Ustaz Nasihat, Kalau Nampak Makhluk Jangan Pandai-Pandai Baca Ayat Kursi!

Please follow and like us:
0

PETALING JAYA: Membaca ayat Kursi mempunyai banyak kelebihan, termasuklah menjauhkan seseorang daripada terkena gangguan syaitan dan jin.

Sering kita dengar seseorang itu akan membaca ayat Kursi apabila ternampak atau diganggu oleh makhluk halus.

Namun, lain pula ceritanya dengan ‘teori’ dan pendapat yang dikongsi seorang pengamal perubatan Islam, Muhamad Firdaus Tokimin, 32.

Sebuah video yang dimuat naik oleh pengasas Pusat Rawatan Islam Nur Rahman itu tular di Facebook sejak ia dimuat naik pada Jumaat lalu.

Setakat ini, video tersebut sudah ditonton lebih 636,000 kali dan mendapat 11,467 perkongsian di Facebook.

Muhamad Firdaus yang mempunyai pengalaman selama tujuh tahun dalam bidang rawatan Islam menasihatkan orang ramai supaya tidak membaca sebarang ayat, khususnya ayat Kursi jika mereka hanya ternampak makhluk itu kerana dikhuatiri gangguan yang lebih buruk akan berlaku, seterusnya memudaratkan diri.

Paparan skrin perkongsian yang dimuat naik oleh Muhamad Firdaus di Facebook pada Jumaat lalu.

“Kalau benda itu (makhluk halus) hantaran orang (sihir) bermakna dia ada tugasan.

“Kita baca ayat Kursi sebab kita takut, kalau dia panas, dia akan tuju (mendekati) kita… kita akan jatuh sakit.

“Kan dah banyak kali berlaku dalam masyarakat kita, balik rumah je, dia jatuh sakit,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu.

Sebaiknya bapa kepada dua cahaya mata itu menyarankan mereka yang berdepan dengan gangguan ketika memandu misalnya, supaya meneruskan perjalanan ke kawasan selamat dan berhenti menunaikan solat sebelum membaca ayat Kursi.

Tambah Muhamad Firdaus, dalam situasi tersebut, ayat Kursi tidak dibaca ketika makhluk itu dilihat berada di tepi jalan, namun sekiranya pemandu atau penumpangnya diserang, barulah ayat tersebut boleh dibaca untuk melindungi diri.

“Jangan pandai-pandai (baca) sebab ia akan menyebabkan makhluk itu panas, dia ibarat diganggu dan akan menyerang balik.

“Kalau dia tu jin sihir yang dihantar untuk menyerang orang lain, kebetulan anda lalu, kalau dia bawa santau, anda yang terkena santau.

Menurut Muhamad Firdaus, video penstriman langsung berkenaan dimuat naik bagi memberi kesedaran kepada orang ramai untuk memahami kaedah mengawal keadaan apabila berdepan situasi seperti itu.

Ketika video tersebut dirakamkan, Muhamad Firdaus berhenti sebentar di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah semasa dalam perjalanan untuk ke majlis pertunangan adiknya di Maran, Pahang.

Katanya, dia dan beberapa rakannya berpengalaman melihat penampakan jin yang menyerupai pontianak di lebuh raya bertentangan dengan R&R tersebut pada hujung tahun lalu.

“Jin tu tak kacau kami pun, kami ternampak ‘dia’ di situ ketika singgah makan pada pukul 2 pagi. “Mungkin secara kebetulan masa penampakan tu keluar, dilihat oleh kami.

“Ada kiraan tempoh tertentu yang manusia boleh nampak makhluk halus ni,” dakwanya.

Video dibawah :

Kongsikan,semoga bermanfaat.

Sumber : mstar via edisimedia

Insaf Lepas Dengar Ceramah Ustaz Di Youtube, Jurusolek Ini Nekad Henti Guna Bulu Mata Palsu Dan Sanggul Tinggi

Dalam dunia yang mengejar kebendaan ini menyebabkan kita alpa dengan apa yang berlaku di sekeliling. Apa yang kita mahukan adalah mahu mengejar keuntungan semata-mata tanpa mengira halal haram apa yang dilakukan. Namun seharusnya kita sebagai hamba-Nya bersyukur jika disedarkan oleh Yang Maha Esa dengan perbuatan yang dilakukan.

Seperti perkongsian seorang jurusolek ini yang mengambil keputusan untuk tidak lagi menawarkan khidmat memakaikan bulu mata palsu kepada pelanggan setelah tersedar sebaik mendengar satu ceramah seorang ustaz di saluran youtube. Ini kerana bimbang perbuatannya itu tidak mendapat keberkatan dari-Nya.

