Terima Darjah Kebesaran Pahang, Penyanyi Rossa Kini Bergelar Datuk Seri, ND Lala Bergelar Datuk!

Please follow and like us:
0

Tahniah diucapkan kepada Rossa yang kini bergelar ‘Datuk Seri’ selepas dikurniakan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) dalam Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang hari ini.

Penyanyi yang berasal dari Sumedang, Indonesia itu sebelum ini pernah menerima gelaran Datuk daripada Sultan Ahmad Shah lima tahun lepas. Tambahnya lagi, beliau bersyukur dengan kurniaan yang diberikan diatas pencapaian dalam bidang seni.

“Saya amat bersyukur kerana tahun ini memberi banyak kebahagiaan kepada saya. Selepas mendapat Anugerah Khas Planet Muzik (APM2018) yang berlangsung di Singapura Sept lalu, saya dapat pula anugerah Datuk Seri ini”

“Ini hadiah ulang tahun kelahiran saya pada 9 Oktober lalu dan sesungguhnya tahun ini membawa tuah kepada saya atas pencapaian terutamanya dalam bidang seni,” jelasnya kepada mStar Online.

Selain Rossa, Amir Hamzah Salleh atau lebih dikenali sebagai ND Lala turut menerima gelaran ‘Datuk’ dalam istiadat berkenaan setelah berkecimpung selama 36 tahun dalam dunia seni.

Sumber: Mstar / RK

Penyanyi terkenal dari Indonesia, semalam telah menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP)sewaktu berlangsungnya Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, semalam.

Ini sekaligus memberi gelaran Datuk Seri kepada penyanyi it atau nama sebenarnya, Rosa Roslaina Handiyani.


Rossa yang berusia 40 tahun mengatakan ia antara anugerah terindah pernah diterimanya kepada Harian Metro:

Mungkin 2018 adalah tahun bertuah saya, bulan lalu saya menerima Anugerah Khas dalam Anugerah Planet Muzik (APM2018) dan pingat ini adalah hadiah hari lahir terbaik serta satu penghargaan yang tidak terhingga sepanjang 21 tahun berkecimpung dalam industri seni.

Penganugerahan ini juga memberi saya tanggungjawab yang lebih besar dalam memartabatkan lagi arena muzik serantau kerana industri muzik Malaysia dan Indonesia saling mendukung antara satu sama lain.

Berikut ialah gambar-gambar lain Rossa di majlis itu. Lagi lima gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Tahniah diucapkan.

Sumber – beautifulnara.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!