster Underworld ini bersyukur apabila Allah mempermudahkan perjalanan kariernya.

“Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan karier seni saya. Segala tawaran berlakon ini bukan diatur oleh saya tapi Allah yang aturkan.

“Semuanya terjadi secara kebetulan dan ia adalah perancangan Allah,” ujarnya.

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!