“Hampir Give Up! Rasa Nak Pulangkan Duit Sheila Rusly…” – Ayda Jebat

Please follow and like us:
0

Pelakon dan penyanyi popular Ayda Jebat mengimbas kembali pengalamannya menjayakan karakter gadis pekak dan bisu menerusi telefilem Aku Nazmi.

Aku Nazmi merupakan karya terbitan syarikat JS Pictures milik pasangan selebriti, Sheila Rusly dan Azman Yahya.

“Saya menjayakan watak Ilya, seorang gadis yang tidak boleh mendengar dan bercakap. Watak ibu yang dijayakan oleh Sis (Sheila Rusly) juga sama, tidak boleh mendengar dan bercakap.

“Pada awalnya, ketika menghadiri kelas bahasa isyarat, saya hampir putus asa untuk menjayakan watak ini. Bayangkan, betapa sukarnya untuk mereka berkomunikasi tanpa bersuara atau mendengar.

Image result for sheila rusly ayda jebat

“Ada kalanya saya rasa seperti mahu memulangkan semula duit bayaran lakonan yang telah Sis berikan kerana cabaran yang dilalui betul-betul sukar. Namun begitu, saya tabahkan hati dan menggalas tanggungjawab yang diberikan,” katanya.

Ayda ditemui di sidang media Anugerah Skrin 2018 di The International Gallery at Alya, Bukit Kiara semalam.

Tambah pelantun lagu Nakal Nakal Nakal ini, dia gembira selepas membaca respon orang ramai yang memuji karya Aku Nazmi.

“Alhamdulillah, hasilnya positif. Ramai yang memberikan maklum balas, mereka menggemari karya yang saya kami lakonkan dan ada yang berterima kasih kerana kami mengangkat tema sebegini untuk diceritakan kepada umum,” katanya lagi.

Image result for sheila rusly ayda jebat

Aku Nazmi tersenarai sebagai calon bagi kategori Drama Terbaik untuk Anugerah Skrin 2018.

Anugerah Skrin 2018 bakal berlangsung di  Pusat Dagangan Dunia Putra, 2 November ini pada jam 9.00 malam dan disiarkan di TV3.

Sumber: Gempak

“Asal Suara Dia Makin Sedap?” – Netizen Terkejut Lihat Ayda Jebat ‘Tarik’ Lagu Balada

Nama penyanyi dan pelakon Ayda Jebat kembali panas selepas video duetnya bersama salah seorang peserta program realiti tular di laman sosial.

Dikenali dengan lagu pop rancak, sesetengah netizen sering mempertikaikan kebolehan vokal penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 9 itu.

Terbaru, menerusi salah sebuah entri yang viral di laman Twitter, netizen yang menggunakan nama @theazribazfar berkongsi sedutan video Ayda berduet dengan peserta yang digelar Abang Ais Krim.

Menerusi video tersebut, mereka menyanyikan lagu Pinjamkan Hatiku, nyanyian asal Ayda bersama vokalis kumpulan 6ixth Sense, Adi Priyo.

Menerima pelbagai respon, tweet milik @theazribazfar itu telah diulang kicau sebanyak hampir 16,000 serta disukai oleh hampir 12,000 pengguna.

Disamping itu, peserta yang digelar Abang Ais Krim itu juga mendapat pujian netizen kerana kelunakan suaranya.

Lagu terbabit merupakan lagu runut bunyi filem lakonan Ayda bersama Shaheizy Sam dan Datuk Farid Kamil yang turut berjudul Pinjamkan Hatiku yang ditayangkan pada hujung tahun lalu.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Ayda, Twitter

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!