“Kesian Aurat Isteri Nampak” – Kongsi Video Isteri Selepas Bersalin, Tauke Jambu Dikecam Netizen

Please follow and like us:
0

Gara-gara sebuah video, pelawak Tauke Jambu menerima kritikan daripada netizen.

Tauke berkongsi dan memuat naik video wajah bayi yang dipeluk isterinya, Nadia Mohd Affandi sejurus selepas proses bersalin.

Rata-rata pengikut Tauke di Instagram mengkritik serta mendakwa dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian.

“@theroziehantalib: Maaf abg @taukejambu, mohon delete video ini sebab ternampak bahagian dada isteri. Maaf atas komen ini.”

“@belly_detoxhq: Sorry tegur nampak breast wife awak. Aurat dia tu.”

“@zilzafiya: Baby, baby juga. Tahniah for that. Tapi jangan la sampai tayang breast isteri.”

“@mdm_fitra: Tahniah toq, maaf tapi mohon delete video ni. Kesian aurat isteri nampak. Dia baru lepas bertarung nyawa melahirkan anak, diri dia baru suci dari dosa seperti lahirnya bayi.”

“@berrycry91: Tahniah..tapi video ni bagus dipadam..Nampak dada isteri awak.”

Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu.

Terdahulu, Tauke memiliki enam orang anak yang berusia antara lapan hingga 16 tahun hasil perkahwinan sebelum ini.

Sumber: Gempak

Isteri Selamat Bersalin, Tauke Kongsi Wajah Puteri Sulung


Pelawak terkenal, Tauke selamat menimang cahaya mata pertama selepas isterinya, Nadia Mohd Affandi bersalin hari ini.

Bayi comel itu dilahirkan di Hospital Serdang tepat jam 8.28 malam tadi.

Tauke berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagram peribadinya dengan memuat naik video pendek wajah puteri sulung kesayangannya kira-kira sejam lalu.

“Alhamdullilah syukur kehadrat Allah SWT.. isteri @nadiayaya6 selamat melahirkan anak perempuan… hospital serdang tepat 8.28 malam… Terima kasih kepada yang mendoakan… #syukur,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan agar ibu serta bayi yang dilahirkan akan diberi kesihatan yang baik.

Terdahulu, Tauke atau Zamratul Amri Zakaria memiliki enam anak berusia antara lapan hingga 16 tahun hasil perkahwinan sebelum ini.

Foto: Instagram @taukejambu

Sumber: Gempak

“Saya Akan Berkahwin Lagi Pada 31 Disember, Mohon Semua Hadir” – Tauke

Peserta Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018), Tauke mengakui akan berkahwin lagi pada 31 Disember dan menjemput semua peminatnya untuk hadir pada majlis tersebut.

Menerusi entri di Instagram (IG), Tauke berkongsi sebuah video bersama isterinya ketika berada dalam sebuah kereta.

“Assalamualaikum, di sini saya ingin maklumkan pada semua sahabat-sahabat bahawa saya akan berkahwin lagi pada 31 Disember.

“Jadi kepada sesiapa yang mengenali dijemput hadir.

“Cuma tahun dengan calonnya masih tiada lagi jadi semua tunggu la,” katanya secara berseloroh kepada isterinya.

Rata-rata mengakui terhibur dengan gurauan yang dilakukan oleh Tauke terhadap isterinya ketika berada dalam kereta.

Menerusi entri tersebut juga Tauke berharap agar orang ramai dapat mendoakan isterinya dipermudahkan untuk melahirkan anak mereka.

“Salam geng, bergurau dengan bini ni seronok. Cuma jangan terlebih sudah. Makan pelempang tangan kidal bini.

“Apapun mintak sahabat-sahabat doakan bini wa selamat bersalin ya. Dia dah kat hospital toq. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan,” tulisnya.

MLM 2018 akan bersiaran bermula 2 November ini pada pukul 10 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan ‘On demand’.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!