‘Famous is Nothing’ – Kawan Baik Dedah Faiz Roslan Mengalami Kemurungan dan Hampir B*nuh D*ri

Please follow and like us:
0

Sejak kemunculan pertama Faiz Roslan dan kawan-kawannya yang sering melakukan parodi dengan mengenakan pakaian perempuan, ramai netizen mendakwa terhibur dengan keletah mereka.

Namun, semakin hari, parodi yang dilakukan mereka dilihat semakin melebih-lebih sampailah satu tahap kini mereka dikecam dan dibenci.

Keputusan memuat naik video parodi ‘Lagi Syantik’ di bulan ramadan menambahkan lagi kebencian ramai terhadap mereka. Tindakan itu dianggap sangat keterlaluan dan tidak menghormati bulan Ramadan yang mulia ini.

Faiz Roslan Mengalami Kemurungan dan Hampir Bunuh Diri

Faiz Roslan Mengalami Kemurungan dan Hampir Bunuh Diri

Hadir bersama Da’i Wan dalam satu sesi ‘Motif Viral’, mereka telah menjelaskan apa yang berlaku dan memohon maaf terhadap perlakuan mereka.

Namun, ia tidak terhenti di situ apabila Faiz membuat pengakuan tidak berpuasa dalam satu siri Live video. Adoi! Macam-macam.

Faiz Roslan Mengalami Kemurungan dan Hampir Bunuh Diri

Faiz Roslan Mengalami Kemurungan dan Hampir Bunuh Diri

Terbaharu, seorang rakan baik yang dekat dengan Faiz telah mendedahkan bahawa instafamous berusia 18 tahun itu kini mengalami kemurungan dan tekanan perasaan sehingga hampir melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya.

Di kesempatan itu juga, beliau meminta agar netizen menghentikan kecaman terhadap Faiz. Dia turut menyiarkan beberapa posting akaun peribadi Faiz (yang hanya boleh diakses oleh teman terdekat sahaja) yang mengalami tekanan perasaan.

‘Faiz Roslan tengah down sangat dan emosi tidak stabil’

Faiz Roslan Mengalami Tekanan Mental dan Hampir Bunuh Diri

‘Now I know, famous is nothing’

Faiz Roslan Mengalami Tekanan Mental dan Hampir Bunuh Diri

‘Bunuh diri’

Faiz Roslan Mengalami Tekanan Mental dan Hampir Bunuh Diri

‘Kesihatan mental sangat penting’

Faiz Roslan Mengalami Tekanan Mental dan Hampir Bunuh Diri

Kesimpulan

Bukan netizen yang harus dipersalahkan dalam hal ini. Ada baiknya Faiz berfikir sejenak mengenai apa yang mereka lakukan sehingga menimbulkan kemarahan netizen.

Boleh jadi penghibur. Tapi, pastikan berlandaskan syarak dan menghormati diri sendiri dan agama serta tidak menimbulkan kontroversi dan provokasi.

Kita sendiri yang mencorak kehidupan kita dan bagaimana cara orang mengenali kita.

Sumber: Encikandre
Kredit: LawakSiyot

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!