“Terima Kasih Kerana Menyokong Cerita ‘LGBT’ Ini” – Fikry Ibrahim

Please follow and like us:
0

Pelakon dan bekas peserta pertandingan Lawak Solo 2016, Fikry Ibrahim mengakui tidak menyangka drama adaptasi novel Cik Reen Encik Ngok Ngek lakonannya mendapat sambutan daripada orang ramai.

Menurut Fikry, sambutan yang diberikan oleh penonton amat luar biasa sehingga ramai yang mengelarkannya sebagai Encik Ngok Ngek ketika berada di luar.

“Alhamdulillah, pada mulanya saya rasa drama ini susah nak diterima oleh orang ramai kerana sebelum ini slot Mega Drama ceritanya lebih pada kisah romantik.

“Tapi selepas empat episod pertama ditayangkan orang boleh terima dan menghayati drama romantik komedi ini.

“Terima kasih kerana semua yang menyokong cerita ‘LGBT’ ini iaitu Lelaki Gelap Bini Terang,” katanya secara berseloroh kepada HLive.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Selain Fikry, drama bersiri ini turut dibintangi oleh Farah Nabilah., Scha Elinnea, Farhan Asri, Dini Schatzmann, Iswan Ismail, Haneesya Hanee, Raja Azmi dan ramai lagi.

Diarahkan oleh Hadith Omar, jangan lupa saksikan Cik Reen Encik Ngok Ngek setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Sumber: Gempak

Fikry Ibrahim Pernah Jadi Maskot Sebelum Bergelar Artis!

Fikry Ibrahim Pernah Jadi Maskot Sebelum Bergelar Artis!

Pelakon dan bekas peserta pertandingan Lawak Solo 2016, Fikry Ibrahim mendedahkan dirinya pernah bekerja sebagai maskot sambilan sebelum bergelar seorang artis.

Fikry menjawab soalan netizen yang bertanya tentang pekerjaannya sebelum muncul di industri hiburan menerusi ruangan Ask Me Question di Instagram.

“Siapa Fikry sebelum popular?” tanya netizen.

“Seorang pelajar, maskot sambilan dan suka cuba pelbagai bidang perniagaan.

“Ada yang berpesan kepada saya, kalau dapat tawaran sesuatu kerja atau perniagaan, cakap saja tahu nak buat, kemudian baru kita boleh belajar,” tulisnya.

Pada masa yang sama, Fikry masih belajar di Universiti Tekonologi Mara (UiTM), Shah Alam namun perkara ini masih tidak diketahui ramai.

Sumber: Gempak

“Fall in Love with Cik Reen & Encik Ngok Ngek” – Peminat Suka Tonton Gandingan Fikry Ibrahim & Farah Nabilah

Gandingan antara pelawak Fikry Ibrahim bersama aktres Farah Nabilah sebagai hero dan heroin mula menambat hati peminat.

Menerusi drama bersiri Cik Reen & Encik Ngok Ngek yang sedang ditayangkan di slot Megadrama, ia karya merupakan adaptasi novel bertajuk The Misadventure of Cik Reen & Encik Ngok Ngek tulisan Maya Adira.

Menerusi pemerhatian di laman Twitter, ramai peminat yang gemarkan keserasian yang terjalin antara Fikry dan Farah.

Selain Fikry dan Farah, drama bersiri ini turut dibintangi oleh Scha Elinnea, Farhan Asri, Dini Schatzmann, Iswan Ismail, Haneesya Hanee, Raja Azmi dan ramai lagi.

Diarahkan oleh Hadith Omar, jangan lupa saksikan Cik Reen Encik Ngok Ngek setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Untuk berinteraksi mengenai drama ini di laman sosial, gunakan hashtag #CikReenEncikNgokNgek.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!