Hanya Kerana Up Gambar Carbonara, Wanita Ini Diserang Rakyat Itali & Dibalas Dengan Cara Yang Tidak Patut!

Please follow and like us:
0

Korang ingat lagi tak kes ayam rendang crispy yang viral satu dunia dulu? Kali ni, kes lebih kurang sama jadi balik tapi bukan melibatkan makanan tradisional melayu.

Seorang pengguna Twitter, ‘diserang’ dan dikritik warga Itali dek kerana dikatakan menghina makanan tradisional negara mereka, Carbonara.

Buat orang Itali marah!

Tweet tu dah buat ramai orang Itali marah dan mereka masing-masing pergi komen dekat thread tentang Fettucine Carbonara tersebut.

Orang Malaysia pun tak suka

Bukan setakat Italians, orang Malaysia kita ni pun ramai juga yang tak suka dengan tweet tu. Ada yang kata, hidangan dibuat tu memalukan sebab orang kita akan dianggap tak reti masak dan hina dish orang lain.

Balas dengan cara rude

Wanita tu juga ada reply hampir setiap komen di thread tu tapi menurut orang Malaysia pula, caranya kurang ajar dan memalukan.

Orang lain minta maaf on behalf

Mungkin tak setuju dan tak suka dengan cara wanita tu reply tweet orang Itali, ada netizen yang ambil inisiatif untuk mohon maaf bagi pihak dia. Sampai macam tu sekali…

Nak habiskan cheese yang ada

Melalui reply dekat thread tu, wanita tu cakap dia buat simple simple je untuk bagi kenyang perut dan cheese tu pulak sekadar nak habiskan stok yang ada dalam fridge.

Pada admin, sebenarnya ada masa kita memang nak cepat untuk siapkan makanan atau masak ikut bahan apa yang ada dekat dapur je, so kita pun main buat jela ala kadar. Kata orang, asal boleh la kan?

Cuma, mungkin cara reply dekat orang luar tu agak tidak patut. Budi bahasa budaya kita, kan? Katanya, wanita ni dah delete tweet ni. Apa apa pun, moh ler kita jadikan pengajaran ye. Peace no war!

Sumber : lobakmerah
Kredit: LawakSiyot

Nah Ni Resepi Cara Yang Sebenar!! Bukan Rendang Greng Ye!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!