Tak Boleh Merokok Di Semua Premis Makanan, Warung Mulai 1 Januari 2019

Please follow and like us:
1

Arahan larangan merokok akan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), di semua restoran dan premis makanan di negara ini berkuatkuasa 1 Januari 2019. Cadangan tentang larangan tersebut sudah diluluskan di peringkat Parlimen dan akan berkuatkuasa mulai tahun depan.

Larangan membabitkan semua restoran

Menerusi laporan Berita Harian, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, larangan tersebut sudah lama diwujudkan di bangunan-bangunan kerajaan dan restoran-restoran tertentu sahaja. Namun kali ini ianya melibatkan semua restoran termasuk warung-warung ditepi jalan.

Kita sedar arahan ini sudah lama wujud namun hanya membabitkan restoran-restoran tertentu sahaja.

Tetapi kali ini, semua restoran tidak kira sama ada restoran bertutup, berhawa dingin, atau restoran dan warung berkonsep terbuka (open air) perlu mematuhi arahan ini bermula tahun depan.

Akan timbul pelbagai reaksi

Menurut beliau lagi, pihak mereka tidak akan berkompromi apabila ia membabitkan aspek kesihatan orang ramai walaupun menyedari akan ada perokok dan juga pemilik restoran memberikan pelbagai reaksi malahan bantahan mengenai arahan tersebut.

Masyarakat bukan perokok berhak menikmati makanan mereka tanpa gangguan pencemaran asap rokok yang boleh menjejaskan keselesaan dan kesihatan mereka.

Peniaga juga tidak perlu risau akan risiko kekurangan pelanggan kerana kita yakin pelanggan akan lebih ramai kerana berasa selesa tanpa gangguan asap rokok.

Dapat elak penyakit berpunca dari rokok

Tambahnya lagi, larangan tersebut merupakan satu langkah KKM untuk memastikan rakyat Malaysia terhindar dari penyakit yang berpunca daripada asap rokok.

Image result for larangan merokok di kedai makan

Situasi ini sekali gus diharap dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan dalam aspek kos rawatan pesakit yang berpunca daripada asap rokok.

Sumber: Berita Harian

Kredit: OhBulan

‘Larangan merokok di restoran, memang sudah tiba masanya’

'Larangan merokok di restoran, memang sudah tiba masanya'

KUALA LUMPUR: Cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengisytiharkan semua restoran terbuka sebagai kawasan larangan merokok dilihat sebagai tepat pada masanya.

Perunding Keselamatan dan Kesihatan Awam, Mohd Sofian Osman menyifatkan ia selaras dengan rungutan sesetengah pengguna yang kurang selesa termasuk ketika berada bersama anak kecil di kedai makan.

“Ia pernah dicadangkan sejak 2015 lagi ketika kaji selidik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menunjukkan terdapat 5 juta rakyat Malaysia merupakan perokok dalam kalangan umur 15 tahun ke atas.

“Malah, data menunjukkan 35 peratus kematian di hospital-hospital awam adalah penyakit yang berkaitan dengan asap rokok seperti jangkitan paru-paru, kanser, jantung dan lain-lain.

“Cadangan ini tepat pada masanya selepas ramai yang menganggap hak mereka untuk menikmati udara bersih dicemari oleh perokok,” katanya ketika ditemubual dalam rancangan Bualan di Astro Awani pada Jumaat.

Jelasnya, KKM boleh bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi menjalankan penguatkuasaan yang lebih drastik memandangkan kuasa penuh telah diberi melalui Peraturan-Peraturan Kawalan hasil Tembakau 2004 di bawah Akta Makanan 1983 (Akta 324).

Di media sosial, ramai mahu kerajaan serius dalam memastikan penguatkuasaan dijalankan dengan teliti agar perokok dikenakan tindakan sewajarnya sekiranya melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Sebelum ini cadangan dikemukakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye yang mahu semua restoran terbuka diisytihar sebagai kawasan larangan merokok bermula Disember ini.

Sumber: AstroAwani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!