“Ingatkan Bahan Pameran Muzium Negara, Rupanya Baldi Ni Untuk Tadah Siling Bocor!”

Please follow and like us:
0

Muzium terutamanya Muzium Negara adalah pendokong terhadap pemuliharaan dan pengekalan warisan koleksi khazanah negara. Bangunan itu sendiri dah mewakili identiti nasional dan jugak merupakan antara tarikan pelancong di Malaysia.

Malangnya, kini keadaan Muzium Negara sedikit memeranjatkan orang ramai. Menerusi perkongsian di Twitter, Aan Azwan menunjukkan apa yang dia temui semasa berkunjung ke situ. Katanya,

Ada baldi nak tadah air hujan

Melalui gambar yang dikongsikan, terdapat tiga buah baldi yang diletakkan di lantai muzium bagi menadah air hujan sebab terdapat kebocoran. Alahai…

Mungkin takde peruntukan yang cukup

Sedih dan kesal melihat keadaan ni, ramai pelik Muzium Negara tidak dijaga dan beranggapan berkemungkinan muzium tersebut tidak mempunyai peruntukan yang cukup untuk diselenggara.

Ada jugak yang kecewa dengan pengalaman berkunjung ke Muzium Negara

Selain tu, ramai jugak menceritakan pengalaman masing-masing yang kecewa dengan keadaan muzium berkenaan semasa kunjungan mereka ke sana.

Muzium Negara yang menyimpan pelbagai bahan sejarah sepatutnya dijaga dengan sebaik mungkin bagi mengelakkan barang-barang bersejarah tak rosak dan kekal tahan untuk dipamerkan. Bila nampak keadaan macam ni agak sedih jugaklah. Harap masalah ni akan ditangani dengan baik dan penyelenggaraan akan dijalankan.

Harap jugak lepas ni rakyat akan datang melawat. Mungkin dengan bayaran tiket tu walaupun sikit, sedikit sebanyak dapat membantu pihak muzium.

Sumber : lobakmerah
Kredit: LawakSiyot

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!