Perghh! Ramai Teman Selebriti Puji Kejelitaan Uqasha Senrose

Please follow and like us:
0

Memang tidak boleh dinafikan Uqasha Senrose sememangnya jelita. Cantik bila bertemu di depan mata, fotogenik bila bergambar. Maka tidak hairanlah kalau teman-teman selebriti sendiri memuji kecantikan Uqasha Senrose.

“Cantiknya awak ni…” ungkap Zulin Aziz.

“Cantik gila sha,” tulis Mira Filza.

“Wowww dik…” kagum Umie Aida.

“Lawa dik,” puji Riz Amin.

Malah ramai netizen memuji kecantikan Uqasha seolah-olah seperti anak patung. Jadi kami belanja sikit gambar-gambar Uqasha untuk tatapan anda. Mana tahu, ianya boleh membuatkan hari anda menjadi lebih indah.

Perghh! Ramai Teman Selebriti Puji Kejelitaan Uqasha Senrose

Apa kata kalau hari ini kita jadikan hari kita tidak komen dengan kata-kata yang tidak manis kerana jelitanya Uqasha Senrose adalah ciptaan Yang Maha Esa.  Takkan kita nak mengutuk, mahupun memerli ciptaan-Nya, kan?

Kredit Gambar:  Instagram @uqashasenrose2

Sumber: Gempak

“Kalau Nak Berubah Itu Antara Saya Dengan Tuhan” – Uqasha Senrose

Pelakon Uqasha Senrose mengakui bukan mudah untuk melakukan perubahan terutamanya daripada segi penampilannya.

Menurut Uqasha, pengalaman lalu mengajarnya untuk menjadi diri sendiri dan akui bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak.

“Saya buat tak tahu sahaja apa yang mereka nak cakap dan kecam kerana saya tahu saya masih lagi dalam landasan.

“Kalau nak berubah itu antara saya dengan tuhan kerana bagi saya nak berubah itu bukannya sesuatu yang mudah.

“Saya pernah berubah suatu ketika dulu dan bukan mudah untuk terus istiqomah, nak buat benda itu biarlah berpanjangan.

“Kalau kita buat benda baik ke buruk ke orang tetap nampak dan katakan jadi bagi saya lebih baik biarkan saja,” katanya kepada HLive.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Sumber: Gempak

Apa Status Terbaru Hubungan Ben Amir & Uqasha Senrose? Bercinta Ke Tak?

Apa Status Terbaru Hubungan Ben Amir & Uqasha Senrose? Bercinta Ke Tak?

Pelakon Ben Amir mengakui dirinya masih berkawan dengan aktres Uqasha Senrose.

Pernah didakwa menjalin hubungan cinta kerana kerap memuat naik foto bersama satu ketika dahulu, Ben menafikan perkara terbabit.

“Ya, kami memang mengenali tapi hanya sekadar teman sahaja. Kami pernah melalui proses mengenali hati budi.. Selepas itu, kami rasakan lebih sesuai jika kami hanya bersahabat sahaja.

“Ketika isu ini timbul dulu pun, saya dan Uqasha tak pernah cakap yang kami bercinta, hanya sekadar rapat dan mengenali hati budi masing-masing sahaja,” kata Ben.

Tambah jejaka tinggi lampai ini, dia masih berkawan dengan Uqasha dan tidak mempunyai sebarang masalah dengan gadis itu.

“Uqasha seorang rakan yang baik dan saya masih berkawan dengannya. Tiada istilah bergaduh atau bermasam muka kerana kami memang berkawan,” katanya lagi.

Ben ditemui di set penggambaran webseries Dua di Seksyen 7, Shah Alam pada Isnin.

Menerusi drama bersiri arahan Michael Ang ini, Ben memegang watak sebagai Daniel.

Selain Ben, webseries ini turut menampilkan Sweet Qismina, Sarifah Sakinah dan Scha Alyahya.

Drama bersiri Dua ini bakal ditayangkan di Gempak pada awal November ini.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!