PU Amin Luah Rasa Kesal Budak Sekolah Agama Joget Lucah, Terpengaruh Video Lagu Bobo Dimana

Kuasa viral dan media sosial zaman ini memang besar, meskipun lagu Bobo Dimana mendapat banyak ‘dislike’ dan dikecam netizen, ramai juga masyarakat kita yang rancak sekali membuat parodi dan terikut-ikut dengan gaya tarian lagu tersebut.

Terbaru, pendakwah bebas, PU Amin mengakui terkejut dan rasa terkilan apabila kanak-kanak bersekolah agama juga turut terpengaruh dengan tarian Datuk Seri Aliff Syukri, Nur Sajat dan Lucinta Luna itu.

Lebih mengecewakan, ada yang beraksi ghairah ala ‘soft porn’ dihadapan budak perempuan lain.

Mungkin ada yang memandang isu ini agak remeh tetapi seperti yang kita semua tahu budak-budak memang penuh dengan rasa ingin mencuba dan mudah menyerap sesuatu. Janganlah terus menyokong lagi aksi tidak senonoh ini, tentu sahaja ia satu perkara yang cukup membimbangkan buat ibu bapa diluar sana.

Sumber: Beautifulnara

Video gedik dengan rakan duet, ini warkah PU Amin buat Aliff Syukri

Image result for pu amin aliff syukri

Tidak lama lagi, Datuk Seri Aliff Syukri bakal melancarkan lagu terbaru berjudul Bobo Di Mana nyanyian bersama Nur Sajat dan Lucinta Luna.

Namun, lagu tersebut sudah mendapat reaksi negatif daripada netizen lebih-lebih lagi selepas jutawan kosmetik itu memuat naik video tarian yang agak keterlaluan.

Justeru, PU Amin telah tampil menegur perbuatan tersebut dengan memuat naik beberapa screencap video tersebut di laman Instagram miliknya.

Ini kerana aksi mereka ditayangkan secara umum serta paparan tarian itu telah mengundang ‘Fitnah Syubhat’ dan ‘Fitnah Syahwat’ .

BAHAGIAN 1.. . Warkah Dakwah Buat @aliffsyukriterlajaklaris .. . Kehadapan Dato Aliff Syukri yang disegani . Diharapkan dato dapat mengambil masa yang sedikit untuk membaca dan memahami maksud surat saya kali ini.. . Saya menulis selepas meneliti video dato menari bersama 2 orang sahabat dato . Saya kira , ramai di kalangan peminat dato yang tidak gemar dato melakukan tindakan sebegitu rupa kerana ia mencemarkan imej dato sebagai usahawan muslim terkemuka di negara ini.. . Mungkin pada ilmu dan pengetahuan dato , ia tidak menjadi kesalahan , namun aksi dan paparan tarian 2 sahabat dato mengundang ‘Fitnah Syubhat’ dan ‘Fitnah Syahwat’ yang jelas merosakkan identiti bulan serta syiar Zulhijjah . Fitnah Syubhat dan Syahwat adalah dua bentuk senjata iblis bagi merosakkan anak adam di atas muka bumi.. . Saya percaya dato mahu mendekati mereka dan tidak mahu meminggirkan mereka . Niat dato betul , namun melakukan aksi serta bersubahat menayangkan sesuatu yang tidak enak dan tepat dengan syiar agama , adalah wajib dihentikan.. . Untuk menyokong dan tanda menyayangi mereka dato boleh menyeru golongan kawan dato melakukan aktiviti beretika , bermoral serta menepati akhlak muslim yang sempurna.. . Dato , marilah kita bersama menghormati bulan zulhijjah . Dato, di Arafah(Makkah) jutaan ummat islam sedang berwukuf , memohon ampun pada allah . Sepatutnya bulan ini kita bersama menghadkan aktiviti hiburan kita agar banyak amalan postitif (Soleh) dapat dilakukan.. . Dari anak kecil hingga dewasa ramai meminati dato , maka apa yang dato lakukan akan menjadi ikutan . Ummat islam dan melayu beruntung memiliki usahawan hebat seperti dato maka dato perlu menunjukkan contoh yang baik pada seluruh rakyat malaysia.. . Disebabkan dato melakukan tindakan joget secara public , maka saya public kan juga teguran saya . Supaya wujud amalan semak dan imbang dalam kehidupan kita . Seperti mana dato dan kawan kawan dato bebas menari , saya juga bebas menegur dan menasihati.. . BERSAMBUNG

Padam saja video ini…

Tambah PU Amin lagi, beliau meminta Aliff untuk membuat posting tersebut bagi mengelakkan menjadi ikutan pada generasi akan datang.

Beliau juga mengingatkan kepada pengasas D’Herbs itu bahawa niat tidak menghalalkan cara. Malah beliau juga sanggup menerima segala hinaan dan makian jika teguran itu dianggap salah.

BAHAGIAN 2.. . Akibat sayang dan cinta sesama muslim saya dan seluruh ummat islam di Malaysia menyarankan dato ‘Delete’ video tarian itu dan menasihati ummat islam generasi bangsa merdeka malaysia tidak mengikuti nya untuk tujuan apa sekalipun . Agar tindakan dato ini lebih memuliakan bulan zulhijjah sebagai bulan haram di dalam agama islam.. . Saya doakan dato terus berjaya . Ingatlah niat tidak menghalalkan cara . Saya rela menerima sebarang hinaan dan makian akibat teguran ini.. . Sesungguhnya saya telah menyampaikan . Sesungguh di depan Allah swt saya punya jawapan untuk amanah ilmu saya yang jahil ini . Moga Allah memberkati dato sebagai insan berjaya di Negara ini.. . PU Amin 4.31 Pagi 9 Zulhijjah Hari Wukuf di Arafah .

Tolong jangan degil…

Berikutan itu, ramai netizen telah tampil memberikan komen yang rata-rata menyokong PU Amin dengan mengatakan perkara berkenaan perlu diambil berat dan menegur antara satu sama lain.

alt

altaltaltalt

Semoga Datin dapat membimbing Datuk…
alt

Inilah Istidraj…

alt
Pencetus Ummah Amin via BABAB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *