Cantik, Business Minded, Love To Travel. Siapa Gadis Cun Di Hati Prince Mateen of Brunei Ini?

Please follow and like us:
0

Sebut saja pasal Prince Mateen, mesti gadis-gadis kat luar sana menjerit histeria kerana ramai yang tergila-gilakan putera kacak berasal dari negara Brunei ini.

But girls, jangan excited dulu! Admin sebenarnya mungkin ada berita buruk nak beritahu ni. Semalam kecoh di media sosial kemungkinan besar Prince Mateen pujaan korang ini sudah berpunya! Oh my goddd…

Prince Mateen tengah hangat bercinta? 

Menerusi perkongsian di Twitter, seorang netizen katanya sudah buat researchterperinci melalui media sosial Prince Mateen dan menjumpai beberapa buah gambar yang bagi hint rupanya putera raja ni tengah ‘berdating’.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Siapa ‘gadis misteri’ itu? 

Admin tahu korang semua mesti tengah terkejut gila dan tangan tengah gigil nak stalk siapakah gerangan gadis tu sekarang kan? Don’t worry! Admin dah buat research dan tahu sedikit sebanyak tentang gadis yang bernama Anisha Isa-Kalebic ni.

Menerusi akaun Instagram Anisha, gadis yang cantik jelita ni rupanya cucu kepada Pehin Isa, salah seorang menteri dan orang yang berpengaruh di Brunei. Tinggal di Bath, United Kingdom, Anisha yang jelita ni juga suka travel dan ada buka travel agency dengan sahabatnya, Emily bernama Authentinerary.

Emm patutlah Prince Mateen jatuh hati ye? Opss! 

Sumber: Instagram

Merupakan rakan keluarga Mateen dan sepupu jauh kerabat diraja Brunei

Meskipun tak dapat dipastikan sama ada betul-betul Mateen dan Anisha ni tengah bercinta, netizen di Twitter beritahu yang Anisha ni adalah sepupu jauh dan childhood atau family friend kepada Mateen.

Sumber: Twitter

Malah bagi korang yang selalu stalk Mateen, mesti korang kenal akan Danial Isa, rakan baik Mateen yang juga abang kepada Anisha ni. Gitew!

Sumber: Instagram

“Dia curang!” – Netizen

Macam yang korang agak, netizen terutama fangirls Prince Mateen mesti tengah sedih dan sembab muka kat atas katil sekarang. Berikut antara reaksi netizen daripada tweet tersebut.

Sumber: Twitter

Girls, berita ni tak confirm lagi dan tak dapat dipastikan sama ada betul atau tak Mateen ni bercinta dengan Anisha. So korang janganlah sedih sangat. Apa-apapun, selamat stalking!

Sumber: LobakMerah

Putera Mateen Tetap Menang di Hati Peminat Walaupun Tewas Dengan Pasukan ‘Abah’ KJ

Terdahulu telah berlangsungnya acara ekuestrian polo yang paling dinanti-nantikan apabila pasukan Malaysia telah mencipta kemenangan 12-4 ke atas pasukan Brunei.

Pertembungan di antara pasukan Malaysia yang turut diwakili oleh ‘abah’ tall, dark and handsomeKhairy Jamaluddin Abu Bakar dengan pasukan jejaka idaman ramai, Putera Abdul Mateen itu menjadi topik perbualan hangat di media sosial semalam.

Sumber: Karya Hati
Sumber: The Malay Mail

Meskipun pasukan kerabat Brunei kalah di tangan Malaysia, rata-rata netizen yang meminati jejaka tersebut mengakui Putera Mateen telah berjaya memenangi hati mereka. Amboi bukan main ye gadis-gadis zaman sekarang! 

Sumber: Astro Awani

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan golongan lelaki yang mempersoal minat kaum wanita yang secara tiba-tiba akan permainan tersebut hanya kerana penglibatan kedua-dua lelaki yang terkenal itu. Eleh, abang-abang ni semua jeles lah tu! 

Sumber: Twitter

Rasanya bukan saja-saja kaum wanita boleh terpesona dengan dua personaliti ekuestrian polo ini. Mereka berdua bukan sahaja kacak, malah dikatakan pandai melayan peminat dan penyokong pasukan merekaKan??

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Berikutan acara ini dilabel sebagai ‘wajib tengok’ pada Sukan SEA 2017 ini, orang ramai dilihat telah berpusu-pusu tiba di Pusat Ekuestrian Putrajaya seawal jam 2.30 petang bagi mendapatkan tempat duduk tanpa menghirau cuaca panas. 

Ratusan peminat juga dilihat berdiri di tepi padang untuk mengambil peluang melihat putera raja dari Brunei itu dari dekat.

Sumber: Astro AWANI

Turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut ialah Sultan Brunei Sultan Hasanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Malah bekas Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Tun Abdullah bersama keluarga dilihat turun memberi sokongan kepada Khairy Jamaluddin.

Sumber: Instagram

Malaysia bakal bertemu dengan pasukan Singapura pada 24 Ogos nanti di Kelab Polo Diraja Selangor. Go #TeamMalaysia! 

Sumber: LobakMerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!