Hidap Kanser Servik, Isteri Meningg4l Duni4 Sehari Selepas Melahirkan Kembar Lelaki

Please follow and like us:
0

Sehari selepas melahirkan sepasang bayi kembar lelaki, isteri lelaki ini telah menghembuskan nafas terakhir. Pada awal kehamilan, isteri dinasihatkan supaya menggugurkan kandungan untuk mengelakkan komplikasi namun enggan berbuat demikian. Tambah menyedihkan isteri disahkan menghidapi kanser servik.

Meskipun masih tidak kuat menerima ketentuan, suami ketika dihubungi mStar Online menceritakan kisah pengorbanan isteri yang akan diingatinya sampai bila-bila.

‘Abang halalkan syurga abang untukmu sayang’

Lelaki yang dikenali sebagai Alif Adam ini memberitahu kali terakhir dia berbual dan menatap mata isteri adalah ketika dia meminta untuk mengimamkan solat magrib sebelum rebah.

Menurutnya lagi, ketika mengandung isteri dinasihatkan untuk menggugurkan kandungan berikutan masalah rahim yang tidak kuat. Isterinya juga disahkan doktor menghidapi kanser servik.

Pada bulan pertama perkahwinan Alhamdulilah isteri saya disahkan mengandung. Namun kandungan itu tak bertahan, isteri saya keguguran.

Doktor beritahu rahim isteri saya tidak kuat untuk mengandung. Allah bagi lagi rezeki siapalah kami untuk menolaknya dan isteri saya disahkan mengandung. Tetapi dalam masa yang sama doktor mengesahkan juga isteri saya menghidapi kanser servik.

Saat itu isteri menangis teruk dan enggan melakukannya. Dia bertekad untuk melahirkan zuriat untuk saya.

Isteri saya juga kerap dimasukkan ke hospital. Saya bersetuju dengan saranan doktor demi kebaikan isteri, dia tetap tidak mahu kerana rasa dirinya tidak sempurna sebagai isteri sekiranya tidak dapat melahirkan zuriat.

Isteri saya boleh meneruskan untuk melahirkan tetapi hanya pada awal tujuh bulan kandungannya untuk proses pembedahan.

Enggan menggugurkan kandungan, isteri tidak mahu rasa diri tidak sempurna kerana tidak dapat melahirkan zuriat buat suami.

‘Terima kasih untuk 1 tahun 10 bulan perkenalan kita’

Meskipun masih belum kuat untuk menerima kenyataan, Alif Adam walaubagaimanapun redha dengan ketentuan Allah SWT.

Sehari selepas pembedahan melahirkan bayi kembar, isteri saya pergi buat selama-lamanya.

Walaupun dalam kesedihan, saya turut bersyukur kerana kedua-dua bayi saya (Adam Luth Syafie dan Adam Lutfi Syarif) yang kini masih di hospital kerana lahir tidak cukup bulan berada keadaan sihat, tiada komplikasi.

Dan saya juga masih ingat ayat terakhirnya sebelum menghembuskan nafas, dia berpesan supaya saya terus kuat sekiranya Allah menjemputnya pulang.

Jangan pernah salahkan takdir Allah, kerana itulah lumrah kehidupan setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan.

Jelasnya lagi, dia sudah mengenali arwah sejak berusia 16 tahun namun 2 tahun lalu baru dia berani mendekati dan mengambil keputusan membawa keluarga masuk meminang.

Saya baharu mengenalinya dua tahun lalu. Tetapi sebenarnya saya selalu nampak dia sejak berusia 16 tahun. Kawan baik saya tinggal berjiran dengan arwah.

Selepas arwah habis sekolah saya cuba minta tolong kawan saya untuk kenalkan saya dengan isteri.

Saya cuba banyak kali dan akhirnya pada Julai tahun lalu  saya beranikan diri membawa keluarga meminangnya dan kami berkahwin pada awal tahun ini.

Isteri saya baru berumur 19 tahun, semestinya perangai berjiwa remaja. Namun apa yang saya suka dia yang sangat merendah diri, dia seorang niqabis. Dia jaga akhlak sebagai seorang isteri. Walaupun masih muda namun dia seorang yang sangat matang dan bijak menguruskan keperluan saya. Dia seorang yang mudah tersentuh dan mudah terhibur.

Terlalu banyak detik manis kami bersama, tetapi, masa tak mengizinkan kami untuk terus bersama.

Kehadiran anak-anak membuatkan saya tetap kuat. Arwah isteri ada pesan jika dia tak sempat membesarkan anak-anaknya , dia berharap saya dapat pengganti  tempatnya dengan seorang ibu yang baik.

Saya rasa tidak, cukuplah saya untuk mereka. Menggantikan tempatnya tidak mungkin. Saya berazam untuk membesarkan anak-anak saya dengan penuh kasih sayang. Saya akan selalu mengingatkan mereka tentang ibu mereka walau tidak pernah berjumpa.

Cukuplah ada keluarga dan mereka yang tidak henti mendoakan kami, terima kasih kerana selalu memberi sokongan penuh sehingga ke hari ni. Saya berharap doa dan sokongan mereka tidak akan putus untuk keluarga kecil saya ini.

Sebelum meninggal dunia, isteri ada berpesan supaya sentiasa kuat dan mencari pengganti untuk membesarkan anak-anak. Bagi Alif Adam, cukuolah anak-anak disisi dan dia akan sentiasa mengingatkan anak tentang ibu walaupun tidak pernah berjumpa.

Sumber : mStar Online

Kredit : OhBulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!