Haiwan-Haiwan di Taman Hidupan Liar Lok Kawi di Sabah Dibiarkan Dalam Keadaan Yang Sangat Teruk! OMG, What Happen?

Please follow and like us:
0

Gajah-gajah tidak dapat bergerak dengan bebas. Kaki ditambat dengan rantai besi, yang membuatkan mereka tidak bebas untuk bergerak. Satu-satunya perkara yang boleh mereka lakukan ialah mengayunkan kepala dan belalai mereka.

Gajah-gajah ini adalah penghuni Taman Hidupan Liar Lok Kawi, sebuah zoo di Sabah. Lapan bulan yang lalu, gajah-gajah ini ditempatkan di sebuah kandang besar di mana mereka boleh berkeliaran dengan bebas, berdiri di atas rumput dan bermain air di kolam.

Tetapi apabila kandang tersebut ditutup, gajah-gajah ini dipindahkan ke kawasan konkrit di belakang zoo, di mana mereka menghabiskan sehingga 24 jam sehari dengan kaki yang dirantai, menurut Upreshpal Singh, pengarah  Friends of the Orangutans, kumpulan kebajikan haiwan setempat.

Kredit: Friends of the Orangutans

“Mereka ditambat dengan rantai besi dan dipaksa untuk berdiri berjam-jam di atas konkrit,” kata Singh kepada The Dodo. “Gajah tidak boleh berdiri lama di atas simen. Mereka hanya sesuai berdiri di atas tanah yang merupakan substrat yang lembut, atau pasir.”

Kawasan konkrit tidak selalu dibersihkan, yang bermaksud bahawa gajah terpaksa berdiri di atas air kencing dan najis mereka sendiri, yang dapat menyebabkan masalah kaki, jelas Upreshpal Singh.

Kredit: Friends of the Orangutans

Tetapi isu utama adalah tindakan merantai kaki mereka, yang menghalang gajah-gajah ini daripada mengekspresikan tingkah laku semula jadi seperti berbaring, bermain, bersosial dan mandi. Gajah-gajah yang dirantai cenderung untuk mengalami tekanan, yang juga dikenali sebagai tingkah laku stereotipikal.

Kredit: Friends of the Orangutans

Sungguh mengejutkan, satu papan tanda yang diletakkan pada kandang gajah yang ditutup itu mengatakan bahawa pembinaan itu akan selesai pada bulan Julai 2018, tetapi kerja itu tidak kelihatan hampir selesai, Upreshpal Singh menjelaskan – dan ini mungkin berkaitan dengan kewangan zoo.

“Zoo itu kehilangan wang – kira-kira berjuta setiap tahun,” kata Upreshpal Singh.

Tetapi bukan sekadar gajah yang membimbangkan Upreshpal Singh – dia juga bimbang bahawa zoo itu, yang sepatutnya dibangunkan sebagai pusat penyelamatan dan pemulihan haiwan, tidak menyediakan penjagaan perubatan yang mencukupi bagi haiwannya.

Kredit: Friends of the Orangutans

Pada bulan Mei lalu, seekor gajah Borneo spesies terancam bernama Yapid, yang telah diselamatkan pada 13 tahun sebelum itu, mati di Taman Hidupan Liar Lok Kawi. Dan lebih kurang sebulan kemudian, seekor lagi gajah Borneo betina berusia 3 tahun bernama Gendu yang dilahirkan di penangkaran, juga mati.

Pihak zoo tersebut tidak pernah mengeluarkan sebarang laporan mengenai punca kematian gajah-gajah tersebut, oleh itu punca kematian masih misteri. Sekiranya gajah lain terus dirantai dalam keadaan yang tidak bersih, Upreshpal Singh bimbang bahawa lebih banyak gajah yang akan mati.

Kredit: Friends of the Orangutans

“Jika anda berdiri atau tidur di atas simen konkrit, hari demi hari, anda akan menghadapi masalah,” kata Upreshpal. “Dan gajah merupakan haiwan yang bersaiz besar dan sangat berat. Dengan membiarkan mereka berdiri atau berbaring di atas konkrit adalah sesuatu yang sangat buruk untuk kesihatan mereka.”

Kredit: Friends of the Orangutans

Haiwan lain di Taman Hidupan Liar Lok Kawi, termasuk beruang matahari, harimau dan orang utan, juga diletakkan di dalam kandang kecil dengan kurang pengawasan. Pada waktu malam, mereka perlu masuk ke dalam kandang yang lebih kecil, menurut Dave Neale, pengarah kebajikan haiwan  Animals Asia Foundation.

Kredit: Friends of the Orangutans

“Beruang dan harimau ditempatkan di dalam kurungan yang terlalu sempit untuk memenuhi keperluan fisiologi atau tingkah laku mereka yang paling asas,” kata Neale kepada The Dodo.

Kredit: Friends of the Orangutans

“Mereka ditempatkan di dalam kurungan konkrit, dan ini berpotensi untuk menyebabkan banyak masalah kesihatan: Lantai simen konkrit kotor dengan air kencing, najis dan sisa makanan; Berdiri dan berbaring di atas lantai keras boleh menyebabkan tekanan, arthritis dan kesakitan sendi. Kurungan tersebut sangat panas pada musim panas dan kondusif untuk pembiakan bakteria.”

Neale juga amat prihatin dengan keadaan gajah di zoo tersebut.

Kredit: Friends of the Orangutans

“Gajah adalah haiwan yang sangat sosial,” kata Neale. “Tindakan merantai mereka telah menghalang mereka berinteraksi dan bersosial, dan akan menyebabkan tekanan, yang boleh menyebabkan manifestasi kelakuan tingkah laku yang tidak normal.

Mereka kehilangan pilihan: pilihan tingkah laku, pertemuan sosial, aktiviti, penglibatan kognitif, mencari makan, makanan, waktu dan tempat berehat. Kehidupan sebenar hidupan liar digantikan oleh aktiviti yang dikehendaki manusia.”

Tidak ada kemudahan alternatif untuk gajah dan haiwan lain untuk berpindah, kata Upreshpal. Tidak ada mana-mana tempat perlindungan haiwan yang berhampiran. Oleh itu, Upreshpal percaya penyelesaian terbaik adalah dengan mewujudkan keadaan hidup yang lebih baik untuk semua haiwan di Taman Hidupan Liar Lok Kawi.

Kredit: Friends of the Orangutans

“Mereka perlu menjenamakan semula tempat ini, dan menjadikannya tempat perlindungan,” kata Upreshpal. “Mereka perlu melakukan pengawasan untuk haiwan setiap hari, dan zoo itu harus menyediakan kawasan di mana gajah-gajah boleh berjalan dan berkeliaran dengan bebas.”

Kredit: Lens of Compassion/Facebook

Sumber: The DodoLens of Compassion/Facebook

Kredit: EraBaru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!