“Korang duk KL tak bosan ke masuk mall tengok kedai sama je berulang-ulang??”

Please follow and like us:
0

Cukup-cukuplah tu, orang yang kat Kuala Lumpur pun kata dah jemu dengan lambakan pusat-pusat komersial ni. Selang beberapa kilometer je dah ada shopping mall.

Suria KLCC, Pavilion, Plaza Sungei Wang, Berjaya Times Square dan macam-macam lagi.

Berdasarkan laporan dikeluarkan The Star, kawasan seluas 6.58 juta kaki persegi tersedia untuk sewaan kepada lebih 10 pusat membeli-belah di Lembah Klang.

Wow, banyak tu! Tapi orang ramai nampak gayanya tak bersetuju sebab lambakan mall ni kebanyakannya tawarkan kedai-kedai yang sama je pun.

Dan boleh dikatakan hampir setiap pelosok Lembah Klang ni dah ada pusat membeli-belah, kan? Apa salahnya buka di kawasan-kawasan selain Kuala Lumpur dan Selangor? Kitakan ada 14 negeri seluruh negara.

Beri kami taman, taman tema, perpustakaan..

Asyik bina pusat membeli-belah je, tapi macam mana pula dengan kawasan untuk orang yang tak nak shopping tu? Bukan semua orang suka pergi shopping.

Orang ramai sebenarnya nakkan kembali kawasan-kawasan untuk membuat aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan seperti taman, perpustakaan, taman tema mahupun pusat indoor games. Barulah pelbagai sikit tarikan yang ada kat ibu negara kita ni.

Tapi itulah, kalau tak ada permintaan takkan boleh ada banyak lagi pusat membeli-belah dibina kan? Aktiviti berbelanja dan jual beli pengguna pun sentiasa rancak kalau kita lihat di mall hampir setiap hari.

Korang duduk KL tak jemu masuk mall tengok kedai sama ulang-ulang?

Sumber : lobakmerah
Kredit: LawakSiyot

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!