“Kena Dera Tapi Best!” – Marsha Buat Apa Ni?

Please follow and like us:
0

Penyanyi, pelakon dan pengacara Marsha berkongsi beberapa foto ketika menjalani latihan yoga baru-baru ini.

Gambar-gambar tersebut dimuat naik menerusi beberapa entri di Instagram milikya.

Menurut Marsha, dia sedang aktif mengamalkan yoga walaupun ada beberapa pergerakan yang sukar untuk dilakukan.

“Hari ni kami kena dera, tapi best!” tulisnya ringkas sebagai kapsyen.

Sementara di ruangan komen, rata-rata pengikut Marsha telah memuji kebolehannya melakukan yoga.

Tidak ketinggalan, ada juga beberapa rakan artis yang turut meninggalkan komen mengagumi kebolehan Marsha, antaranya adalah Amylea Azizan, Sharifah Sakinah dan Lufya Omar.

Sumber: Gempak

Sibuk Dengan Kerjaya, Marsha Jumpa Suami Pada Waktu Malam

Pelakon dan penyanyi Marsha menjelaskan kehidupan serta kerjaya yang sibuk menyebabkan dia berjumpa suaminya hanya pada waktu malam sahaja.

Menurut Marsha atau nama sebenarnya Marsha Milan Londoh, 32, jadualnya dan suami agak padat, menyebabkan mereka sukar untuk menghabiskan masa pada waktu siang.

“Kehidupan dan kerjaya saya amat padat buat masa ini dan cuma dapat berjumpa dengan suami pada malam sahaja.

“Sebenarnya saya dengan suami sering berjahuan kerana kami sibuk dengan corak hidup kerjaya masing-masing.

“Suami amat memahami kerjaya saya sebagai seorang selebriti jadi dia faham dengan situasi serta kerja yang saya lakukan diluar sana.

“Namun kami masih tetap mencari jalan bagaimana untuk membahagikan masa sebagai pasangan suami dan isteri,” katanya kepada Astro Gempak.

Marsha berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas pementasan Dia Semanis Honey, di Istana Budaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah Marsha, dia akan mendapatkan restu suaminya dahulu sebelum menerima sebarang tawaran dan mereka akan berbincang terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

“Saya juga bersyukur kerana dia sangat memahami kerjaya saya dan setiap peluang tawaran yang dapat saya akan dapatkan restu daripada suami terlebih dahulu sebelum membuat keputusan,” katanya.

Pementasan Dia Semanis Honey yang diarahkan oleh pelakon Dira Abu Zahar dan Syed Zalihafe Syed Alwee ini akan dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya selama tujuh hari bermula 3 hingga 9 Januari ini.

Selain Alif Satar, pelakon lain yang terlibat ialah Siti Nordiana, Nadya Syahera, Datin Nina Juren, Dafi Ismail Sabri, Ungku Hariz serta Marsha Milan Londoh.

Tiket-tiket boleh didapati dengan harga antara RM 40 hingga RM180 di laman web www.airasiaredtic.com.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!