“Buat Payment Dekat rm1000+, Bila Sampai Masa Nak Collect Kunci Kena Maki Pulak”

Please follow and like us:
1

Biasanya kalau kita nak pergi bercuti, kita pasti akan survey tempat tinggal melalui online seperti booking.com, agoda dan lain lagi. Malah cara pembayaranya juga agak mudah. Tapi lain pulak yang berlaku kat sorang wanita ni apabila dia tak pasal-pasal kena maki gara-gara tempah kat satu service apartment kat Penang.

Menurut posting Facebook Nur Ahmad, dia meminta netizen berhati-hati dengan seorang yang lelaki yang dikatakan terlibat dalam scam kat Booking.com.

Kata Nur, dia booking apartment lelaki ni di Jazz Suite, Tanjung Tokong sehari sebelum fly ke Penang sebab booking sebelum ni kena cancel gara-gara owner salah tengok date booking. Tapi masalah semua ni kiranya selesailah lepas tempah kat Jazz Suite kan, tambahan pulak apartment ni kena bayar full dan tak boleh refund kalau kena cancel.

Rupa-rupanya di sebalik kelegaan Nur, ada jugak masalah yang menimpa. Owner kepada Jazz Suite tu tetiba pulak buat hal!

“Kami sampai Penang pukul 9.30 pagi. Pukul 1 petang saya call dia untuk bertanya pukul berapa boleh collect kunci rumah. Dia jawab kasar ‘awak siapa, awak siapa?’ Kita explain lah tapi tak boleh nak cakap lebih sebab dia terus potong cakap ‘WhatsApp details!” kata Nur.

Lepas mesej details yang diperlukan, suspek masih tak balas-balas dan hanya bagi blue tick je. So, mangsa at last berehat kejap di sebuah mall kat Tanjong Tokong dan call semula owner rumah tu guna handphone si suami. Namun lelaki terbabit tetap biadap dan jawab call dengan cara yang sama ‘Awak sapa, awak sapa?’ tadi.

“Masa tu pukul 3.05 dah. Dah memang waktu check in. Dia tak jawab langsung! Husband hilang sabar terus call Booking.com. Luckily ada mat salleh yang menjawab dan husband cerita apa yang terjadi.

“Mat salleh di Booking.com tu terkejut, customer dapat bad treatment macam tu dan dia offer untuk call sendiri mamat Jazz Suite ni,” kata Nur. Wah bagus servis Booking.com!

Tapi nampaknya cubaan pihak Booking.com nak membantu tu pun tak berjalan jugak sebab dia pun kena sergah balik dengan owner tadi. Mujurlah mangsa ditawarkan booking apartment lain tanpa bayaran extra. Syukurlah!

Macam mana pun, kisah owner tu tak berakhir kat situ je sebab dia voice note suami mangsa balik suruh call dia. Tapi bila mangsa tanya kenapa dia buat perangai macam tu, dorang pulak kena F word balik!

Dia terus bagi ‘F’ word pada husband dan hang up! Kurang ajar betul mamat tu!”

Apa-apapun mangsa harap netizen kat luar sana berhati-hatilah kalau nak booking di Jazz Suite ni takut terkena nasib sepertinya. Malah Nur jugak cadangkan lebih baik book hotel 3 bilik daripada tempah apartment untuk 6 orang macam ni.

Admin sempat jugak Google macam mana rupa apartment tu. Memang class weh! Tapi lain kali kenalah book dengan owner yang jujur dan tak biadap macam kat atas ni.

Kalau nak bercuti, plan lah awal-awal dan make sure tak tertipu dengan scam cara begini!

Sumber : LOBAKMERAH / FACEBOOK
Kredit: LawaSiyot

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!