Menurut Nina Syazana, 25 tahun, dia bukan sahaja tidak akan menawarkan khidmat pemakaian bulu mata palsu, tetapi juga sanggul tinggi serta bermekap tebal kerana sedar ia sesuatu yang bertentangan dengan agama.

Dia yang sudah lima tahu menjadi jurusolek berpengalaman berlokasi di Jerantut ini turut merasakan kekosongan dalam hati selain kesedaran timbul setelah menyedari banyak bencana alam yang menimpa dunia sejak kebelakangan ini.

“Sebelum itu saya ada membaca mengenai bencana di Palu, Indonesia dan dalam ruangan komen ada seorang pengguna yang menyarankan lihat ceramah seorang ustaz di laman youtube mengenai akhir zaman.

“Ceramah itu agak panjang, saya tengok dan menangis. Saya terus solat sebab rasa macam banyak dosa sangat,” ujarnya lagi.

Bercakap kepada Mstar Online, Nina selama ini memang dia yang menyiapkan pengantin dari pemakaian bulu mata palsu, buat mekap tebal dan juga memakaikan sanggul untuk pengantin perempuan.

Bukan itu sahaja, dia turut menyiapkan pengantin lelaki seperti pakaikan samping dan juga tanjak. Malah dia yang kadang-kadang memaksa pelangannya untuk memakai sanggup palsu supaya kelihatan lebih cantik dan menarik.

“Tetapi lama kelamaan saya sedar perbuatan ini adalah salah. Namun itu tidak bermakna saya akan berhenti jadi jurumekap.

“Cuma saya akan cuba elakkan apa yang ditegah dalam agama. Dan mekap yang dihasilkan nanti pula lebih kepada gaya natural dan soft sahaja,” katanya yang turut mengakui selepas posting berkenaan dia telah kehilangan beberapa pelanggan.

Bukan itu sahaja, beberapa rakan jurusolek juga turut mendiamkan diri sejak dia muat turun posting berkenaan dan kemungkinan tidak bersetuju dengan kenyataannya. Walaupun sudah menerima beberapa tempahan mekap sehingga Ogos 2019, tetapi ada lima atau enam orang yang telah batalkannya.

“Mungkin mereka masih mahu memakai bulu mata palsu dan saya dalam proses kembalikan wang deposit mereka.

“Tetapi alhamdulillah, ajaibnya kuasa Allah kerana digantikan dengan pelanggan baharu. Ramai juga yang mesej cakap mereka suka dengan pendirian saya ini.

“Bukan itu sahaja, ada juga seorang penjual bulu mata yang mesej dan rupanya sudah lama dia mengalami perasaan yang sama dengan saya.

“Dan selepas baca posting terus nekad untuk berhenti sebab rasa duit tak berkat,” tambahnya yang turut terkilan bila ada antara kawan-kewan jurumekap yang rapat dengannya langsung tidak beri respon. Namun dia memahami kerana mereka mahu menjaga periuk nasi masing-masing.

Posting yang dimuat turun ini juga telah menarik perhatian ramai dan turut mendapat respon yang cukup bagus.

Lepas 5 tahun baru tersedar

Hati berbelah bagi.

Allah laknak orang pakai bulu mata/ rambut palsu

Start sanding, Zuhur tak solat sebab rugi takut rosak mekap.

Allah larang tapi kita buat tak nampak dan halalkan.

Bukan untuk tunjuk baik.

Hormati cara dan pendirian.

Rezeki Allah itu luas.

Slow-slow akan padam gambar tidak sepatutnya nanti.

Harap gunakan ilmu yang dikongsi di jalan diredai Allah.

Rata-rata tersentuh dengan perkongsiannya dan turut mengingatkan bahawa rezeki Allah itu hadir dalam pelbagai bentuk dan cara.

Komen :

Ainn Ahmad alhamdulilah tahniah dear. perubahan ke arah kebaikan. semoga Allah melimpahkan lagi rezeki sis

Nissa Diyanah InshaaAllah..bumi Allah luas..pasti ada rezki awak..sy doakan awak..kerana niat awak kerana Allah s.w.t pasti akan ade seribu kebaikan dan berkah dlm nya..

Khaleda Syazwani Khaidzir Actually benda macam ni lah yg pengantin harapkan. InsyaAllah ada rezeki. Rezeki Allah itu luas. Goodluck kakngah

Ara Armand Alhamdulillah Allah beri hidayah pd kita semua sblum terlambat… Tahniah Nina Syazana atas kesedaran ni.. kita manusia x sempurna.. syukur masih beroleh kesempatan utk bertaubat.. moga terus istiqamah.. aamiin..

Sumber : Hijabista Magazine via edisimedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!